kan aku dah cakap haritu. modal menakutkan pengundi cina bukan masalah ekslusif satu parti sahaja iaitu DAP. 😂
sfyn retweeted
Siapa tutup ladang babi di Selangor? Presiden Gerakan tuding kerajaan negeri pimpinan PKR, dan minta jangan salahkan PN.
Beliau mengatakan penutupan ladang babi adalah keputusan kerajaan negeri Selangor.
sfyn retweeted
Kan @hannahyeoh dah cakap..
Hannah Yeoh perlu jawab percanggahan ucapan 14, 23 November
#BHrencana Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim membangkitkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di Facebook hari ini lanjutan berlangsungnya sesi Kamar Khas Dewan Rakyat pada 23 November.
bharian.com.my/rencana/komen…
Aku la ni tahan tangan derma kat puak2 cilaka macam ni. Baik la p huloq duit wakaf kat Majlis agama. Sekurang2 depa buat juga kerja jaga harta orang Islam.
Korang tgh jam nak masuk kerja ke tu?
Utk gaji cikai lagi. Baik jadi scammer macam apek ni jadi pengemis. Lepas mengemis, tukar duit dekat kedai kopi sebab nak duit besar.
Lepas dapat duit besar terus bank in dalam bank CIMB.
Bukan cikai2 dia dapat duit, kadang orang bagi sampai RM20. Mostly yang bagi Melayu baik hati. Info aku dapat sbb ada orang bagi.
Lokasi: Lotus Mutiara Damansara
#KiasuWatch
18
Majlis Bandaraya yang bangga dengan slogan Bandaraya Islam. Tapi kerja buat tak nampak Islam langsung. Kalau sek dio sokmk kato ko ore lain tak isley, ore pun bulih kato mung pom buke Isley mano jugok. Dok napok ore lain jah tak Isley, mung... Gano kiro.
sfyn retweeted
Student spm sekarang mostly generasi strawberry, some of them bergantung pada soalan spot dalam tele, sampai la time spm sebenar pun berani bawa phone. End up kena tangkap. Menyusahkan pihak sekolah, pengawas spm, dan su spm
Macam tu la kak, nanti dah tak dak nanti, mula la rindu bantuan itu bantuan ni.
Ketap gigi bila baca ada sesetengah ibu ayah yang tetap merungut tentang pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Sedangkan kementerian sudah naikkan dari RM150 ke RM200 seorang. SEORANG ya, bukan sekeluarga. Jika ada lima orang anak, tidakkah jumlahnya sudah RM1000?
17
sfyn retweeted
Bila kucing kena penyakit anjing gila...
..
Hati-hati jika kucing anda memperlihatkan simptom seperti ini....
sfyn retweeted
3 paper 1 hari dah merentan. aku dulu, paper sejarah kertas 3, 3 jam kau tahu tak? takyah nak jadi “terpaling” lahh ehh
sfyn retweeted
NIAT NAK CARI REZEKI LEBIH, TAPI BERAKHIR DI PENJARA CHINA? KISAH SEDIH GRADUAN UMS, UMI AZLIM!
Bayangkan pada umur 23 tahun, masa kawan-kawan lain baru nak mula kerja dan bina hidup, masa depan Umi Azlim Mohamad Lazim pula gelap sekelip mata.
Niat asal anak kelahiran Kelantan ini cuma satu, nak cari rezeki bergaji lumayan di luar negara.
Tapi siapa sangka, langkah itu akhirnya bawa dia masuk ke penjara di Guangzhou, China, dan sampai hari ini dah hampir 20 tahun dia tak dapat balik ke tanah air.
Semuanya bermula lepas dia tamat belajar dalam jurusan Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada September 2006, sebelum buat pasport sebulan lepas tu.
Menurut laporan Bernama pada Disember 2007, Umi pernah bagitahu keluarga yang dia dapat tawaran kerja hantar barang ke luar negara dengan upah yang sangat tinggi melalui iklan di internet yang diperkenalkan oleh seorang kenalan.
Sebagai graduan yang baru habis belajar, memang dia percaya bulat-bulat itu peluang terbaik untuk ubah nasib.
Tapi langit tak selalunya cerah. Pada 19 Januari 2007, segalanya musnah bila pihak berkuasa di Lapangan Terbang Shantou, wilayah Guangdong jumpa 2.983 kilogram heroin dalam beg dia. Umi didakwa atas tuduhan seludup dadah, walaupun dia mati-mati pertahankan diri yang dia langsung tak tahu isi sebenar barang tu dan cuma sangka dia buat kerja penghantaran biasa.
Malangnya, alasan tu tak diterima mahkamah, dan pada 15 Mei 2007, Mahkamah Tinggi Jenayah Guangzhou jatuhkan hukuman mati dengan tempoh tangguh dua tahun.
Berita tu memang remukkan hati mak ayah dia di kampung yang terpaksa telan hakikat anak sulung mereka berdepan hukuman mati di negara orang, sekali gus buka mata rakyat Malaysia pasal isu jadi keldai dadah.
Pada Disember 2007, mak ayah dia akhirnya dapat juga jumpa Umi di pusat tahanan Shantou, tapi pertemuan tu cuma sempat 30 minit saja.
Sambil berpelukan dan menangis minta maaf, Umi tak dapat pun jamah makanan kegemaran yang mak ayah dia bawa jauh-jauh dari Malaysia sebab tak lepas peraturan penjara.
Walaupun lepas tu hukuman mati dia diringankan kepada penjara seumur hidup, tempoh berpisah yang terlalu lama ni memang seksa jiwa keluarga dia, terutamanya ayah dia, Lazim Jusoh.
Tahun 2019 dulu, ayah dia pernah luah rasa sedih sebab susah nak hubungi Umi, sampai dia merayu nak dengar suara anak dia walau cuma beberapa minit.
Lagi buat orang sebak, pada April 2024, ayah dia sekali lagi suarakan harapan supaya dapat tatap wajah Umi sebelum dia menutup mata.
Masuk tahun 2024, umur Umi dah pun 40 tahun dan hampir 17 tahun hidup dia habis dekat dalam penjara.
Cuma satu saja pengubat rindu bila Umi ada maklumkan pada ibu saudaranya tahun 2022 yang dia dijangka bebas pada tahun 2030 nanti.
Kalau betul-betul dipermudahkan, masa tu Umi dah berumur 46 tahun, maknanya seluruh zaman muda dia hilang begitu saja di sebalik tirai besi.
Kisah Umi ni patut jadi pengajaran besar untuk kita semua supaya jangan mudah gelap mata dengan tawaran gaji tak masuk akal, sebab sindiket dadah memang licik cari mangsa tak kira kau belajar tinggi mana pun.
Tapi dalam pada tu, kita tak perlulah nak kecam atau menghukum kesilapan dia.
Ingatlah, benda ni jadi tahun 2006, bukan tahun 2026 yang mana semua orang dah celik internet dan tahu macam-macam jenis scam.
Sekarang ni, bagi seorang ayah yang makin dimamah usia, tahun 2030 tu bukan sekadar tarikh bebas, tapi doa dan harapan terakhir untuk peluk semula anak perempuan yang keluar mencari rezeki pada usia 23 tahun dulu.
Kredit Asal : FB Tazri Bah Jo
sfyn retweeted
Aduh muka mamak. Harap bukan lah. 😬
Sebuah syarikat penyembelihan dan pemprosesan ayam serta empat individu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas kesalahan memperdaya orang ramai dengan membuat representasi bahawa ayam yang dibekalkan adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam.
Ia susulan serbuan pihak berkuasa yang merampas lebih 6.5 tan metrik ayam mentah bernilai RM85,400 serta mengesan penggunaan kaedah renjatan elektrik menerusi rendaman air dalam proses penyembelihan.
#BuletinTV3 #Halal #Palsu #Ayam
Berita penuh di bit.ly/4tgBInH
sfyn retweeted
Hari ini genap empat tahun saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan menerima amanah mengemudi Kerajaan MADANI.
Empat tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat, namun saya masih ingat betapa beratnya amanah ini tatkala negara berdepan pelbagai cabaran. Ekonomi tertekan, kedudukan kewangan negara terbatas, sementara rakyat bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sekian lama berakar turut menuntut keberanian untuk melakukan perubahan.
Sejak hari pertama melangkah masuk ke Perdana Putra, tekad saya adalah untuk memulihkan negara dan memperbaiki kehidupan rakyat. Bukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi amanah ini mesti terus digalas dengan penuh kesungguhan.
Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini, kita telah bersama-sama membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia. Kedudukan kewangan negara diperkemas, tatakelola diperbaiki, reformasi institusi digerakkan dan kebajikan rakyat terus diperkukuh.
Perjalanan ini masih jauh dan banyak lagi yang sedang kita usahakan. Saya sedar bahawa ukuran sebenar kemajuan negara adalah apabila kehidupan setiap keluarga menjadi lebih baik, rezeki lebih terjamin dan masa depan anak-anak lebih terbela. Itulah yang sedang kita perjuangkan. Dengan asas yang telah kita bina, saya yakin kita mampu melangkah lebih jauh, meringankan beban rakyat dan membuka lebih banyak ruang serta peluang yang adil untuk semua.
Terima kasih atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan saudara-saudari sekalian. Selagi diberi amanah ini, akan saya curahkan segala daya dan upaya demi rakyat dan negara yang saya cintai.
Perdana Menteri boleh datang dan pergi, tetapi nasib rakyat mesti terus dibela, dan martabat negara mesti terus diangkat.
MAKA KAMI 🇲🇾
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
My father passed away & our family is currently arranging funeral details. Will share more infomation as things are confirmed.
Ayah saya, A. Samad Said telah meninggal dunia & keluarga kami sedang menguruskan pengebumian Allahyarham. Saya akan berkongsi maklumat nanti.
Az Samad
sfyn retweeted
Kecelaruan Fakta Pihak BN Melawan Raja
Apabila BN masih belum sepakat siapa patut menjadi Menteri Besar, tiga naratif mula tersebar.





































