
Powering mobility since 1996. Touch 'n Go Sdn Bhd Company No: 199601034048, 406400-X Follow us: FB & IG: @mytouchngo https://xitter.cf/t.co/Op3nhQHGsr
- Tweets26.4K
- Following132
- Followers51.7K
- Likes471

ALT PENGUMUMAN Dimaklumkan bahawa terdapat kelewatan penolakan wang untuk beberapa transaksi tol di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dari 1 Januari 2023 hingga 31 Julai 2024. Oleh itu, penolakan transaksi tol yang terlibat akan dilakukan bermula hari ini, 29 Ogos 2024 daripada akaun Touch 'n Go eWallet anda. Anda boleh melihat tarikh sebenar transaksi PayDirect anda di bahagian 'Details' dalam 'Transaction History' eWallet anda setelah transaksi diposkan. Sila pastikan eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi untuk anda terus menggunakan PayDirect. Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Talian Hotline kami di 1-800-22-8888. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama anda. #PROLINTASHighways #AKLEH






















