AkimZone retweeted
Pegawai dan peguam Datuk Seri Najib Razak memasuki Kaunter Bayaran Mahkamah Tinggi di sini bagi urusan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Ahmad Lutif Azhar dan Muhammad Farhan Shafee masuk ke ruangan kaunter pembayaran itu jam 12.10 tengah hari.
AkimZone retweeted
Masalah wajib hampir setiap tahun....paling kurang sekali kena hadap....kadang lebih sekali....
Jalan masuk ke Puncak Alam akan tenggelam..sekali dengan masjid kat sebelah tu akan jadi mangsa....
Jambatan masuk tak siap-siap....jalan masuk keluar tak siap-siap.....
Datang PRU...orang Kuala Selangor tetap jugak undi MP PH....
AkimZone retweeted
Selangor negeri termaju?
Tak sangka..era Madani terhebat masih jadi camni.....masa jadi pembangkang dulu, pemimpin PH kalau bersembang macam ada jawapan kepada semua masalah dalam dunia.....sekarang kenapa camni?
AkimZone retweeted
Best juga lagu ni!
Moga muafakat antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Melaka diberkati dan bakal membuahkan natijah terbaik dalam PRN Melaka demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
#MuafakatMelaka
#PerpaduanUmmah
#PRNMelaka
#BarisanNasionalPerikatanNasional
AkimZone retweeted
DYMM Sultan Selangor sendiri bertitah kerajaan PH degil dan gagal selesaikan isu banjir.
SPRM sahkan PBT kerajaan negeri PH sakau duit tebatan banjir.
Kini, Pengerusi PH akui kegagalan mereka yg menyebabkan banjir berulang-ulang.
Dan korang masih undi lagi PH ni kan?
🤦🏻♂️
Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: sinarharian.com.my/article/8…
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS
AkimZone retweeted
Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing - Rafizi
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berhubung isu mafia korporat berpusing-pusing dan cuba mengelak daripada menjawab kontroversi sebenar.
Pengasas Parti BERSAMA yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berkata, Anwar sebaliknya memberikan penjelasan mengenai jenayah korporat yang pernah berlaku sebelum ini, seolah-olah mahu menggambarkan isu berkenaan bukan sesuatu yang baharu.
Menurut Rafizi, skandal mafia korporat sebenarnya merujuk kepada dakwaan wujudnya kumpulan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersekongkol dengan ahli perniagaan tertentu.
Katanya, kumpulan itu didakwa menggunakan ugutan terhadap ahli perniagaan lain bagi memaksa mereka menyerahkan syarikat masing-masing.
Lebih membimbangkan, beliau berkata, terdapat juga dakwaan individu tertentu menggunakan kaedah berkenaan untuk mencuci wang haram daripada kegiatan jenayah yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap.
"Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Rafizi menegaskan, persoalan utama mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh anggota agensi penguatkuasaan itu langsung tidak disentuh Anwar dalam jawapannya di Parlimen.
Sebaliknya, beliau mendakwa Perdana Menteri cuba mengelirukan orang ramai dengan mengaitkan kontroversi mafia korporat dengan jenayah kolar putih yang pernah berlaku sebelum ini.
"Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Dato' Seri Anwar," katanya.
Terdahulu, beliau mendakwa kenyataan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil oleh menteri yang didakwa menerima RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat.
Menurut beliau, itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat kerana beliau belum menerima apa-apa writ saman dari menteri berkenaan hingga sekarang. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli
AkimZone retweeted
“Jangan Pilih Pemimpin Siangnya Bersama Ulama, Malamnya Pergi Menari” - Ridhuan Tee
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Penceramah agama, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang beristiqamah, bukan yang dilihat berubah-ubah dalam mengamalkan cara hidup Islam.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau tanpa memetik nama mana-mana pemimpin menyindir sikap segelintir pemimpin yang menghadiri majlis bersama ulama tetapi pada masa lain menyertai acara tari-menari.
“Kadangkala kita lihat, ada pemimpin yang hari ini bersama dalam majlis ulama, tetapi esok bersama dalam majlis tari-menari,” katanya.
Ridhuan Tee turut mengkritik individu yang menjaga penampilan dan menutup aurat ketika majlis akad nikah, tetapi kembali kepada kebiasaan lama selepas selesai upacara berkenaan.
“Tiba masa akad nikah, bertudung kembali sebab ada wali atau tok kadi. Bila tiba masa meraikan pernikahan, kenduri kahwin, persandingan, tudung terbang semula,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sikap individu menunaikan umrah atau haji dengan harapan membersihkan dosa, namun kembali melakukan perkara sama selepas pulang.
Menurutnya, usaha memerangi rasuah semata-mata tidak mencukupi sekiranya seseorang pemimpin gagal mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
“Kuat menentang rasuah, menentang sakau, tidak cukup, walaupun tidak dinafikan tindakan tersebut adalah tindakan mulia. Ada amar makruf, mesti diikuti dengan nahi mungkar.
“Pemimpin tidak boleh jadi macam yoyo. Hari ini jadi baik, esok jadi tak baik. Islam bukan sebegitu sifatnya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat menilai pemimpin dengan teliti dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik memerangi rasuah sekiranya prinsip sama tidak diterapkan terhadap diri sendiri atau kumpulan masing-masing.
“Jangan hanya bercakap pasal rasuah, pasal sakau, yang orang lain buat, tetapi bila kena kepada batang hidung sendiri atau kumpulan sendiri, rasuah dan sakau jadi hilang entah ke mana. Kena istiqamah,” katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah
AkimZone retweeted
Negara tengah huru hara, murid hilang nyawa kat sekolah, belanjawan defisit, jerebu sampai tutup sekolah, roro berlambak, dia boleh pergi konsert.
Sahih, Prabowo Malaysia yang sebenar.
AkimZone retweeted
LEBIHAN RM17.83 BILIYUN YOU TAK NAK HEBOH KE?
Geng PH pernah kata bahawa Najib harus duduk dipenjara sebab menyebabkan kerugian RM50 bilion kepada negara.
Tapi kini, selepas lebih banyak wang berjaya dipulihkan dan aset serta manfaat berkaitan 1MDB diambil kira, gambaran…
AkimZone retweeted
Jawab la soalan mudah yang ditanya rakyat....
Mengapa?
Apa perbezaan antara kedua kes ini?
Nampak sama aje....adakah kalau pada UMNO kena beriya-iya sebab nak bagi nampak UMNO korup dan jahat?
Kalau libatkan DAP tu suci sesuci embun pagi?
AkimZone retweeted
Sesiapa pun jadi PM selepas PMX adalah PM yang amat malang sekali.
Bajet defisit RM77 billion.
Hutang negara RM1.76 trillion.
Hutang baru dibuat oleh kerajaan madani sejak tahun 2023 (RM245 billion).
Keuntungan Petronas yang semakin merosot sebab kerajaan madani gagal mengendalikan isu Petros vs. Petronas (2023 = RM80b, 2024 = RM55b, 2025 = RM45b)
Berita2 begini media tak lapor. Yang dilapor gula2 untuk pilihan raya sahaja.
Doakan yang terbaik untuk Malaysia 🤲🏻
AkimZone retweeted
Harapnya pelajar ini membuka mata beliau untuk mengenali penjenayah sebenar kes,
Dan jangan begitu mudah percaya dgn penipuan seseparuh personaliti/pempengaruh politik.
Satu klip video yang memaparkan kenyataan lantang seorang pelajar Universiti Malaya (UM) mengenai skandal Tabung Haji dan kutipan derma bagi membantu Najib Razak membayar denda RM50 juta menarik perhatian orang ramai.
Ummi Umairah Bakhit meluahkan kebimbangan terhadap gejala rasuah dan mempersoalkan bagaimana pemimpin masa depan seharusnya mengambil pendirian dalam isu berkenaan.
“Berlaku skandal Tabung Haji yang melibatkan beberapa tokoh politik. Perkara paling bodoh yang pernah saya lihat sepanjang hidup saya ialah orang ramai menderma kepada bekas perdana menteri Najib, sedangkan beliau jelas berdepan kes rasuah yang serius, iaitu 1MDB, dan mempunyai kaitan yang jelas dengan rasuah.
“Bagaimana anda akan menasihati pemimpin masa depan supaya berani bersuara menentang rasuah dan feudalisme, berfikir secara kritis serta mengemukakan fakta dan data statistik?” katanya.
Berita penuh: malaysiakini.com/news/887162…
Kami tuntut saman Rafizi Ramli, nafikan perkara ini tak betul.
threads.com/share/BAaLygluHY…
AkimZone retweeted
Belanjawan MADANI nampak macam hebat, tetapi adakah rakyat akan menerima apa yang dijanjikan?
Ibarat membeli barang online: gambar nampak menarik, tawaran nampak hebat. Tetapi apabila sampai, “order lain, dapat lain.”
Begitulah persoalan di sebalik pengumuman gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027. Rakyat mendengar “gaji naik”, tetapi PMKS dengan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar baharu itu.
RM50 juta ialah hasil jualan, bukan keuntungan. Banyak perniagaan kecil masih jauh daripada ambang tersebut. Bagi pekerja mereka, pengumuman gaji naik belum tentu membawa perubahan pada slip gaji.
Belanjawan boleh kelihatan hebat di pentas pengumuman. Namun, reformasi gaji masih belum menyeluruh jika pekerja PMKS terus tertinggal tanpa laluan dan tempoh pelaksanaan yang jelas.
BERSAMA mahu reformasi yang membantu majikan meningkatkan kemampuan membayar gaji yang lebih baik, serta memastikan manfaatnya sampai kepada pekerja.
Rakyat mengharapkan perubahan sebenar. Jangan sampai yang diumumkan lain, yang diterima lain.
AkimZone retweeted
SAKAU by ANY OTHER NAME?
Kenapa Anwar tidak dedahkan siapa yg dpt tender sejak beliau jadi PM?
Rakyat ingin pengesahan tentang beberapa kontrak besar melibatkan syarikat yg mempunyai sejarah hubungan korporat dgn bekas Setiausaha Politik Anwar, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador.
AkimZone retweeted
Kalau telor itu kecik, jangan diduga yang bertelor besar. Terus mohon maaf, sebab dia pun rahu benda itu fitnah! @ShafiiHalid @drakmalsaleh
AkimZone retweeted
Ini yang PMX kata hebat prestasinya. Ada yang rasa nak tergelak tak? @anthonyloke @anwaribrahim @GobindSinghDeo @hannahyeoh @TeoNieChing @dapmalaysia @weechookeong @weekasiongmp
AkimZone retweeted
MANA KERETAPI NYA?
Scoop melaporkan pada 2 Oktober bahawa kerja di bawah kontrak penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih bernilai hampir RM600 juta didakwa ketinggalan daripada jadual.
Ini kalau BN dah kena tuduh sakau apa semua...
Bila libatkan dia ...tengoklah nanti entah apa alasan macam cibaiii dia bagi nanti...
Mohon Anthony Loke letak jawatan segera...





































