Kecemerlangan LTAT, Keselesaan Warga Tentera

Kuala Lumpur
Joined March 2013
‘Bersama Wira’ ialah usaha LTAT untuk membuka ruang kepada rakyat Malaysia menyalurkan penghargaan dan sokongan kepada anggota Angkatan Tentera. Inisiatif ini menjadi wadah kita bersama menjaga kebajikan mereka yang saban hari berkhidmat demi negara. #demiwirakami #BersamaWira
587
LTAT menganjurkan The Chair: Conversations That Shape Leaders yang menampilkan Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan menerusi sesi perkongsian bertajuk The Transformation Imperative.
1
25
Sesi ini mengetengahkan kepentingan kepimpinan strategik, visi bersama dan ketangkasan organisasi dalam memacu transformasi serta mencapai prestasi mampan. Perkongsian turut memberi penekanan kepada perkembangan trend transformasi, pengukuhan keupayaan kepimpinan dan
1
8
pembangunan bakat bagi memastikan LTAT terus berkembang sebagai organisasi yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. #DemiWiraKami #Gempur30
1
Bantu kami bina masa depan anda! 🫡 Mula dengan serendah RM25 sebulan melalui Skim Tambahan Caruman Ahli (TCA) dan #RancangSekarang untuk keselesaan hidup selepas persaraan. #demiwirakami
23
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, telah meluncurkan Kempen Harga Istimewa, Tentera Sejahtera (HITS) @ PERNAMA di Kem Terendak, Melaka.
1
1
176
Inisiatif PERNAMA di bawah ekosistem LTAT ini menawarkan barangan keperluan pada harga istimewa bagi meringankan beban kos sara hidup warga ATM dan keluarga.
1
45
Bersempena lawatan kerja ke Kem Terendak, Melaka, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan telah melancarkan Program Sekolah Angkat MADANI 2026 yang melibatkan 42 buah SRA dan KAFA di kem ATM seluruh negara, dengan peruntukan RM1.05 juta.
1
71
Lawatan diteruskan ke Kem Sungai Udang bagi menyampaikan sumbangan sebanyak RM110,000 bagi pelaksanaan projek Kem Angkat Santuni MADANI serta meninjau tapak projek naik taraf gimnasium.
1
21
Kedua-dua inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LTAT dalam menyokong kesejahteraan warga ATM dan keluarga melalui penyediaan kemudahan pendidikan dan infrastruktur yang lebih baik. #DemiWiraKami #GEMPUR30
14
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada rakan media atas liputan yang telah disiarkan berhubung Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI 2026 di Kem Terendak, Melaka. #DemiWiraKami #GEMPUR30 #EkonomiMADANI #MalaysiaMADANI
1
1
101
LTAT percaya bahawa kesejahteraan warga ATM merangkumi lebih daripada aspek persaraan dan simpanan. Ia turut melibatkan kebajikan keluarga, pembangunan komuniti dan pendidikan generasi masa hadapan.
1
57
Melalui Program Sekolah Angkat MADANI, LTAT meneruskan komitmennya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif demi memperkukuh masa depan warga ATM dan keluarga mereka. #DemiWiraKami #GEMPUR30
31
Kebajikan warga ATM merangkumi kesejahteraan seluruh keluarga mereka. LTAT kekal komited menyokong usaha memperluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti demi membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak warga tentera dan generasi masa hadapan negara. #DemiWiraKami
37
LTAT dan Syarikat Kumpulan terus memperkukuh kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Program Sekolah Angkat MADANI 2026, yang memanfaatkan 42 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kem tentera seluruh negara dengan-
1
60
peruntukan RM1.05 juta. Selaras dengan aspirasi GEAR-uP, inisiatif ini mencerminkan peranan LTAT dalam memastikan manfaat pembangunan turut dirasai masyarakat melalui penambahbaikan prasarana pendidikan, sekali gus menyokong kesejahteraan keluarga warga ATM-
1
27
dan masa depan generasi akan datang. #DemiWiraKami #Gempur30
17
LTAT komited memperkasa kebolehpasaran anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui inisiatif MyBakat Veteran yang mengiktiraf kemahiran ketenteraan serta membuka laluan kepada kerjaya kedua yang lebih terancang.
1
1
1
109
Ketua Eksekutif LTAT, YBhg. Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi, turut hadir bagi menyokong usaha memperkukuh kerjasama strategik antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia dalam pembangunan bakat serta kebolehpasaran veteran ATM. #DemiWiraKami #Gempur30
1
36