Catatan Duha
Kepimpinan yang dihormati bukan diukur pada indahnya ucapan, tetapi pada sejauh mana janji ditepati dan kata-kata dibuktikan dengan tindakan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 19 Safar 1448, 3 Ogos 2026 Isnin
Catatan Duha
Semakin tinggi darjat seseorang di sisi Allah, semakin besar kemungkinan ujiannya di dunia. Jangan ukur kemuliaan dengan kesenangan, tetapi dengan ketabahan menghadapi ujian. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 8 Safar 1448, 24 Julai 2026 Jumaat
Catatan Duha
Dunia bukan tempat membalas segala kebaikan. Di sinilah orang soleh diuji, para ulama difitnah dan para wali disakiti. Balasan sebenar menanti di akhirat. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 7 Safar 1448, 23 Julai 2026 Khamis
Catatan Duha
Kemuliaan di sisi manusia belum tentu tanda kejayaan. Tetapi kemuliaan di sisi Allah sering didahului dengan ujian, fitnah dan pengorbanan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 6 Safar 1448, 22 Julai 2026 Rabu
Catatan Duha
Orang soleh tidak semestinya hidup tanpa derita. Para ulama tidak semestinya sentiasa dipuji. Para wali tidak semestinya bebas daripada kezaliman. Itulah harga sebuah kemuliaan di sisi Allah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 4 Safar 1448, 20 Julai 2026 Isnin
Catatan Duha
Jalan menuju reda Allah bukan jalan yang dipenuhi pujian, tetapi sering dihiasi ujian, fitnah dan cacian. Kesabaran di dunia, kemuliaan di akhirat. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 2 Safar 1448, 18 Julai 2026 Sabtu
Catatan Duha
Di dunia, orang-orang soleh sering diuji, para ulama dicaci, dan para wali disakiti. Namun, Allah telah menyediakan ganjaran yang jauh lebih besar di negeri akhirat. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 1 Safar 1448, 17 Julai 2026 Jumaat
Catatan Duha
Bersabarlah. Kekeruhan hari ini bukan bermakna masa depan juga akan suram. Rahmat Allah sentiasa lebih luas daripada ujian yang kita hadapi. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 30 Muharam 1448, 16 Julai 2026 Khamis
Catatan Duha
Hidup ini adalah madrasah. Ujian ialah gurunya, sabar ialah ilmunya, dan reda ialah kejayaannya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 29 Muharam 1448, 15 Julai 2026 Rabu
Catatan Duha
Jangan takut dengan ujian. Emas tidak menjadi bernilai melainkan setelah melalui api. Begitu juga manusia. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 28 Muharam 1448, 14 Julai 2026 Selasa
Catatan Duha
Ketenangan bukan kerana hidup tanpa masalah, tetapi kerana hati yakin setiap ketentuan Allah pasti mengandungi kebaikan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 26 Muharam 1448, 12 Julai 2026 Ahad
Catatan Duha
Jangan biarkan kekeruhan hidup memadamkan cahaya harapan. Selagi ada iman, sentiasa ada jalan keluar. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 25 Muharam 1448, 11 Julai 2026 Sabtu
Catatan Duha
Allah tidak menjanjikan hidup tanpa ujian, tetapi Dia menjanjikan pertolongan bagi mereka yang sabar. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 24 Muharam 1448, 10 Julai 2026 Jumaat
Catatan Duha
Setiap ujian membawa hikmah. Jangan takut pada kekeruhan, kerana selepasnya sering hadir kejernihan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 21 Muharam 1448, 7 Julai 2026 Selasa
6
508
Catatan Duha
Kekeruhan hidup bukan tanda Allah meninggalkan kita, tetapi ruang untuk kita kembali mendekatiNya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 20 Muharam 1448, 6 Julai 2026 Isnin
Catatan Duha
Hidup tidak sentiasa cerah. Kekeruhan adalah sebahagian daripada sunnatullah untuk mematangkan jiwa. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 17 Muharam 1448, 8 Julai 2026 Sabtu
Catatan Duha
Jangan bersedih dengan kekeruhan hidup. Air yang keruh masih mampu menjadi jernih, begitu juga hati yang diuji. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 16 Muharam 1448, 3 Julai 2026 Jumaat
Catatan Duha
Jangan letih berbuat baik hanya kerana tidak dihargai. Allah SWT adalah sebaik-baik pemberi ganjaran. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 15 Muharam 1448, 2 Julai 2026 Khamis
Catatan Duha
Kita mungkin tidak difahami hari ini, tetapi kebenaran dan keikhlasan akan menemukan jalannya. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 14 Muharam 1448, 1 Julai 2026 Rabu

















