Sebarang info atau makluman berkaitan trafik lebuh raya, anda boleh layari akaun X rasmi Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM - @llminfotrafik
Jom follow..
LLM retweeted
MLFF: MALAYSIA SUDAH MENGORAK LANGKAH, KOREA SELATAN MENJADI ANTARA RUJUKAN
Teknologi pintar semakin memainkan peranan penting dalam menjadikan pengurusan lebuh raya lebih cekap, perjalanan lebih lancar dan keselamatan pengguna lebih terjamin.
Ini antara aspek yang diteliti oleh saya dan pasukan kementerian, agensi dan pemain industri yang terlibat dalam lawatan teknikal di Gangneung Interchange di Lebuh Raya Donghae, Korea Selatan semalam.
Lawatan teknikal ini dilaksanakan bagi memahami pendekatan negara ini dalam pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi-Lane Free Flow – MLFF) yang dilaksanakan di Republik Korea Selatan.
Saya diberi taklimat oleh pasukan Korea Ezpressway Corporation (KEC) mengenai konfigurasi dan teknologi sistem tol pintar Korea Selatan, termasuk pengecaman nombor pendaftaran kenderaan, integrasi pembayaran elektronik serta pengurusan trafik tanpa palang tol.
Saya dimaklumkan sistem yang dilaksanakan di Republik Korea Selatan ini memakan masa untuk diperhalusi keberkesanannya sejak dimulakan pada 2010.
Di Malaysia, usaha ke arah MLFF sebenarnya sudah pun digerakkan. Antara syarikat konsesi lebuhraya yang telah memulakan usaha ini adalah PLUS Malaysia Berhad yang telah memulakan projek rintis sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) menerusi aplikasi JustGO di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua pada Januari lalu.
Sehingga 20 Oktober 2026, JustGO telah merekodkan lebih 90,000 pengguna aktif melibatkan 3.27 juta kenderaan, di 93 plaza tol melibatkan 966 lorong.
Selain PLUS, syarikat PNB Prolintas turut melaksanakan ujian konsep (proof of concept)
di Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA) bersama Touch 'n Go dan CIMB.
Sejak projek rintis ini dimulakan pada November 2024 di Lebuhraya LKSA, lebih 11.3 juta kenderaan pelbagai kelas direkodkan / dikesan (detected) setakat ini.
Saya dimaklumkan, projek rintis yang dilaksanakan oleh TNG ini yang menggunakan kaedah pengesanan ANPR dan RFID telah mencapai tahap prestasi yang sangat baik dengan kadar pengesanan sebanyak 99.98%.
Ini satu perkembangan penting dalam menguji teknologi pembayaran tol yang lebih fleksibel, sebagai langkah menuju pelaksanaan MLFF tanpa palang pada masa hadapan.
Namun, MLFF bukan sekadar menghapuskan palang tol. Ketepatan teknologi, integrasi antara syarikat konsesi, keselamatan data dan kemudahan pembayaran pengguna mesti diberikan perhatian.
..bagi menimba ilmu serta meneroka perkembangan teknologi lebuh raya pintar.
#ITSWorldCongress2026































