Loke sudah boleh letak jawatan Menteri
Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah
Spekulasi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melunaskan denda RM50 juta bagi membolehkannya menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah semakin kuat apabila beberapa individu termasuk pegawai khasnya, dilihat berlegar di kaunter pembayaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, seorang pegawai khas dan pemimpin UMNO serta peguam Najib, Farhan Muhammad Shafee dilihat berada di sekitar mahkamah berkenaan sejak jam 11.30 pagi.
Artikel: sinarharian.com.my/ampArticl…
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #60saat #PengampunanNajib #NajibRazak
AkimZone retweeted
Pegawai dan peguam Datuk Seri Najib Razak memasuki Kaunter Bayaran Mahkamah Tinggi di sini bagi urusan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.
Ahmad Lutif Azhar dan Muhammad Farhan Shafee masuk ke ruangan kaunter pembayaran itu jam 12.10 tengah hari.
AkimZone retweeted
Masalah wajib hampir setiap tahun....paling kurang sekali kena hadap....kadang lebih sekali....
Jalan masuk ke Puncak Alam akan tenggelam..sekali dengan masjid kat sebelah tu akan jadi mangsa....
Jambatan masuk tak siap-siap....jalan masuk keluar tak siap-siap.....
Datang PRU...orang Kuala Selangor tetap jugak undi MP PH....
AkimZone retweeted
Selangor negeri termaju?
Tak sangka..era Madani terhebat masih jadi camni.....masa jadi pembangkang dulu, pemimpin PH kalau bersembang macam ada jawapan kepada semua masalah dalam dunia.....sekarang kenapa camni?
AkimZone retweeted
Best juga lagu ni!
Moga muafakat antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Melaka diberkati dan bakal membuahkan natijah terbaik dalam PRN Melaka demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.
#MuafakatMelaka
#PerpaduanUmmah
#PRNMelaka
#BarisanNasionalPerikatanNasional
AkimZone retweeted
DYMM Sultan Selangor sendiri bertitah kerajaan PH degil dan gagal selesaikan isu banjir.
SPRM sahkan PBT kerajaan negeri PH sakau duit tebatan banjir.
Kini, Pengerusi PH akui kegagalan mereka yg menyebabkan banjir berulang-ulang.
Dan korang masih undi lagi PH ni kan?
🤦🏻♂️
Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: sinarharian.com.my/article/8…
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS
AkimZone retweeted
Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing - Rafizi
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berhubung isu mafia korporat berpusing-pusing dan cuba mengelak daripada menjawab kontroversi sebenar.
Pengasas Parti BERSAMA yang juga bekas Menteri Ekonomi itu berkata, Anwar sebaliknya memberikan penjelasan mengenai jenayah korporat yang pernah berlaku sebelum ini, seolah-olah mahu menggambarkan isu berkenaan bukan sesuatu yang baharu.
Menurut Rafizi, skandal mafia korporat sebenarnya merujuk kepada dakwaan wujudnya kumpulan dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bersekongkol dengan ahli perniagaan tertentu.
Katanya, kumpulan itu didakwa menggunakan ugutan terhadap ahli perniagaan lain bagi memaksa mereka menyerahkan syarikat masing-masing.
Lebih membimbangkan, beliau berkata, terdapat juga dakwaan individu tertentu menggunakan kaedah berkenaan untuk mencuci wang haram daripada kegiatan jenayah yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap.
"Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Rafizi menegaskan, persoalan utama mengenai kemungkinan penyalahgunaan kuasa oleh anggota agensi penguatkuasaan itu langsung tidak disentuh Anwar dalam jawapannya di Parlimen.
Sebaliknya, beliau mendakwa Perdana Menteri cuba mengelirukan orang ramai dengan mengaitkan kontroversi mafia korporat dengan jenayah kolar putih yang pernah berlaku sebelum ini.
"Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Dato' Seri Anwar," katanya.
Terdahulu, beliau mendakwa kenyataan Perdana Menteri di Dewan Rakyat semalam boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil oleh menteri yang didakwa menerima RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat.
Menurut beliau, itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat kerana beliau belum menerima apa-apa writ saman dari menteri berkenaan hingga sekarang. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Rafizi Ramli
AkimZone retweeted
“Jangan Pilih Pemimpin Siangnya Bersama Ulama, Malamnya Pergi Menari” - Ridhuan Tee
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR - Penceramah agama, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan rakyat supaya memilih pemimpin yang beristiqamah, bukan yang dilihat berubah-ubah dalam mengamalkan cara hidup Islam.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau tanpa memetik nama mana-mana pemimpin menyindir sikap segelintir pemimpin yang menghadiri majlis bersama ulama tetapi pada masa lain menyertai acara tari-menari.
“Kadangkala kita lihat, ada pemimpin yang hari ini bersama dalam majlis ulama, tetapi esok bersama dalam majlis tari-menari,” katanya.
Ridhuan Tee turut mengkritik individu yang menjaga penampilan dan menutup aurat ketika majlis akad nikah, tetapi kembali kepada kebiasaan lama selepas selesai upacara berkenaan.
“Tiba masa akad nikah, bertudung kembali sebab ada wali atau tok kadi. Bila tiba masa meraikan pernikahan, kenduri kahwin, persandingan, tudung terbang semula,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sikap individu menunaikan umrah atau haji dengan harapan membersihkan dosa, namun kembali melakukan perkara sama selepas pulang.
Menurutnya, usaha memerangi rasuah semata-mata tidak mencukupi sekiranya seseorang pemimpin gagal mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
“Kuat menentang rasuah, menentang sakau, tidak cukup, walaupun tidak dinafikan tindakan tersebut adalah tindakan mulia. Ada amar makruf, mesti diikuti dengan nahi mungkar.
“Pemimpin tidak boleh jadi macam yoyo. Hari ini jadi baik, esok jadi tak baik. Islam bukan sebegitu sifatnya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat menilai pemimpin dengan teliti dan tidak mudah terpengaruh dengan retorik memerangi rasuah sekiranya prinsip sama tidak diterapkan terhadap diri sendiri atau kumpulan masing-masing.
“Jangan hanya bercakap pasal rasuah, pasal sakau, yang orang lain buat, tetapi bila kena kepada batang hidung sendiri atau kumpulan sendiri, rasuah dan sakau jadi hilang entah ke mana. Kena istiqamah,” katanya. - MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Ridhuan Tee Abdullah
AkimZone retweeted
Negara tengah huru hara, murid hilang nyawa kat sekolah, belanjawan defisit, jerebu sampai tutup sekolah, roro berlambak, dia boleh pergi konsert.
Sahih, Prabowo Malaysia yang sebenar.
AkimZone retweeted
LEBIHAN RM17.83 BILIYUN YOU TAK NAK HEBOH KE?
Geng PH pernah kata bahawa Najib harus duduk dipenjara sebab menyebabkan kerugian RM50 bilion kepada negara.
Tapi kini, selepas lebih banyak wang berjaya dipulihkan dan aset serta manfaat berkaitan 1MDB diambil kira, gambaran…
AkimZone retweeted
Jawab la soalan mudah yang ditanya rakyat....
Mengapa?
Apa perbezaan antara kedua kes ini?
Nampak sama aje....adakah kalau pada UMNO kena beriya-iya sebab nak bagi nampak UMNO korup dan jahat?
Kalau libatkan DAP tu suci sesuci embun pagi?


































