Akaun rasmi Angkatan Tentera Malaysia. Ikuti media sosial lain di link πŸ‘‡

Joined February 2014
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Panglima Tentera Laut dan warga Navy People mengucapkan terima kasih atas khidmat dan bakti selama hampir 42 tahun yang dicurahkan oleh mantan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato' Khir Junaidi bin Idris. Fair winds and following seas, Dato'! #NavyWishes
2
3
574
RSDPVE 2026 The next chapter in regional resilience is about to unfold. #RSDPVE2026 #RegionalSecurity #CounteringExtremism
1
1
204
β–ͺ️ Tuisyen intensif dan pembelajaran dalam talian. β–ͺ️ Bengkel teknik menjawab soalan. β–ͺ️ Program pecutan akhir SPM. β–ͺ️ Motivasi pelajar serta sokongan ibu bapa. β–ͺ️ Pendedahan kepada pilihan pendidikan dan hala tuju kerjaya selepas SPM.
232
PERHEBAT akan menganjurkan Mini Karnival Kerjaya PERHEBAT 2026 bersempena dengan Majlis Konvokesyen PERHEBAT Tahun 2026. πŸ“… Tarikh: 27–28 Oktober 2026 πŸ“ Tempat: Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh facebook.com/share/p/1BWSLFs…
1
286
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
π’πžπ«π­πšπ’ 𝐀𝐚𝐣𝐒𝐚𝐧 𝐝𝐒 𝐬𝐒𝐧𝐒 : forms.gle/XYUMAcHNercf3vd39 Bhg. Penyelidikan & Pembangunan Latihan Tel : 03 - 6156 9412 samb. 1088 / 1091 #PERHEBAT #LatihanPeralihan #KajianLP
1
50
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
PERHEBAT bekerjasama dengan SCARCITY Beijing YiSheng Trading Co. Ltd. & Xautocare bagi meningkatkan kompetensi Pengajar melalui pembangunan kemahiran, pemindahan teknologi dan kepakaran sektor perincian automotif moden China #PERHEBAT #TransformasiPERHEBAT #KerjayaKeduaPerwira
1
44
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
Selaras dengan teras strategik Kementerian Pertahanan Malaysia, TLDM terus memperkukuh kerjasama awam dan tentera (CIMIC) melalui inisiatif tanggungjawab sosial demi kesejahteraan masyarakat, kelestarian alam sekitar serta pertahanan menyeluruh negara.
PROGRAM JIWA MURNI MADANI - PROGRAM PENANAM POKOK DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADAWAN, SIBURAN KUCHING, 17 Oktober – TLDM laksanakan tanggungjawab sosial menerusi penganjuran Program Penanaman Pokok di SMK Padawan dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta. facebook.com/share/p/1cGyRyF…
1
2
688
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
DIALOG DASAR PERTAHANAN MALAYSIA–VIETNAM KALI PERTAMA HANOI, 20 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, mengetuai delegasi Malaysia ke Defence Policy Dialogue (DPD) Malaysia–Vietnam kali pertama, yang dipengerusikan bersama TYT Senior Lieutenant General Nguyen Truong Thang, Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Vietnam. Penubuhan dialog ini menyediakan platform rasmi di peringkat dasar untuk menyelaras keutamaan pertahanan, memperkukuh persefahaman strategik dan memacu kerjasama dua hala secara lebih terancang. Berlandaskan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada tahun 2008 dan diperbaharui pada 4 Disember 2023, dialog ini membolehkan kedua-dua negara menilai perkembangan keselamatan global dan serantau, merangkumi cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional. Perbincangan tersebut penting bagi menyelaraskan perspektif strategik serta mengenal pasti ruang kerjasama yang bertepatan dengan kepentingan bersama dalam menghadapi landskap keselamatan yang semakin kompleks. Dialog ini turut menetapkan kerangka kerjasama melalui 4 Sub-Working Groups, iaitu kerjasama ketenteraan; industri pertahanan, sains, teknologi dan penyelidikan; hal ehwal strategik; serta perkongsian risikan. Pembahagian bidang ini menyediakan asas untuk memperincikan keutamaan, menyelaras pelaksanaan dan memastikan kerjasama yang dipersetujui dapat diterjemahkan kepada tindakan susulan yang lebih berfokus. Inisiatif ini selaras dengan Tonggak Strategi Pertahanan Ketiga, iaitu Perkongsian Berwibawa, di bawah Kertas Putih Pertahanan yang meletakkan kerjasama antarabangsa sebagai instrumen penting dalam mempertahankan kepentingan negara. Melalui dialog ini, Malaysia memperkukuh hubungan pertahanan dengan Vietnam sebagai rakan strategik komprehensif, sekali gus menyokong kepentingan nasional serta menyumbang kepada kestabilan dan keamanan serantau. #MindefMalaysia #MindefUpdate #DiplomasiPertahanan
1
3
4
9
6,667
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
KSU MINDEF TEROKA POTENSI KERJASAMA TEKNOLOGI PERTAHANAN MALAYSIA–VIETNAM HANOI, 20 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, telah mengadakan lawatan industri ke Viettel High Technology Industries (VHT) di Hanoi, Vietnam, di sela-sela 1st Malaysia–Vietnam Defence Policy Dialogue yang dipengerusikan bersama oleh beliau dan TYT Lieutenant General Nguyen Truong Thang, Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Vietnam. Ketibaan delegasi Malaysia telah disambut oleh Senior Colonel Dao Xuan Vu, Timbalan Ketua Pengarah Viettel Corporation. Delegasi diberikan taklimat mengenai keupayaan teknologi tinggi dan pembangunan industri pertahanan Viettel, selain meninjau ruang pameran produk serta sistem pemantauan keselamatan siber yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan. Lawatan ini membolehkan delegasi Malaysia meneliti keupayaan teknologi Viettel serta pendekatan syarikat tersebut dalam membangunkan produk pertahanan berteknologi tinggi. Tumpuan turut diberikan kepada potensi kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi serta pembangunan kepakaran, termasuk peluang memperluas penyertaan industri tempatan dalam rantaian nilai industri pertahanan. Selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), pendedahan ini menyediakan asas untuk menilai pendekatan yang bersesuaian bagi mempercepat pembangunan keupayaan teknologi domestik. Keutamaan adalah memastikan pembangunan industri pertahanan negara tidak hanya bergantung pada pemerolehan aset, tetapi turut merangkumi penguasaan teknologi, pembinaan kepakaran dan keupayaan tempatan untuk menyokong keperluan pertahanan negara secara mampan. #MindefMalaysia #MindefUpdate #DiplomasiPertahanan
4
3
682
𝗛𝗔𝗑π—₯𝗨𝗛: 𝗔𝗧𝗠, π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§, 𝗦𝗔𝗧𝗨 π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—Ÿπ—¨π—₯𝗨𝗛 Pendekatan Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) menegaskan bahawa pertahanan negara merupakan tanggungjawab bersama.
1
4
466
𝗔𝗧𝗠-𝗦𝗣π—₯𝗠 π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž, π—£π—˜π—₯π—§π—˜π—šπ—¨π—› π—œπ—‘π—§π—˜π—šπ—₯π—œπ—§π—œ 𝗗𝗔𝗑 π—§π—”π——π—•π—œπ—₯ 𝗨π—₯𝗨𝗦 𝗒π—₯π—šπ—”π—‘π—œπ—¦π—”π—¦π—œ Berita lanjut di: facebook.com/share/p/1Mc5WG5… #MKATM #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
1
4
533
π—žπ—˜π—•π—˜π—₯π—”π—‘π—œπ—”π—‘: π—§π—˜π—žπ—”π—— π— π—˜π—‘π—¨π—‘π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕 π——π—˜π— π—œ π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 Keberanian bukan bermakna ketiadaan rasa gentar, tetapi tekad untuk menunaikan tanggungjawab demi negara. Nilai ini terpahat dalam setiap latihan, operasi.
3
1
9
477
πŸŽ“βœ¨ PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 STAY ATM SESI 2027 KINI DIBUKA! πŸ“š Terbuka kepada anak ATM, veteran & awam KEMENTAH yang memenuhi syarat kelayakan. πŸ“… Tutup permohonan: 15 Nov 2026 πŸ”— Mohon sekarang: forms.gle/TxYvi9sMSivm8kM4A Bina generasi huffaz berilmu & berakhlak mulia
3
356
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, telah meluncurkan Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) @ PERNAMA di Kem Terendak, Melaka.
1
1
176
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Republik Korea ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Yeo Seung-bae, menjelang tamat tempoh perkhidmatan beliau. Pertemuan ini menjadi wadah menilai kemajuan hubungan pertahanan dua hala serta mengenal pasti kepentingan strategik yang boleh terus diperkukuh. Perbincangan memberi tumpuan kepada kerjasama industri pertahanan dan pembangunan keupayaan, khususnya penglibatan syarikat pertahanan Republik Korea serta perkembangan penghantaran pesawat FA-50M. Kerjasama ini mencerminkan kepentingan hubungan industri yang berupaya menyokong agenda pemodenan pertahanan Malaysia. Kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk memastikan kerjasama yang telah dibangunkan terus memberikan nilai strategik kepada kedua-dua negara, selaras dengan kepentingan bersama dalam memelihara keamanan dan kestabilan serantau. #MinDefUpdate #MinDefMalaysia #DiplomasiPertahanan
1
1
882
Angkatan Tentera Malaysia retweeted
SHAH ALAM, 17 Oktober 2026 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, mengadakan lawatan ke Aiszzy Electronic Sdn. Bhd. bagi menilai potensi keupayaan teknologi tempatan untuk memenuhi keperluan pertahanan serta memperkukuh kapasiti industri pertahanan negara. Aiszzy Electronic Sdn. Bhd. mempunyai kepakaran dalam embedded system electronics, komunikasi dan data, Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta integrasi sistem. Kepakaran ini berpotensi menyumbang kepada pembangunan penyelesaian teknologi pertahanan tempatan, tertakluk kepada kesesuaian keperluan operasi dan penilaian teknikal. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha strategik MINDEF memperluas penyertaan PKS berteknologi dalam ekosistem industri pertahanan, dengan penekanan kepada pembangunan keupayaan domestik, pengukuhan rantaian bekalan dan pengurangan kebergantungan kepada teknologi luar. Turut hadir wakil Bahagian Industri Pertahanan, Bahagian Perolehan, STRIDE, Bahagian Kewangan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM), Coalition Defence Industrial (M) serta Boustead Holdings Berhad. #MinDefMalaysia #MinDefUpdate
2
5
932
π—œπ—žπ—₯𝗔π—₯ 𝗦𝗬𝗔𝗛𝗔𝗗𝗔𝗛 π——π—œ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›, 𝗣𝗔𝗧 π—¦π—”π—žπ—¦π—œπ—žπ—”π—‘ π—£π—˜π—‘π—šπ—œπ—¦π—Ÿπ—”π— π—”π—‘ π—”π—‘π—šπ—šπ—’π—§π—” π—žπ—’π—₯ π—₯π—œπ—¦π—œπ—ž π——π—œπ—₯𝗔𝗝𝗔 Berita lanjut di: facebook.com/share/p/1LdHdPZ… #MKATM #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
1
4
553
π—•π—¨π—Ÿπ—˜π—§π—œπ—‘ 𝗔𝗧𝗠: π—šπ—˜π—‘π—˜π—₯π—”π—¦π—œ 𝗕𝗔𝗛𝗔π—₯𝗨 π—£π—˜π—₯𝗔𝗝𝗨π—₯π—œπ—§ π—§π—˜π—‘π—§π—˜π—₯𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗧 π—§π—˜π—₯𝗔𝗦 π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣𝗔𝗑 Berita lanjut di: facebook.com/share/p/19hoAUA… #MKATM #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
506
π—˜π—žπ—’π—‘π—’π— π—œ π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—” π—”π—‘π—šπ—šπ—’π—§π—” π——π—œπ—£π—˜π—₯π—žπ—”π—¦π—” Inisiatif Projek Madani memberdayakan ekonomi keluarga anggota melalui pengeluaran madu kelulut, pembangunan laman sayuran dan pengusahaan tanaman herba. #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
1
382
𝗦𝗔𝗑𝗧𝗔𝗣𝗔𝗑 π—•π—˜π—₯𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗛𝗔π—₯π—œ 𝗔𝗧𝗠 π—žπ—˜-𝟡𝟯 π—­π—”π—›π—œπ—₯π—žπ—”π—‘ 𝗧𝗔𝗔𝗧 π—¦π—˜π—§π—œπ—”, π—žπ—˜π—¨π—§π—¨π—›π—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π— π—”π—‘π—šπ—”π—§ π—₯𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—”π—₯𝗔 Berita lanjut di: web.facebook.com/share/p/1E1… #MKATM #KetahananATMBentengPertahananNegara #ATMSentiasaBersepadu
1
4
515