MEX HW 03-83159111 retweeted
MAKLUMAN – PENUTUPAN JALAN
JAlan susur masuk Persimpangan Bukit Jalil ke Lebuhraya MEX dari arah MRR2/KESAS menuju ke Putrajaya akan ditutup sepenuhnya pada 19 November 2026 (Khamis), dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penurapan jalan.
Pemandu boleh menggunakan laluan alternatif sekiranya ingin ke Seri Kembangan, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA.
Pasukan Pengurusan Trafik MEX akan berada di lokasi. Patuhi arahan papan tanda lalu lintas dan pandu berhati-hati ketika menghampiri kawasan kerja.
@astrotraffic
@llminfotrafik
MEX HW 03-83159111 retweeted
MAKLUMAN – PENUTUPAN JALAN
Susur Persimpangan Seri Kembangan dari arah Putrajaya menuju ke Putra Permai akan ditutup sepenuhnya pada 20 November 2026 (Jumaat), dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi, bagi kerja-kerja penurapan jalan.
Sila gunakan laluan alternatif sekiranya ingin menuju ke Seri Kembangan.
Pasukan Pengurusan Trafik MEX akan berada di lokasi. Patuhi arahan papan tanda lalu lintas dan pandu dengan berhati-hati.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul.
@llmtrafik
@astrotraffic
MINI KARNIVAL SANTUNI MADANI KKR 2026
14 November 2026 - LLM turut membuka ruang pameran bagi menyokong penganjuran Mini Karnival Program SANTUNI MADANI Kementerian Kerja Raya (KKR) 2026 yang telah berlangsung di SK Seri Penanti dan MPKK Kubang Semang.
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI!
Semoga setiap perjalanan membawa sinar kegembiraan dan mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan saling menghormati dalam kepelbagaian.
Deepavali Valthukkal! ✨
PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KERJA RAYA (KKR) BULAN OKTOBER 2026
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Oktober 2026 yang bertemakan “Menyantuni Jiwa, Membina Wibawa” telah berlangsung pada pagi tadi di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
MEX HW 03-83159111 retweeted
Warga Lembah Klang, apa rancangan anda esok dan lusa?
Kalau rancangan anda ialah "keluar rumah dan terus sampai ke destinasi", kami ada berita penting!
Lembah Klang dijangka sesak luar biasa pada Sabtu dan Ahad ini susulan tiga acara besar iaitu F1 di Sepang, Standard Chartered KL Marathon, dan Le Tour de Langkawi.
Lebuh raya utama seperti AKLEH, DUKE, dan MRR2 akan ditutup pada waktu tertentu, manakala laluan ke Sepang dan Putrajaya mengalami lencongan.
Nak ke KLIA? Bertolaklah sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal.
Rancang perjalanan anda. Dapatkan info trafik terkini lebuh raya bertol seluruh negara menerusi:
▶️ Hotline LLM 1-800-88-7752 dari jam 7 pagi hingga 10 malam.
▶️ X : @llminfotrafik
▶️ TikTok: @llmtrafik
▶️ Facebook: Lembaga Lebuhraya Malaysia
#AWANInews
Pelaksanaan MLFF merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem sistem kutipan tol lebuh raya melalui pendigitalan dan penerapan teknologi pintar,serta menyokong usaha meningkatkan kecekapan operasi,kelancaran trafik,keselamatan dan pengalaman pengguna lebuh raya
LLM komited untuk terus memperkukuh kerjasama dan libat urus bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan MLFF dapat direalisasikan secara holistik.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#LLMBekerja
#LebuhRayaPintar
#MLFF
Pelaksanaan MLFF merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh ekosistem sistem kutipan tol lebuh raya melalui pendigitalan dan penerapan teknologi pintar,serta menyokong usaha meningkatkan kecekapan operasi,kelancaran trafik,keselamatan dan pengalaman pengguna lebuh raya
SESI LIBAT URUS BERSAMA SYARIKAT KONSESI BAGI PELAKSANAAN MULTI LANE FAST FLOW (MLFF)
Hari ini telah berlangsung Sesi Libat Urus Bersama Syarikat Konsesi dan Penyedia Perkhidmatan bagi Pelaksanaan Multi Lane Fast Flow (MLFF) di Wisma Lebuhraya Malaysia,
MEX HW 03-83159111 retweeted
PERHATIAN
Kerja penyelenggaraan kabel akan dijalankan pada:
• 16 Julai 2026 (Khamis)
• 10.00 malam hingga 5.00 pagi.
Ianya akan menyebabkan gangguan pada:
1. Pembayaran tol melalui kad debit/kredit (SPT) di Plaza Tol Salak Selatan & Seri Kembangan: dan,
2. Talian MEX Trafik Helpline (03-8315 9111).
Pembayaran tol melalui RFID, Touch ‘n Go dan SmartTAG masih beroperasi seperti biasa.
Pastikan baki kad fizikal / eWallet TNG mencukupi.
Untuk mendapatkan bantuan Lebuhraya, hubungi 012 299 1524 (Pejabat Operasi Trafik MEX).
@llmtrafik
@astrotraffic
@RakanKKR_











































