Abu Faez retweeted
Yang curi, hutang berbillion , ada court case besar takde restrictions pulak.
A staggering 404,848 Malaysians face travel restrictions for issues such as income tax matters, court orders or outstanding payments to enforcement agencies, says the Immigration Department director-general Datuk Zakaria Shaaban.
thestar.com.my/news/nation/2…
Abu Faez retweeted
Alhamdulillah. @PDRMsia sudah berjaya menahan ketiga2 lelaki yang tular kelmarin. Esok mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh didenda.
Kasi sangkut! ✊🏼
Saya mohon rakan2 X untuk sebarkan video ini kerana ada rakan kita di Threads (rayy.an8262) memerlukan bantuan.
MOHON BANTUAN, JIKA ADA RAKAMAN DASHCAM 🙏🏻
Ayah saya terlibat dalam kemalangan apabila kereta beliau dilanggar dari belakang. Selepas kejadian, ayah keluar dari kereta untuk melihat keadaan kenderaan, namun secara tiba-tiba ayah telah dipukul oleh seseorang.
Kami sangat berharap jika ada sesiapa yang melalui kawasan kejadian, mempunyai rakaman dashcam atau terlihat kejadian tersebut, dapat menghubungi kami atau berkongsi maklumat.
Kami sedang mencari bukti rakaman bagi membantu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Mohon jasa baik semua untuk share dan viralkan. Mana tahu perkongsian anda dapat membantu kami mendapatkan rakaman yang sangat kami perlukan.
Terima kasih atas segala bantuan dan keprihatinan semua. 🙏🏻
Lokasi di Pasir Panjang, Kuala Terengganu. @PDRMsia
Abu Faez retweeted
Merungut kos sara hidup, tapi merindui GST.
SST dikenakan secara terpilih, GST pula lebih menyeluruh.
Kalau rindu sangat nak bayar cukai, kenapa mengeluh bila harga naik?
Orang lain sibuk nak kurangkan cukai, puak ni sibuk nak tambah cukai sendiri.
Bijak sungguh!
Abu Faez retweeted
Menurut Dr Naji jarang ditemui kerajaan negara Islam yang menganjurkan majlis pengajian hadis secara sama' dan beliau menyifatkan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang menjadikan majlıs berkenaan sebagai program kerajaan.
Abu Faez retweeted
Pengorbanan demi pertiwi.
Terima kasih PMX kerana bekerja tanpa henti utk rakyat dan negara Malaysia. Semoga Allah mengangkat darjatmu lebih tinggi lagi di sisiNya atas segala penat lelahmu utk negara Malaysia ini.
24/11/2022 - 24/11/2026
Abu Faez retweeted
Melalui tekad politik & kebijakan reformasi Kerajaan MADANI pimpinan Guru PM @anwaribrahim berjaya melakukan penjimatan sebanyak RM15.5 billion sejak 2023.
Natijahnya, hasil ini telah dikembalikan semula kpd rakyat melalui pendidikan, kesihatan, pertanian dan wanita & keluarga.
Abu Faez retweeted
Rupenya, sebelum pakcik tu kena siku jatuh tersungkur kemudian kena tendang, pakcik tu dah kena belasah dulu sebelum tu.
Dalam cctv kedai boleh nampak, kereta pakcik tu dilanggar daripada belakang oleh Alza. Kedua2 kereta terlibat berhenti di bahu jalan. Alza berhenti di hadapan kereta pakcik tu. Pakcik tu kemudian keluar lalu ke belakang nak tengok keadaan kereta yang dipandu isterinya. Ketiga2 lelaki dalam Alza juga keluar. Kemudian pakcik tu ke depan untuk bertemu dengan ketiga2 lelaki tu. Pakcik tu kena belasah dulu. Mujur ada orang dalam kedai berjaya leraikan. The rest, seperti yang korang dah tengok dalam video terdahulu. Maknanya, pakcik tu kena belasah 2 kali.
Apa la kejam sangat beruk tu? Alhamdulillah, semua sudah ditahan. Esok akan dibawa ke Mahkamah untuk mohon reman. Harap beruk2 tu dapat hukuman paling maksima.
Abu Faez retweeted
Ni yang di Puchong. Yang di Bandar Tun Razak, Desa Tun Razak & di Pudu tu bila lagi? Tambah² yang berleluasa di Selayang.
Abu Faez retweeted
Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini, kita telah bersama-sama berusaha memulihkan ekonomi negara, memperbaiki tatakelola dan mengangkat martabat rakyat.
Insya-Allah dalam baki penggal ini, saya akan terus bekerja keras untuk kesejahteraan saudara dan saudari, dan untuk Malaysia yang kita cintai.
MAKA KAMI 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Abu Faez retweeted
Alhamdulillah..Ya Rab..
Panjangkan Amanah yg telah Engkau kurniakan kpd Datuk Sri Anwar Ibrahim utk mentadbir Negara kami tercinta ini..
Sesungguhnya Cukuplah Allah Sahaja Tempat kami memohon Pertolongan Dan Perlindungan.. 🤲
In Shaa Allah
Abu Faez retweeted
Hari ini genap empat tahun saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan menerima amanah mengemudi Kerajaan MADANI.
Empat tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat, namun saya masih ingat betapa beratnya amanah ini tatkala negara berdepan pelbagai cabaran. Ekonomi tertekan, kedudukan kewangan negara terbatas, sementara rakyat bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sekian lama berakar turut menuntut keberanian untuk melakukan perubahan.
Sejak hari pertama melangkah masuk ke Perdana Putra, tekad saya adalah untuk memulihkan negara dan memperbaiki kehidupan rakyat. Bukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi amanah ini mesti terus digalas dengan penuh kesungguhan.
Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini, kita telah bersama-sama membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia. Kedudukan kewangan negara diperkemas, tatakelola diperbaiki, reformasi institusi digerakkan dan kebajikan rakyat terus diperkukuh.
Perjalanan ini masih jauh dan banyak lagi yang sedang kita usahakan. Saya sedar bahawa ukuran sebenar kemajuan negara adalah apabila kehidupan setiap keluarga menjadi lebih baik, rezeki lebih terjamin dan masa depan anak-anak lebih terbela. Itulah yang sedang kita perjuangkan. Dengan asas yang telah kita bina, saya yakin kita mampu melangkah lebih jauh, meringankan beban rakyat dan membuka lebih banyak ruang serta peluang yang adil untuk semua.
Terima kasih atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan saudara-saudari sekalian. Selagi diberi amanah ini, akan saya curahkan segala daya dan upaya demi rakyat dan negara yang saya cintai.
Perdana Menteri boleh datang dan pergi, tetapi nasib rakyat mesti terus dibela, dan martabat negara mesti terus diangkat.
MAKA KAMI 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Abu Faez retweeted
Ustaz Ridhuan Thee, Ustaz Firdaus Wong, Ustaz Cikgu Bala dan Ustaz Ustaz pro PN dah ulas ke isu ini..??
Abu Faez retweeted
FITNAH 12 RIBU SHARE, MINTA MAAF 12 SHARE.
Berbulan-bulan PH dan Hannah Yeoh dihentam berhubung isu premium tanah RM1,000 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Fitnah bertebaran. Kebencian dipupuk. Api perkauman ditiup. Tetapi fakta sebenar tenggelam dalam sentimen politik.
Lebih menyedihkan apabila agama dijadikan sandaran, seolah-olah menyebarkan pembohongan dan menyemai kebencian itu suatu ibadah yang mendatangkan pahala.
Semalam, isu ini dibangkitkan dan dijawab secara tuntas di Dewan Rakyat.
Hannah Yeoh menjelaskan bahawa beliau langsung tidak terlibat dalam keputusan tersebut. Jawatankuasa yang membuat keputusan dianggotai penjawat awam berbangsa Melayu, tanpa wakil parti politik dan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Permohonan diproses selaras dengan undang-undang, peraturan serta duluan kelulusan terdahulu.
Berdasarkan penjelasan tersebut, tiada agenda perkauman atau campur tangan politik seperti yang digambarkan sebelum ini.
Akhirnya, wakil rakyat pembangkang sendiri memberikan respons, “OK, selesai.”
Tetapi selesai begitu sahaja?
Bagaimana dengan segala tuduhan yang telah disebarkan selama berbulan-bulan? Adakah mereka akan tampil membetulkan naratif tersebut dengan kesungguhan yang sama ketika menyebarkannya?
Seorang rakan pernah menghantar mesej kepada saya.
Katanya, bila fitnah disebarkan, dapat 12,000 perkongsian. Apabila disaman dan terpaksa meminta maaf, hanya dapat 12 perkongsian.
Begitulah mudahnya fitnah tersebar, tetapi begitu sukarnya kebenaran sampai kepada masyarakat.
Alkisahnya, fitnah dijaja untuk meraih laba politik, tetapi apabila kebenaran tersingkap, masing-masing membisu.
Agama mengajar kita supaya bertabayyun, bukan menjadikan fitnah sebagai modal perjuangan.
Abu Faez retweeted
Mengenang 4 tahun Anwar sbg PM Malaysia ke10.
Dia bukan PM yg terbaik.
Tapi setakat ini tiada PM yg sebaik dia.
24/11/2022 - 24/11/2026
Abu Faez retweeted
dulu @anwaribrahim pungut sampah pantai Port Dickson walaun gelak, Anwar bagi budget tandas sekolah dorang panggil PM Tandas.. biarkan mereka menyalak bukit..bukit tak runtuh.
hanya orang yang menghargai saja dapat menilai.
Abu Faez retweeted
Berapi-api zahid sembang nak kembalikan GST. Zahid wei.
Zahid yang sama flop urus jalan luar bandar bawah kementerian dia. Zahid yang sama haru birukan N9. Sampai sekarang isu N9 tak setel2. Isu 10000 Rohingya hantar ke Turkiye jangan dilupa sampai jadi masalah diplomatik.
Abu Faez retweeted
Hasil keberanian seorang pegawai wanita AKPS yang melaporkan kepada pihak polis berhubung tindak-tanduk mencurigakan pegawai atasannya berjaya menyaksikan cubaan membawa masuk seorang wanita warga asing secara haram di KLIA2 ditumpaskan.
"Saya amat menghormatinya dan bercadang bertemu dia secara peribadi dalam masa terdekat untuk menyampaikan penghargaan.
"Hanya seorang individu diperlukan untuk mengubah apa yang berlaku di lapangan," kata Mohd Shuhaily.
Berita penuh: malaysiakini.com/news/889673…































