Indonesia menangguhkan tawaran bantuan Malaysia dan beberapa negara lain untuk memadam kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu merentasi sempadan, meskipun sebelum ini dilaporkan bersetuju menerima bantuan antarabangsa.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman berkata, negaranya masih yakin mampu mengendalikan kebakaran menggunakan sumber sendiri. Menurutnya, bantuan asing hanya akan dipertimbangkan sekiranya keadaan diisytiharkan sebagai bencana nasional.
Kenyataan itu menimbulkan persoalan susulan laporan terdahulu bahawa Presiden Prabowo Subianto telah meluluskan penerimaan bantuan asing. Malaysia sebelum ini menawarkan sebuah pesawat pemadam kebakaran Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 50 anggota bagi membantu operasi memadam kebakaran.
Bagaimanapun, bantuan berkenaan masih belum dapat digerakkan sementara menunggu keputusan rasmi Indonesia, ketika kebakaran hutan terus mencetuskan kebimbangan terhadap masalah jerebu di rantau ini.
Sumber: Free Malaysia Today, Bernama, Reuters
Seorang pengantin lelaki di China tidak mampu menahan air mata apabila menerima hadiah perkahwinan luar biasa daripada isterinya, iaitu kad grafik ASUS ROG Astral GeForce RTX 5090 yang menjadi idaman ramai peminat permainan komputer.
Menerusi rakaman yang kembali mendapat perhatian di media sosial, lelaki itu dilihat menangis terharu sambil memegang kotak kad grafik berkenaan di hadapan tetamu. Hadiah tersebut bukan calang-calang kerana RTX 5090 merupakan antara kad grafik berprestasi tinggi yang digunakan untuk permainan komputer dan tugasan kecerdasan buatan (AI).
Di Malaysia, model ASUS ROG Astral RTX 5090 disenaraikan pada harga sekitar RM15,000 hingga RM35,000, bergantung kepada versi dan penjual. Malah, terdapat dakwaan sesetengah penyenaraian mencecah RM50,000, namun harga sebenar yang dibayar pengantin perempuan itu tidak dapat dipastikan.
Rakaman berkenaan dipercayai sudah pernah tersebar sebelum ini dan kembali mencuri perhatian selepas dikongsikan semula, sekali gus memperlihatkan betapa bermaknanya hadiah tersebut buat pengantin lelaki berkenaan.
Sumber: VideoCardz, LiveMint, evolving.ai
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadikan nama Muhammad sebagai bahan gurauan ketika berucap di Dalton, Georgia, pada Jumaat lalu, dengan mendakwa seseorang mempunyai peluang 65 peratus untuk meneka nama individu dari Timur Tengah dengan betul jika menggunakan nama tersebut.
“Kalau kamu tak pasti nama seseorang dari Timur Tengah, sebut sahaja Muhammad. Kamu ada kira-kira 65 peratus peluang untuk betul,” katanya sambil menambah bahawa beliau sudah bertahun-tahun menggunakan cara itu dan mendakwa tidak pernah tersilap.
Kenyataan itu dibuat ketika Trump menyentuh situasi politik Iran, termasuk mempersendakan kesukaran mencari individu yang mahu menjadi presiden negara berkenaan.
Sumber: Reuters
Gambar: Ross Williams/Georgia Recorder
Katanya, sebagai wakil rakyat, dirinya sentiasa terbuka menerima kritikan serta perdebatan politik, namun kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk memfitnah atau menjatuhkan maruah seseorang.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/teresa-kok-me…
Permintaan Muhammad Ammar Izdiyad yang mahu PMX mendoakannya sebelum menjalani pembedahan mendapat respons daripada Perdana Menteri.
Difahamkan, pembedahan berkaitan masalah tonsilitis atau radang tonsil mempunyai risiko tertentu terhadap Ammar.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/permintaan-am…
Seorang pelancong Israel berusia 43 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di wilayah Krabi, Thailand, pada Sabtu lalu.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Ofir Dali dilaporkan merupakan bapa kepada enam anak. Bagaimanapun, keadaan sebenar yang menyebabkan kemalangan itu masih belum dapat dipastikan.
Kementerian Luar Israel mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pihak konsulatnya di Bangkok sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menguruskan penghantaran pulang jenazah mangsa.
Sumber: Roya News, Ynet, The Jerusalem Post
Dewan Rakyat kecoh apabila Jelutong membantah penggunaan perkataan 'munafik' oleh Kota Bharu yang didakwa ditujukan kepada Perdana Menteri.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/dewan-kecoh-j…
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan poster palsu berkenaan dan sentiasa merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat sahih.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/mof-nafi-dakw…
BRAZIL – Gara-gara terlalu percaya dengan wanita yang dikenali menerusi media sosial, seorang tukang batu berusia 49 tahun sanggup menjual barang miliknya dan mengembara lebih 2,100 kilometer untuk bertemu insan yang disangka bakal menjadi pasangan hidupnya.
Lelaki dikenali sebagai Edimar Rocha Martins itu bertolak dari Imperatriz, Maranhão pada 9 Oktober lalu menuju ke Belo Horizonte selepas terpikat dengan wanita bernama Jéssica Oliveira, yang muncul dalam video media sosial dan mendakwa mencari teman hidup.
Perjalanan menaiki bas selama lebih 36 jam itu bagaimanapun berakhir dengan kekecewaan apabila dia mendapati wanita berkenaan sebenarnya watak yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Difahamkan, Edimar yang berasa kesunyian selepas kematian ibunya berharap dapat memulakan kehidupan baharu bersama wanita tersebut. Namun, pengendali akaun AI berkenaan menafikan pernah berhubung secara peribadi atau mengundang lelaki itu datang menemuinya.
Lebih menyedihkan, Edimar dilaporkan kehabisan wang selepas tiba di destinasi sehingga terpaksa mendapatkan bantuan pihak berkuasa tempatan untuk pulang ke tempat asalnya.
Sumber: CNN Brasil, UOL
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan dirinya masih belum begitu kuat meskipun sudah mencuba untuk kembali ke pejabat. Beliau turut meluahkan rasa terharu atas doa yang tidak putus-putus buat Allahyarhamah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, serta memohon maaf sekiranya ada ucapan takziah dan sapaan yang belum sempat dibalas.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/tun-mahathir-…
Orang awam turut diminta membuat semakan terus dengan Pentadbiran Istana Selangor bagi mengesahkan sebarang dakwaan yang mengaitkan nama istana sebelum melakukan sesuatu urusan.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/istana-selang…
Kerajaan Kelantan menyita kawasan ladang sireh yang dipercayai diusahakan etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil, Kota Bharu, selepas pemeriksaan mendapati tanah berkenaan digunakan tidak mengikut syarat ditetapkan.
Tanah itu disewa daripada penduduk tempatan pada kadar RM2,000 setahun, manakala kediaman pula disewa RM300 sebulan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tanah berkenaan sepatutnya digunakan untuk tanaman getah dan dusun.
Pihak berkuasa turut mengambil tindakan terhadap binaan tanpa kebenaran serta mengarahkan kerja pembersihan tanah dan pembinaan stor dihentikan. Pemilik tanah dan kediaman dikenal pasti sebagai dua pesara guru yang tidak menetap di kampung berkenaan.
Ketika pemeriksaan, empat individu Rohingya ditemukan di lokasi, namun hanya seorang mengemukakan kad UNHCR manakala tiga lagi gagal menunjukkan sebarang dokumen.
Sebelum ini, penduduk meluahkan keresahan mengenai ladang sireh seluas lebih dua hektar itu, selain mendakwa jumlah komuniti Rohingya di kampung berkenaan meningkat daripada sekitar 15 orang kepada hampir 100 orang dalam tempoh lebih 10 tahun.
Sumber: Harian Metro
Gambar: Nik Abdullah Nik Omar / Harian Metro
Perjalanan pulang seorang bapa selepas mengambil anak perempuannya dari tempat kerja bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas Toyota Avanza dinaiki mereka dihempap kontena di Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah, petang Ahad.
Mangsa, Mohd Jadi Pelbi, 53, dan anaknya, Norfaieza Mohd Jadi, 24, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas wanita itu dijemput dari tempat kerjanya di Manggatal.
Menurut polis, sebuah lori treler yang sedang mengangkat kontena di tepi jalan dipercayai hilang keseimbangan menyebabkan kontena berkenaan terjatuh lalu menghempap kereta mangsa yang melalui kawasan itu.
Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan dan operasi menyelamat terpaksa menggunakan dua kren untuk mengangkat kontena sebelum mereka berjaya dikeluarkan kira-kira jam 9.55 malam. Bagaimanapun, bapa dan anak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Susulan kejadian, polis menahan pemandu treler berusia 49 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro / Sinar Harian / Sabah Media
Trend memasang lampu hiasan berbentuk mata garang atau ‘devil eyes’ pada lori kini mendapat perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan kebimbangan ia boleh mengganggu tumpuan pemandu lain, terutama ketika memandu pada waktu malam.
Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail memaklumkan, pihaknya akan mempergiat penguatkuasaan terhadap penggunaan lampu kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi, termasuk lampu terlalu terang, berkelip atau mempunyai arah pancaran yang boleh menyilaukan pengguna jalan raya.
Pemilik atau pemandu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. Jika disabitkan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh didenda maksimum RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.
Sumber: The Star
Tindakan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang lantang mengkritik kutipan derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar denda mahkamah RM50 juta terus mendapat perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tampil memujinya, manakala Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengecam ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.
Kor Ming menyifatkan keberanian Ummi menyuarakan pandangan sebagai cerminan suara generasi muda yang menolak rasuah.
Sementara itu, Fahmi menegaskan perbezaan pandangan bukan alasan untuk seseorang mahasiswa diherdik atau diugut, termasuk ancaman untuk mencarinya di universiti. Beliau turut memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap pihak terbabit, selain menggesa mangsa buli siber membuat laporan kepada polis dan MCMC.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib telah diambil terhadap Ummi susulan pandangannya pada program iFUTURE 2026. Beliau menegaskan universiti menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pendapat meskipun wujud perbezaan pandangan.
Sumber: Bernama, Utusan Malaysia
Beliau mengarahkan peguam mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang individu susulan penyebaran video yang didakwa memanipulasi rakaman ucapannya di Parlimen.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/fadhlina-arah…
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir, 26, mendakwa dihalau oleh seorang wanita ketika menghadiri program Kampung Angkat MADANI di kawasan Masjid Bukit Rambai, semalam, selepas dituduh membawa unsur politik ke dalam masjid.
Menurut Farzana, beliau hadir sebagai anak jati Bukit Rambai dengan hanya memakai baju kurung tanpa sebarang logo parti atau bahan kempen. Bagaimanapun, wanita terbabit didakwa tetap memintanya beredar sehingga tercetus pertengkaran di hadapan orang ramai.
Susulan kejadian itu, Farzana memaklumkan beliau kembali ke masjid berkenaan selepas dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.
“Alhamdulillah saya okay ja, saya pun hadir semula ke Masjid Bukit Rambai selepas dihubungi Datuk Azman, Setiausaha Politik YAB PMX,” katanya menerusi TikTok.
Farzana turut meminta orang ramai supaya tidak menghina wanita terbabit.
“Saya tak mahu panjangkan isi ini. Saya minta untuk orang ramai jangan menghina puan itu. Inshaaallah saya akan berjumpa puan itu jika berkesempatan,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette, TikTok Farzana Hayani
Seorang pemandu berusia 38 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat sebuah masjid di Tumpat, Kelantan, selepas karpet ruang solat dicemari air selut berbau busuk, serpihan tulang, bulu dan ulat.
Kejadian pada 5 Oktober lalu disedari kira-kira jam 6.30 pagi apabila pihak masjid menemui pintu kaca pecah dan karpet dalam keadaan kotor serta berbau busuk. Kerja pembersihan dan sertu kemudian dilakukan.
Suspek ditahan di Kota Bharu pada 16 Oktober lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Sebanyak tiga laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut ketika itu. Orang ramai turut diingatkan supaya berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap sebarang perkongsian atau penyebaran maklumat kepada umum.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/dakwaan-penge…
Abbe Hae tampil menjelaskan kronologi penahanannya bersama 15 individu lain susulan isu warga asing di Kelantan. Meskipun terkilan dengan kejadian itu, beliau tetap menghargai layanan baik anggota polis sepanjang berada dalam tahanan.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/abbe-hae-deda…




















