Pagi ni ziarah kubur Mak.
Kali ni cucu-cucu Tok ikut sekali. Duduk sama2, baca apa yg mereka mampu dan kirim doa utk moyang mereka.
Mereka mungkin belum faham semuanya hari ni.
Tapi biarlah dari kecil mereka belajar, orang yg kita syg pergi, kasih dan doa tak semestinya ikut pergi.
Al-Fatihah buat Mak. ๐คฒ
Fail orang politik sedang bergerak. Bagus. Kalau ada bukti, siasat dan dakwa.
Tapi bila institusi penguatkuasaan sendiri pernah dipersoalkan, standard ketelusan yg sama mesti terpakai.
Lagi agresif enforcement bergerak ketika political war sedang panas, lagi tinggi kredibiliti institusi perlu dijaga.
Dedahkan dapatan. Biar fakta menutup spekulasi.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ง๐๐ก ๐ฆ๐ฅ๐ ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐๐
Saya mengikuti perkembangan siasatan SPRM berkenaan Tabung Haji, termasuk siri penahanan yang melibatkan seorang bekas menteri semalam.
Dalam tempoh dua minggu yang lepas, tokoh-tokoh pemimpin dari Barisan Nasional telah direman, ditahan atau didakwa.
Saya mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib untuk menyiasat dan mendakwa mana-mana ahli politik atau penjawat awam yang ada bukti telah melakukan pecah amanah.
Pada masa yang sama, kredibiliti institusi seperti SPRM, PDRM dan agensi agensi lain juga adalah sangat penting supaya tindakan-tindakan ini tidak dilihat bermotif politik.
Dalam suasana politik sekarang, akibat pertelingkahan di antara PH dan BN, saya khuatir usaha SPRM dan agensi penguat kuasa lain untuk membanteras rasuah dikecamukkan dengan tuduhan bermotif politik.
Oleh itu, saya menyeru supaya YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Ketua Setiausaha Negara mendedahkan dengan segera kertas siasatan mengenai skandal pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki yang telah pun dibentangkan di Jemaah Menteri.
Memandangkan kes itu hanya bersifat disiplin mengikut peraturan penjawat awam, ia tidak sepatutnya diperam โ tambah-tambah lagi jika pendedahan laporan itu boleh membantu menepis serangan-serangan politik yang mencemarkan usaha SPRM menyiasat kes bersabit Tabung Haji.
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Innalillahi wa inna ilaihi rajiโun.
Al-Fatihah buat anak, menantu dan cucu sahabat Tok yg pergi serentak dalam nahas LPT1 malam tadi.
Tiga insan tersayang pergi dalam sekelip mata. Berat sungguh ujian buat seorang ayah dan datuk.
Semoga Allah merahmati mereka dan menguatkan seluruh keluarga. ๐คฒ
Empat termasuk tiga sekeluarga terbunuh serta tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, semalam.
Berita penuh: bharian.com.my/berita/kes/20โฆ
Yang menarik bukan jumlah sahaja. Tengok bentuk asetnya.
Tunai tempatan untuk liquidity.
Mata wang asing untuk mobility.
Emas sebagai store of value.
Syarikat atau proxy memisahkan pemilikan daripada kawalan.
Bila political war chest dibedah, jangan tengok berapa banyak duit sahaja.
Tengok dalam bentuk apa ia disimpan, siapa yang pegang dan ke mana ia digerakkan.
Di situ mungkin cerita sebenar bermula.
Fail-fail lama dah mula bergerak.
Ismail Sabri didakwa. Kes Muhyiddin berjalan. Bekas menteri era 2020โ2022 pula menyusul. Fail RCI Tabung Haji pun dibuka.
Mungkin semuanya kebetulan.
Tapi dalam politik, bukan sekadar siapa yg disentuh.
Timing, sequence dan siapa yg tidak disentuh pun menarik.
Kita tengok ke mana arahnya.
Tengah lalu depan KFC Petronas USJ21 nak gi ngopi kat Main Place, ternampak ni. ๐
BERSAMA dh mula nampak atas jalan.
Parti baru memang bermula dari kosong. Logo orang tak kenal, jentera belum besar, undi pun belum tentu ada.
Tapi kalau tak mula hari ni, sampai bila pun pilihan kita cuma muka dan parti yg sama.
Biar dia tumbuh.
Nanti rakyat nilai sendiri.
RM9.63 bilion aset TH dipindahkan kepada UJSB dengan consideration RM19.9 bilion.
Sekarang dua aset kembali kepada TH sekitar RM965 juta, sementara sukuk masuk fasa baharu sehingga 2036.
TH hari ini boleh jadi lebih sihat. Itu satu cerita.
Tapi untuk tahu kos sebenar pemulihan TH, jangan tengok balance sheet TH sahaja.
Bedah UJSB 2019โ2025:
Berapa aset berjaya dipulihkan?
Berapa accumulated losses?
Berapa sokongan kerajaan digunakan?
Berapa liability masih tinggal?
Dan ada satu lagi layer yang jarang dibincangkan.
Dalam tempoh pemulihan, TH turut merasionalisasi portfolio dan mengecilkan atau melepaskan pegangan dalam beberapa syarikat.
Theta Edge misalnya kemudian melalui manpower rationalisation termasuk VSS dan Optional Retirement Scheme.
Berapa syarikat lain melalui proses yang sama?
Berapa pekerja dan vendor terkesan?
Sebab sebuah institusi boleh nampak pulih apabila sebahagian kos pemulihannya sudah berpindah ke tempat lain.
TH recovery satu cerita.
Total economic cost untuk menyelamatkan TH satu lagi cerita.
Itu yang kita belum nampak gambar penuhnya.
Bulan lalu, Tabung Haji mengumumkan dua aset sudah dipulangkan daripada Urusharta Jamaah. Sebidang tanah di TRX dan sebuah ladang kelapa sawit.
Ada yang terus kata, ini bukti pelan penyelamat 2018 akhirnya berjaya.
Dua aset. Daripada RM19.9 bilion aset yang dipindahkan.
Selama ini, tumpuan semua orang hanya kepada Tabung Haji. Berapa wang pendeposit, berapa rizab, berapa dividen.
Setakat ini, saya belum nampak seorang pun yang betul-betul mengupas prestasi kerajaan dalam memulihkan aset-aset yang dipindahkan itu.
Ini bahagian yang ramai terlepas pandang.
Memindahkan aset toksik keluar daripada Tabung Haji bukan bermakna masalah itu hilang. Beban itu cuma berpindah. Daripada Tabung Haji, kepada kerajaan dan akhirnya rakyat.
Ini bukan pendapat saya seorang.
RCI sendiri menyatakan penubuhan UJSB tidak menghapuskan masalah asal. Ia hanya memindahkan risiko daripada Tabung Haji kepada kemampuan UJSB memulihkan nilai aset dan membayar balik sukuknya.
Kalau PH mahu kata merekalah yang menyelamatkan Tabung Haji pada 2018, dan hari ini PH juga menjadi tulang belakang Kerajaan Madani, maka kita kena tengok satu lagi angka yang jarang orang bincangkan.
Apa sebenarnya prestasi kewangan UJSB dari 2019 sampai 2025?
Jadi, dalam demam-demam ini saya pergi beli dan muat turun semua penyata kewangan beraudit UJSB. Daripada penyata pertama pada 2019 sampai yang terkini bagi 2025.
Saya baca satu-satu. Sebab kalau orang biasa baca, memang boleh pening kepala.
Angka-angka ini bukan saya reka. Semuanya datang daripada penyata kewangan yang telah diaudit dan ditandatangani.
Tujuh tahun berlalu. Saya belum nampak seorang pun ahli Parlimen pergi semak angka-angka ini secara menyeluruh.
Lebih menarik, pada Jun lalu, sukuk itu dilanjutkan lagi selama sepuluh tahun.
Jadi soalannya bukan sekadar sama ada Tabung Haji sudah diselamatkan.
Soalan sebenarnya, siapa yang akhirnya menanggung kos penyelamatan itu?
Tonton video penuh kupasan berkenaan perbahasan laporan RCI Tabung Haji di Parlimen di Podcast YBM: youtube.com/live/EUvzOPbs7CEโฆ
tokcin retweeted