SCAM UMRAH TERUS BERULANG
Puncanya bukan kurang amaran tetapi kelompongan undang undang
Bayar penuh, sampai Tanah Suci jemaah terbiar
Hotel tak wujud atau jauh
Tiket pulang bermasalah
Wakil dan mutawwif lesap
Haji ada akta dan dikawal oleh Lembaga Tabung Haji
Umrah tiada undang undang khusus
Penguatkuasaan Umrah berpecah antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
Tindakan biasanya hanya selepas jemaah jadi mangsa
Umrah bukan isu ibadah semata mata
Ia isu perlindungan rakyat dan tadbir urus negara
Selagi tiada Akta Umrah
Scam akan terus berulang
#ScamUmrah #AktaUmrah #PerlindunganPengguna #TadbirUrus #MasadahTimeSiber
1
208
Surau sepatutnya menjadi ruang yang menyatukan. Bukan sekadar tempat ibadah, tetapi tempat membina rasa kebersamaan dalam komuniti.
Dalam satu surau biasanya wujud tiga kelompok. Pertama jemaah yang istiqamah solat lima waktu. Mereka hadir konsisten, senyap, tidak menuntut apa apa, tetapi setia mengimarahkan saf dan suasana rohani. Kedua AJK surau yang mengurus pentadbiran, perancangan dan kelancaran program. Ketiga satu kumpulan yang rapat dengan AJK, tidak selalu hadir solat lima waktu, tetapi aktif menyumbang tenaga melalui gotong royong, rewang, pembersihan dan persediaan program.
Apabila ada kuliah atau majlis ilmu, kumpulan ini sering berada di dapur menguruskan masak minum dan keperluan logistik. Apabila ditanya, mereka menjelaskan bahawa mereka mendengar dari dapur kerana jika semua duduk di hadapan penceramah, tiada siapa yang akan menguruskan kerja kerja tersebut. Dari situ mereka melihat diri mereka sebagai tulang belakang operasi surau.
Namun dalam urusan tertentu seperti jamuan atau perancangan aktiviti, maklumat sering tidak sampai kepada jemaah solat lima waktu. Jika bertanya, jawapan yang diterima ringkas dan tidak jelas. Akhirnya mereka memilih diam. Kita tak dipelawa. Lepas solat balik saja.
Ini bukan soal siapa lebih banyak menyumbang, tetapi soal rasa dimiliki dan dihargai. Ibadah di saf, khidmat di dapur dan pengurusan di belakang tabir semuanya penting. Dengan komunikasi yang lebih terbuka dan sikap saling menghormati, surau boleh kembali benar benar menjadi milik bersama.
Kisah Seram Kat Sekolah Menengah Asrama di Batu Kikir
Akak ni tahun pertama kat sini. aktif sukan jugak. mula-mula pilih bola jaring sebab badan tinggi. pastu cikgu ajak cuba main basket, akak ok je, takde masalah.
tapi kalau acik nak tau, asrama ni memang ada gangguan. hantu apa pun akak tak tau. kadang-kadang dia muncul kat tempat yang tak dijangka. kita takut, tapi terpaksa hadap jugak. nak mandi, nak pergi toilet, mesti kena ada kawan. siang hari pun jangan jalan sorang-sorang.
pihak sekolah sebenarnya tau pasal benda ni, tapi macam takde tindakan. warden perempuan ada, tapi rasa macam tak function langsung. benda ni bukan baru, dah lama.
nak cerita kat mak, nak minta tukar sekolah, akak tak berani. ni lah cabaran kami kat sini. ni lah masalah yang kami pendam.
1
180
Isu Pengajaran Matematik di SMK Jelai.
.
Berdasarkan maklumat daripada anak buah aku, ada masalah serius berkaitan pengajaran subjek Matematik di SMK Jelai. Dia mengadu bahawa cikgu Matematik kerap tidak masuk kelas. Kalau masuk pun, masa kelas lebih banyak dihabiskan dengan cerita peribadi cikgu, bukan pengajaran Matematik.
Bila pengajaran dibuat, ia sekadar teori tanpa latihan atau praktikal. Ada masa cikgu langsung tak masuk kelas, dan pelajar hanya menunggu tanpa sebarang aktiviti pembelajaran—ada yang sampai tidur dalam kelas.
Keadaan jadi lebih membimbangkan apabila cikgu Matematik yang betul-betul mahir telah berpindah ke sekolah lain. Cikgu yang menggantikan pula nampak seperti tidak berminat mengajar dan tidak mempunyai kepakaran sebenar dalam subjek Matematik.
Akhirnya, pelajar terpaksa bergantung kepada kelas tuisyen yang ditanggung oleh ibu bapa. Bagi aku, nak sponsor tuisyen anak buah ini bukan masalah. Tapi persoalan besar ialah bagaimana pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) boleh gagal mengurus isu sepenting ini.
Jangan nanti terkejut bila prestasi kelulusan SPM, khususnya Matematik, jatuh merundum. Meletakkan guru yang tiada kepakaran dan minat untuk mengajar subjek kritikal seperti Matematik bukan sahaja menjejaskan pembelajaran pelajar, tetapi juga merosakkan masa depan mereka dan kredibiliti sistem pendidikan itu sendiri.
.
.
Kisah Pensyarah IPTA.
keluarga aku kategori porak peranda.
masa aku kecil dan sekolah, aku kena rogol dengan bapak aku dan pakcik aku.
Masuk sekolah menengah, cikgu-PIBG rogol aku.
pada aku sex itu perkara sial.
aku bersyukur kerana ada semangat untuk belajar sehingga ada phD. aku terpaksa layan supervisor yang gatal untuk lulus tesis aku.
Kini aku berdendam dengan jantan-jantan yang memusnahkan hidup aku.
.
aku jumpa sabjek semasa dalam perjalanan naik bas ke arah selatan.
.
kisah abg sales kereta dan juga runner.
terkesima dengar butiran perbualan mcm mana kisah rasuah di puspakom, kaunter jpj.
customer nak renew roadtax, nak interchange nombor plate, nak tukar nama kereta, nak dapatkan geran.
aku g kaunter jam 6 -7 petang je. walaupun pintu dah tutup.
kesah pegawai JPJ kena tukar ke sabah dalam 24 jam.
Salam kerok kat mamak (ini biasa) , Duit selit kat fail (ini berani mati) , bank in ( kalau kau nak mampus!)
Ada yang boleh kautim dan ada yang keras berintigeriti.
tapi itu dulu lah (kat 10 tahun dah) , aku dah tak nak dan taubat sebab aku yang beri dan mereka yang menerima.
.
.
183
Cloudflare Global Outage Hits X, Spotify, ChatGPT, and Facebook
..#cloudflareconnect
1
341
GHOSTING ACCOUNT.
Kebanyakan link di laman web gomen tidak aktif. Kalau email pun kelaut.
Benda ini memalukan dan memberi kesan negatif kepada orang awam. Ada yang sembang ceramah seminar pasal IT atau kesedaran awam pasal jenayah siber akan tapi link ghosting accounts.
89
Aku tidak selesa dengan tindakan MyDigital ID berkolaborasi dengan pihak ketiga.
Prinsip asas MyDigital ID ialah menjaga kerahsiaan data peribadi rakyat, sebagaimana telah termaktub dalam dasar privasi rasmi mereka, yang menyatakan dengan jelas bahawa:
1. Data peribadi mesti disimpan secara sulit,
2. Data hanya digunakan untuk tujuan yang sah,
3. Data tidak boleh dikongsi kecuali kerana keperluan undang-undang.
Bila data peribadi mula dilibatkan dengan entiti luar, ia membuka ruang kepada percanggahan dasar, risiko privasi, dan hilangnya kepercayaan rakyat.
Sebagai sistem identiti digital nasional, MyDigital ID sepatutnya mengekalkan integriti, neutraliti, dan ketelusan, tanpa sebarang pengaruh atau integrasi komersial daripada entiti luar.
.
#MyDigitalID #DataPrivacy #DigitalTrust
102
Dulu, di kampani IT aku kerja, ada bartender khas dalam pejabat. Setiap hari Rabu, client yang ada hubungan dengan vendor akan datang untuk minum alkohol dan berkaraoke di ruang pejabat yang dibina macam kelab malam.
Antara yang hadir termasuk Tan Sri, Dato’ Seri, dan pegawai atasan dari pelbagai latar belakang agama, dari masjid hingga ke kuil. Mereka berkumpul sambil bersorak “yam seng,” berborak tentang pelbagai hal, termasuk merancang masa depan projek dan kerjasama.
Bartender tu memang ada tugas khas untuk layan mereka, sediakan minuman sambil muzik dimainkan. Segelas Jack Daniel’s, whisky, cognac, vodka, dan tequila tersusun sebaris menjadi teman sementara untuk melepaskan tekanan. Namun, inilah sebenarnya yang dinamakan rasuah tidak langsung (Indirect Bribery). Walaupun tiada wang tunai bertukar tangan, layanan hiburan, minuman keras, dan kemewahan yang disediakan itu tetap dikira sogokan. Nilainya bukan pada duit, tetapi pada bentuk layanan istimewa yang bertujuan mempengaruhi keputusan dan memberi kelebihan kepada vendor dalam urusan perniagaan.
Kini aku sudah berhenti daripada kampani itu dan bekerja di luar negara—di sebuah negara yang amalan rasuahnya terlalu minima. Bezanya jelas terasa: suasana kerja jauh lebih profesional, telus, dan bebas daripada sogokan tersembunyi. Rasa keberkatan dalam setiap rezeki dan pekerjaan itu semakin kuat, menjadikan aku lebih tenang dan yakin dengan kerjaya aku hari ini.
Rujukan: Aku jumpa mamat ni kat surau KLIA.
Aku NIOSH Dan Triple SSS
Aku pernah bertugas di sebuah syarikat developer yang kononnya teragung mendonia. Disebabkan syarat BDIC yang mewajibkan ada lesen Bumiputeri, maka kebiasaannya syarikat non Malai akan cari jalan nak penuhi syarat tu tapi selalunya hanya atas kertas je.
Jawatan aku masa tu Projek Manager. Tapi dalam organisasi tu, boss aku yang non Malai hanya dipanggil “executive” je. Kau bayangkan, aku sebagai Projek Manager drive MyBi, dia sebagai “executive” pula boleh meluncur dengan Fortuner. Lagi satu, ada sorang lagi yang pangkat kerani je, tapi steady drive Ford Raptor. Dari situ pun dah cukup jelas nampak permainan yang menutup mata orang luar.
Belum masuk lagi bab lain ,makan bersuap pengantin, taja persatuan itu ini, taja majlis makan malam siang petang, jumpa sana sini, memacam lagi yang ditaja. Itu pun tak kira lagi bab main golop, karok sampai pagi, dan check-in bagai. Yang paling kelakar tu kan, ada pula pegawai alias AJK surau/masjid siap datang mintak sumbangan majlis kat surau masjid. Semua tu dah jadi “bajet operasi” untuk pancing projek Bumiputeri.
Yang aku tengok, kehidupan jadi macam tiada keberkatan. Integriti? Tak payah cerita lah. Macam mana nak doa halal haram, solat Jumaat, solat lima waktu — tapi dalam masa sama bersubahat dalam hal macam ni. Benda tu memang tak selari langsung.
Tapi nak buat macam mana, sebab untuk dapat projek Bumiputeri, contohnya projek developer untuk pakaian yang pakai baju seragam atau projek khas , kontraktor memang wajib ada lesen Bumiputeri.
Apa yang aku perhati, ramai juga ahli keluarga pesara atau pegawai tinggi kerajaan dan politik yang masuk bekerja dengan syarikat non Malai macam ni. Jadi bila kerajaan keluarkan tender projek, kau boleh agak dah apa jadi, kan?
Aku ni cuma makan gaji. Awal-awal kerja dulu memang tak tahu pun modus operandi macam ni. Lepas dua tiga tahun barulah aku mula nampak jelas cara mereka bergerak. Inilah rupa sebenar “jalan belakang” nak dapat projek Bumiputeri.
Sekarang ni aku tengah termenung jauh, fikir apa langkah terbaik untuk aku move on dari semua ni.
macam nak jadi influencer jee.
1
57
Kisah hakim pencen & bisnes franchise
Ada seorang hakim pencen. Waktu mula nak bersara, semangat berkobar-kobar nak jadi tauke franchise. Dengan bisikan rakan sejawatan yang pencen, anak-anak pula mengambil kesempatan sebab bapak dia dapat duit banjar beriban-riban… maka hakim ni pun join kursus itu ini, program usahawan begitu begini, dan dengan modal duit banjar maka dapatlah lesen franchise serta modal pusingan. Semasa proses renovation, gayanya macam bakal jadi business mogul kelas dunia.
Tapi perangai lama masih terbawa-bawa. Dulu masa kerja, nak baju istiadat — kelayakan sebenar 3 tahun sekali, tapi dipaksa kerani kewangan luluskan setiap tahun. Semua mesti ikut selera dia. Kalau tak ikut, KPI jadi negatif. Kalau boleh, kornar sebaik mungkin, janji lepas. Itu belum termasuk bab nak buat program atau jamuan makan-makan sambutan — malaslah nak cerita, sebab gaya lebih besar daripada hasil.
Masuk dunia bisnes F&B pun perangai sama. Supervisor kata stok habis, dia tanya: “Kenapa order? Kenapa itu, kenapa ini?” Padahal sendiri datang restoran sehari dua je, tapi gaya cakap macam pakar strategi Michelin. Hakikatnya, budak barista pun pening kepala dengan sikap perangai boss dia.
Akhirnya pekerja-pekerja yang betul-betul mahir cabut lari. Ruangan komen media sosial penuh dengan keluhan pelanggan. Bisnes makin tenat, logistik tunggang-langgang. Dengan gaji pekerja pun culas nak bayar, duit supplier dan vendor pun sampai bergaduh semasa nak bayar. Hakim pencen pun akhirnya cuci tangan, lepas pegangan.
Dan yang paling kelakar—bila gagal, bukan salah diri, tapi tuduh orang lain: “Orang dengki, orang khianat, orang sakit hati tengok aku berniaga.” Sedangkan hakikatnya, bisnes bukan boleh jalan dengan ego dan gaya, tapi dengan ilmu dan usaha.
Kau hakim, baik duduk diam. Duit pencen kan ada kan… Buatlah kerja kebajikan masyarakat. Tak pun, belajar balik ngaji fekah fardhu ain kat surau. Campurlah dengan masyarakat, buangkan ego, cuci kesombongan.
Dulu ada orang bukakan pintu kereta, ada orang tolong bukakan e-mel, ada orang bawakan briefcase, ada orang siapkan kopi kuih, ada orang tunduk ucap selamat pagi. Benda tu semua dah tak ada. Terimalah hakikat yang kau tu dah pencen. Nikmat itu dah hilang, dah ghaib. Itu kau kena sedar. rumah kata pergi, kubur kata mari.
.
.
#Malaysia #malaysiagazette #MalaysiaMADANI #ScamAwareness #elon_musk #foodfriday #CybersecurityNews
PENGARAH POYO !.
.
Kisah pengarah poyo ni memang evergreen, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Dulu masa dia jadi bos, kerja dia bukan setakat arah orang… tapi siap buat muka macam semua orang kena ikut jadual dia.
Benda kecik pun nak kecoh macam projek mega.
Paling “otai” — bab PowerPoint.
Konon nak ajar staf semua pandai buat. Tapi bila staf dah pandai, dia goyang kaki macam raja, tunggu je orang siapkan. Last minit masuk, tukar font, tambah satu gambar, letak nama dia — terus claim “Yes, I did this.”
Kalau ada salah? Siap kena maki depan orang ramai, macam kita ni budak baru praktikal.
Nak bantah? Jangan mimpi. Lawan, confirm kena blacklist. Masa penilaian prestasi, markah “cemerlang” yang patut boleh tembus 95, tiba-tiba tersangkut 80. Alasan klise? “Tak ikut arahan sepenuhnya.” Padahal arahan dia pun kadang tak masuk akal.
Staf pun mula belajar survival mode: senyum depan, sumpah seranah belakang. Nak aman? Diam, buat kerja, lepas tu chow.
Sampailah bab keluar makan atau plan solat Jumaat, semua cari jalan elak ajak dia. Bukan apa, kalau ajak, mesti kena “briefing free” sambil kunyah nasi lemak.
Paling lawak — trip travel santai.
Entah macam mana, dia hidu dan “self-invite”. Staf telan liur, redha je. Tapi masa cuti tu… dia bawa perangai pejabat siap pakej. “Kenapa tak kejut saya? Ini salah. Itu tak kena.” Membebel dari pagi sampai malam. Orang tengah mood holiday pun rasa macam masuk mesyuarat KPI.
Lepas balik, semua sepakat: NEVER AGAIN.
Group WhatsApp terus jadi dua — satu rasmi ada dia, satu lagi bawah tanah tanpa dia. Yang bawah tanah tu lah yang meriah.
Bertahun lepas tu dia pencen. Ingatkan dah pencen boleh la jadi kawan, tapi hampeh. Dia kata sunyi, staf lama tak ajak kenduri, tak tanya khabar, WhatsApp pun orang baca tanpa balas.
Sekarang dia full time solat lima waktu di masjid. Dari luar nampak macam insaf. Tapi jemaah masjid pun ada radar, lama-lama boleh bau perangai lama — suka mengarah, suka menunjuk, susah terima pandangan orang. Bezanya, kali ni staf pejabat dah tukar jadi geng surau.
Bila tanya staf lama pasal dia? Jawapan paling padu:
"Kalau terserempak, kita tegur… tapi kalau nak cari dia? Baik lupakan. Tak sanggup repeat trauma."
Moral cerita: Masa pegang kuasa jangan perasan diri tu malaikat. Sebab bila kuasa dah hilang, baru kau tahu… yang tinggal cuma diri kau dan bayang-bayang perangai kau sendiri.
.
#Malaysia #Scammed
Artificial Intelligence di Tangan Generasi ‘Reply WhatsApp Pun Susah
.
Golongan profesional, termasuk profesor di pusat pengajian terkemuka dan tokoh politik veteran, yang kini berada dalam kategori senior citizen sering berdepan cabaran apabila berurusan dengan teknologi. Menulis di papan kekunci hanya menggunakan satu jari, membaca mesej pula sering terhalang oleh penglihatan yang kabur. Urusan e‑mel kebiasaannya diserahkan kepada pembantu peribadi, dan membalas mesej WhatsApp pun selalunya memerlukan bantuan orang lain.
Lebih menarik, mereka inilah yang sering dianggap “paling tahu segalanya”. Bayangkan orang tua‑tua ini bercakap tentang teknologi, inovasi digital, atau kecerdasan buatan (AI). Generasi muda benar‑benar mendengar ke? Atau sekadar mengangguk untuk jaga hati? Sedangkan memegang tetikus pun terketar‑ketar, nak tekan papan kekunci untuk pembentangan pun masih menggigil.
Walaupun literasi teknologi amat terhad, merekalah yang memegang kuasa, membuat dasar, dan paling lantang bersuara di media sosial tentang isu ekonomi, politik, mahupun kemasyarakatan. Kini, dengan cadangan umur persaraan dilanjutkan hingga 65 tahun, bayangkan kumpulan “satu jari” ini terus memimpin dan berbicara tentang inovasi masa depan negara.
Ya, ada yang kata suara mereka penting. Tapi mungkin sudah tiba masanya mereka beralih ke ekosistem sendiri – cukuplah gunakan YouTube atau TikTok untuk berbicara sesama mereka. Berikan ruang sepenuhnya kepada generasi baharu untuk memimpin, membina dasar, dan membawa perubahan sebenar.
.
#MalaysiaScamAlert #MalaysiaScamAlert
Nov 22 - July 25 Perintah, Anwar Dah Nampak Hasil,
Yang Bising Tu SG4 Pun Sunyi!
Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan imej dan ekonomi selepas melalui tempoh sukar pasca-pandemik. Ibarat seorang mak ayah yang selalu mendoakan rumah tangga anaknya, kita sering bercerita kepada jiran dan saudara bahawa anak kita baik, sihat, kerja elok, dan serba tiptop. Walaupun kita tahu rumah tangga mana pun ada masalah, kita hanya akan berkata, “biasalah, masalah rumah tangga,” kerana mahu menjaga nama baik keluarga.
Namun, bayangkan jika tiba-tiba anak yang dikatakan bahagia itu memfailkan penceraian di mahkamah, apa persepsi orang luar? Mesti orang akan bertanya, “Eh, kata bahagia, tapi sampai nak bercerai?” Begitulah ibarat Malaysia hari ini. Ketika dunia memuji kestabilan negara dan ekonomi yang mula pulih, ada pula pihak yang sibuk mahu berdemonstrasi “Turunkan Anwar”, seolah-olah negara ini sedang berada di ambang kehancuran.
Kerajaan Sah Hasil Mandat Rakyat
Kerajaan yang diterajui Anwar PMX terbentuk hasil mandat sah rakyat melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bukan melalui sebarang rampasan kuasa. Keputusan rasmi menunjukkan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, Perikatan Nasional (PN) sebanyak 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 22 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh 6 kerusi, dan selebihnya 7 kerusi dimenangi oleh calon bebas serta parti kecil (Astro Awani, 2022; SPR, 2022).
Kerajaan Anwar juga mendapat sokongan majoriti 114 kerusi di Dewan Rakyat, melebihi jumlah minimum 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Gabungan ini terdiri daripada Pakatan Harapan (82 kerusi), Barisan Nasional (30 kerusi), dan Gabungan Parti Sarawak (23 kerusi) (Parlimen Malaysia, 2022). Undian percaya di Dewan Rakyat pada Disember 2022 turut mengesahkan sokongan majoriti kepada Anwar PMX.
Gabungan majoriti ini membolehkan kerajaan dibentuk secara sah dan stabil, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, dengan pengiktirafan penuh Yang di-Pertuan Agong. Ini membuktikan pentadbiran sekarang mempunyai legitimasi penuh daripada proses demokrasi, bukan kerajaan pintu belakang atau rampasan kuasa seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu.
Ekonomi & Imej Antarabangsa Semakin Pulih
Sepanjang Januari 2024 hingga Jun 2025, Malaysia menjadi tumpuan positif di beberapa seminar antarabangsa di Jakarta, Bangkok (ASEAN), Asia, dan India. Ramai peserta luar negara memuji usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan mengurus kestabilan pasca-pandemik.
Malah, dalam pengalaman sendiri ke Indonesia, jelas kelihatan ringgit kini lebih kukuh berbanding rupiah. Pelancong dari India juga semakin ramai datang ke Malaysia (Batu Caves: 2025) kerana negara dianggap stabil dan selamat.
Di dalam negara, harga barangan asas dan bahan bakar menunjukkan kestabilan. Sebagai contoh, harga telur ayam gred A sekitar RM0.42 sebiji, gred B RM0.40, dan gred C RM0.38 (FAMA, 2025). Malah, RON95 kini berharga sekitar RM1.99 seliter, selepas penstrukturan subsidi yang diumumkan Kementerian Kewangan, memberi manfaat langsung kepada rakyat (MOF, 2025). Semua ini membuktikan bahawa dalam tempoh dua tahun pentadbiran Anwar, sudah ada kesan positif yang boleh dirasai rakyat.
Ringgit Malaysia Kukuh Berbanding Dolar AS & Dolar Singapura
Kekuatan mata wang adalah salah satu indikator utama keyakinan pelabur terhadap ekonomi sesebuah negara. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ringgit telah mengukuh sekitar 2.7 peratus sepanjang 2024, antara prestasi terbaik di Asia berbanding Dolar AS (The Edge, 2025).
Pada Julai 2025, kadar pertukaran ringgit terhadap Dolar AS berada sekitar USD1 = RM4.2215 (Wise, 2025), berbanding hampir RM4.70 setahun sebelumnya. Nilai ringgit juga stabil terhadap Dolar Singapura, dengan kadar purata SGD1 ≈ RM3.30 (Wise, 2025).
Lebih penting, BNM pada 9 Julai 2025 telah mengumumkan penurunan kadar Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, dengan kadar siling dan lantai masing-masing 3.0 dan 2.5 peratus. Penurunan ini menunjukkan keyakinan Bank Negara terhadap kestabilan ekonomi negara (BNM, 2025).
Rekod Lima Perdana Menteri Pasca-PKP
Berbanding pemimpin sebelumnya, rekod pentadbiran sekarang jauh lebih bersih.
Abahkau berdepan 4 pertuduhan rasuah bernilai RM232.5 juta dan 2 pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek Jana Wibawa (Berita Harian, 2023; Harian Metro, 2023; SPRM, 2023).
Mael Bera RM170 Juta sedang disiasat selepas SPRM merampas wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas bernilai RM7 juta. Beliau juga telah hadir memberi keterangan kepada SPRM pada 19 Februari 2025 (Astro Awani, 2025; SPRM, 2025).
Tun M Kalah Deposit tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit pada PRU15 (Kosmo Digital, 2022).
DSN 1MDB telah disabitkan atas 7 pertuduhan rasuah melibatkan dana RM42 juta SRC International (SPRM, 2023; Astro Awani, 2018).
Hadi Duta Khas ke Timur Tengah didakwa “makan gaji buta” kerana tiada perjalanan rasmi ke luar negara walaupun menerima gaji RM27,227.20 sebulan, selain rekod kehadiran Parlimen yang rendah (Astro Awani, 2021; Kosmo Digital, 2022).
Sebaliknya, Anwar PMX tidak berdepan sebarang pertuduhan rasuah. Penahanan yang dibuat pentadbiran sekarang tertumpu kepada kes rasuah korporat dan politik, bukan terhadap pembangkang yang lantang mengkritik (SCMP, 2025).
PAS & PN: SG4 Pun Tak Ada Perubahan
Yang paling lantang bersuara mahu menjatuhkan kerajaan sekarang ialah blok PAS & PN. Namun, negeri di bawah pemerintahan mereka sendiri, SG4 (Kedah, Kelantan, Terengganu & Perlis), pun masih belum menunjukkan perubahan besar dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat.
PAS & PN sepatutnya membuktikan peranan secara proaktif di SG4 terlebih dahulu, bawa masuk pelaburan, tarik pembangunan, selesaikan masalah asas rakyat. Jika isu sebenar adalah untuk rakyat, mereka boleh sahaja membincangkannya di Parlimen atau menggunakan saluran mahkamah kerana mereka bertemu kerajaan hampir setiap masa. Tetapi mereka tetap memilih untuk berkongsi rasa tidak puas hati penyokong melalui demonstrasi jalanan.
Hakikatnya, demo “Turunkan Anwar” ini tidak lebih daripada retorik politik, ego sombong dan tindakan vongok PAS & PN semata-mata.
Isu Palestin & Imej Negara
Malaysia lantang menyuarakan sokongan kepada Palestin di pentas antarabangsa. Namun, suara ini hanya dihormati jika negara berada dalam keadaan stabil dan diyakini dunia. Demonstrasi jalanan yang mendesak “Turunkan Anwar PMX” pada saat pemulihan sedang berjalan hanya akan mencemarkan imej Malaysia yang kini dipandang positif oleh masyarakat antarabangsa.
Kesimpulan
Pentadbiran yang diterajui Anwar PMX mungkin belum sempurna, kelemahan itu ada, namun kena lihat daripada sudut positif. Rekod semasa jelas menunjukkan bahawa keadaan negara jauh lebih baik berbanding era terdahulu. Langkah-langkah pemulihan ekonomi, pengukuhan mata wang, kestabilan harga barang asas, serta pengiktirafan antarabangsa membuktikan bahawa negara kini berada pada landasan yang meyakinkan.
Dan jangan lupa, beza demo zaman DSN 1MDB dahulu adalah kerana kes salah guna kuasa dan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB. Demo itu berasas dan jelas matlamatnya. Demo “Turunkan Anwar” pula hanya alasan politik , tiada isu salah guna kuasa, hanya retorik PAS & PN yang gila talak kuasa.
Lebih melucukan, semasa demo “Turunkan Anwar” diadakan, nilai ringgit berada pada RM4.22 berbanding dolar AS, OPR turun kepada 2.75 peratus, harga telur ayam sekitar 42 sen sebiji, dan RON95 hanya RM1.99 seliter.
Risikan daripada TikTok juga menunjukkan, yang ramai turun berdemo majoritinya Melayu sahaja – sangat sedikit kaum Cina dan India. Ironinya, yang jatuhkan Melayu sesama agama ialah Melayu PAS & PN sendiri, nak jatuhkan Melayu Anwar PMX.
Kau PAS & PN nak apa sebenarnya? Atau ini semua sebab gila talak kuasa? Atau sebab meroyan bila anak dan menantu ada kes mahkamah? Rakyat pun tahu jawapannya , Lebai Mana Boleh Menipu!
Imej negara yang sedang dibina semula di mata dunia tidak seharusnya dimusnahkan hanya kerana kepentingan politik sempit. Tindakan terburu-buru seperti demonstrasi jalanan bukan sahaja menggugat kestabilan, malah akan membatalkan segala usaha baik yang telah dimulakan. Jika benar kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan, maka keutamaan hari ini ialah mempertahankan kestabilan yang sukar dicapai ini, bukan meruntuhkannya.
.
Aku Hanya Pengundi Yang Terbiar.
Kita Demo 98 !
.
RM30 Boleh Flight ke Bali, Hatyai, Manila
.
Setiap tahun konvokesyen, skripnya tak pernah berubah. Tuan Tanah Holding duduk sedap, minum kopi, tapi duit masuk macam air. Vendor pula berpeluh kejar gambar, susun sorting, salah sikit kena maki. Student? Senyum dalam gambar tapi bayar macam nak kahwin.
Kiraan senang je. Tuan Tanah charge RM30 sekeping gambar rasmi, RM12 terus masuk poket tanpa pegang kamera pun. Kalau 6,000 pelajar, Tuan Tanah dah sapu bersih RM108,000. Vendor pula dapat RM72,000 dari gambar rasmi. Nampak macam tak untung sangat kan? Takkan 5 hari program konvokesyen hanya dapat itu je.
Sebab tu ada pakej lain ditawarkan – jual frame, gambar keluarga, perseorangan dalam khemah. Yang ini lah duit bonus sebenar vendor. Katakan 4,000 student ambik pakej RM200, jumlahnya RM800,000. Inilah yang vendor kejar.
Tapi realitinya, vendor yang tanggung semua. Bayar khemah RM15,000 satu kat Tuan Tanah, kalau 10 khemah… kau kiralah sendiri! Itu dah RM150,000 melayang kat Tuan Tanah. Belum campur gaji jurugambar, staff kaunter, kos print, frame – semua atas bahu vendor. Silap sikit gambar blur atau sorting lambat, vendor yang kena caci dulu. Habis penat, bersih kat tangan vendor pun lebih kurang RM90,000.
Dan satu lagi, kualiti gambar pun nasib-nasib. Ada yang cantik, ada yang macam gambar kad pengenalan zaman 80-an. Semua bergantung kepada siapa yang buat kerja. Kalau universiti ada kursus fotografi, biasanya cantik sebab dibuat oleh para graduan sendiri. Tapi kalau dapat vendor tangkap muat, pelajar bayar mahal, gambar pun kadang tak sepadan harga.
Itu belum masuk bab mark-up duit yang entah ke mana. Lepas habis konvo, ada pula trip luar negara – Medan, Bali, Hatyai, sampai Manila. Kenapa luar negara? Sebab kat sana tak ada JAKIM, JAWI, JAIS, MAIP… kau pun faham maksudnya. Padahal ramai antara mereka tu regular kariah full time surau jabatan, handle tahlil tiap minggu, tapi bila part ni… senyap sunyi je.
Kesimpulannya, Tuan Tanah goyang kaki kira duit, vendor macam lari maraton, student terus bayar premium. Yang kaya tetap senyum, yang penat tetap kena maki, yang bayar pula belum tentu puas hati. Yang enjoy cuti luar negara? Kau fikirlah sendiri.
.
#malaysiaviral #Malaysia #TrendingNow
Overseas Citizen of India OCI, Sembang Dengan Abg Grab Sentol.
.
Tadi naik Grab, driver India umur 60-an, orang Sentol. Sembang punya sembang, baru aku tau pasal benda nama OCI – Overseas Citizen of India. Fuh, baru aku tau benda macam ni wujud. Google punya google, memang betul wujud , siap ada website rasmi kerajaan India.
Abang ni cerita, bapak dia dulu lahir kat Kuala Lumpur, IC biru lama. Dia kata nanti nak bercuti sebulan kat Tamil Nadu, kampung sedara dia kat Ponniammanmedu. Timing cantik sebab musim buah mangga, katanya.
Dia sambung cerita, dulu pernah bawak balik 100 biji mangga, sekali kantoi imigresen, alasan ada bakteria. Katanya ramai cuba seludup macam-macam barang dari India, ikut nasib… ada yang lepas, ada yang kantoi.
Paling padu, dia ngaku ada 2 pasport: satu Malaysia, satu lagi India (OCI). Dia selamba gelak, geng-geng kedai mamak pun ramai guna platform ni untuk “jimatkan kos pekerja”.
Lepas tu dia siap cerita, ramai yang kahwin 2-3 bini kat India, senang urus dokumen sana-sini. Tambah dia lagi, ada yang ambil kesempatan kerja cara “legal tapi illegal” , nampak macam sah, tapi tak bayar cukai langsung, siap langgar undang-undang macam benda tu halal.
Dia sempat cerita pasal sayur-sayur segar kat sana, katanya orang sana tak perlu pun ada peti ais untuk simpan sayur. Diorang petik dari ladang, terus masak. Stok sayur segar sentiasa ada, ladang pula luas mata memandang, macam sawah padi kat Kedah.
Patutlah ada yang berulang-alik India macam balik kampung sebelah taman je… rupa-rupanya ada lesen VIP begini. Yang kita ni? Nak renew pasport sendiri pun kadang kena tunggu nombor giliran macam nak beli tiket konsert.
.
#Malaysia #TrendingNow #XTrends #business #travel #tech #lifestyle
Tender Jutaan Ringgit: Bila ‘Orang Dalam’ Sebenarnya Kawan Kepada Kawan Orang Dalam.
Dululah, Lama dulu-dululah. Sebuah syarikat bumiputera mula bersiap sedia untuk masuk satu tender besar , projek pemasangan sistem bernilai jutaan ringgit untuk sebuah Jabatan Tak Ada Agama Buang Negeri.
📄 Semua dokumen teknikal siap, costing dikunci, timeline disusun elok. Niat awal bersih, masuk ikut saluran rasmi, harap rezeki halal.
Tapi belum sempat proposal dihantar… satu panggilan malam masuk.
📞 “Jumpa malam ni. Ada hal penting pasal tender. Tempat makan best.”
Babak Pertama – Lima Lelaki, Lima Cerita
📍Lokasi: Restoran wagyu, tempat orang buat keputusan besar — kononnya.
Lima orang datang. Pakaian kemas, gaya yakin. Tapi bila ditanya, bukan dari jabatan, bukan konsultan rasmi, dan bukan wakil sah projek.
Cuma mereka ni “kawan kepada kawan dalam jabatan”.
Contohnya, staff Jabatan Tak Ada Agama Buang Negeri ada kawan rapat kerja di Jabatan Jual Kek Batik.
Dan geng lima orang ni — adalah kawan kepada kawan tersebut.
📌 Dalam dunia mereka, itu dah cukup kuat untuk minta persen.
“Kalau nak projek ni jalan, kita kena main ikut rentak. Kau dapat berapa, aku dapat berapa.”
💸 Komisen pun dibuka macam menu wagyu. Harga ikut saiz projek.
CEO dengar, tapi tak janji apa-apa.
❌ Tiada persetujuan dicapai. Mereka mula rasa kecewa. Tapi kita mula rasa pelik.
Babak Kedua , Desakan, Tapi CEO Tak Goyang
Satu lagi pertemuan berlaku. Kali ini mereka makin mendesak:
“Kami kena tahu harga sebenar. Tak boleh kerja dalam gelap.”
Tapi CEO kekal dengan prinsip:
“Jumlah sebenar? Staff saya sendiri pun tak tahu. Saya saja yang pegang.”
Jawapan tu terus buat suasana panas. Nada mereka bertukar dari mesra jadi mendesak, siap diselit dengan sindiran halus , konon kalau tak “bagi bahagian”, proses boleh jadi lambat atau sangkut.
Siasatan Bermula , Bila Nama Besar, Tapi Asal Usul Longgar
CEO mula siasat satu-satu.
Rupanya, semua lima-lima bukan siapa-siapa.
Bukan pegawai. Bukan vendor sah. Bukan panel pemilih tender.
Cuma:
Seorang kerja kilang, tapi malam jadi ‘broker tender’.
Seorang lagi pegawai kecil majlis, guna nama besar.
Ada yang buat rumah part-time, tapi bercakap macam penasihat projek mega.
Seorang runner projek, cari komisen ikut kepala.
Dan seorang lagi ‘usahawan bebas’, kerja dia tolong submit tender orang lain, janji dapat ciput dari atas.
Semua ni hidup atas jaringan nama, bukan atas kelulusan.
Kawan kepada kawan, kepada abang ipar, kepada staff jabatan.
Tapi bila bercakap, macam penasihat kanan kementerian.
Keputusan CEO , Tarik Handbrake, Simpan Maruah
Lepas tengok keadaan makin kotor, CEO buat keputusan besar:
📤 Tarik diri. Batalkan hasrat masuk tender.
“Saya tak nak syarikat ni jadi alat untuk sogokan orang luar. Lebih baik rezeki lambat… dari rezeki cepat tapi kotor.”
Penutup: Bila Tender Agama Pun Jadi Lubuk Rasuah Sambungan Tangan
Tender juta-juta pun takkan mampu beli integriti.
Bila "kawan kepada orang dalam" datang minta persen kat restoran mewah,
Maka sistem kita bukan sekadar rosak…
Tapi sedang dibaham perlahan-lahan oleh kawan kepada kawan kepada syaitan bisik rasuah.
.
.
Rujukan Tok Aji Ajk Surau.
.
#Malaysia #malaysiaviral #TrendingNow #VideoViral
KUBUR LUBUK DUIT – SIAPA KATA BISNES MATI TAK MENGUNTUNGKAN?
Di sebalik batu nisan dan doa yang mengiringi, ada tangan-tangan yang ligat kira ‘rezeki tanah’. Kubur bukan lagi sekadar tempat persemadian terakhir, kini ia jadi port menjana pendapatan berganda.
Walaupun kampani dah tetapkan harga gali lubang sembilan puluh ringgit satu lubang, segelintir "wira tanah" letak harga ‘syiling’ dua ratus sepuluh ringgit sebiji sebagai tambahan untuk letak kepok selepas dikebumikan jenazah . Bila waris tak banyak soal, hulur duit , salam pun jadi salam kerok , itulah dikatakan bonus kata mereka. Sedangkan mereka ini sudah ada pendapatan tetap dan pekerja kontrak , ambil elaun kerajaan seribu lebih, tambah gaji tetap dua ribu lebih, campur "bonus lubang", anggaran potensi poket boleh cecah lapan ribu sebulan.
Menurut semakan daripada bomoh tiktok, duit hasil salam kerok itu pula dibahagi sesama mereka , difaraid ikut sistem ‘bukan hukum’, tapi ikut giliran siapa kuat angkat cangkul, siapa cepat kaut dulu atau aku senior aku dapat lebih dan kau budak baru akan dapat sikit.
Itulah realitinya. Kubur bukan lagi tanah sunyi, tapi gudang rahsia tempat orang tertentu kenyang.
Tapi bila ada insan jujur seperti Pak Sop, yang pertahan prinsip ,dituduh dengki, pengkhianat, dikecam, dicop penghasut, di scam akhirnya disepak dinyahkan selepas tiga puluh lima tahun berkhidmat. Kontrak bertahun, khidmat tak putus, tapi bila mohon jawatan tetap jawabnya "kau tak layak, awak dah tua, tak larat." Pandai gali kubur orang, tapi tak reti gali nilai kemanusiaan.
Sekarang Pak Sop cuma gali apa sahaja, bukan lagi lubang, tapi sisa maruah untuk terus hidup.
Kampani pula makin canggih ,pengarah bertukar ganti, buat kepok harga lain, rumput nak potong lain harga, pokok nak jaga pun kena a la carte. Kalau waris berduit , servis penuh, kalau miskin , nasiblah. Tanah perkuburan jadi mini-mall servis akhirat.
Kubur tempat rehat, tapi juga jadi tempat untung. Yang jujur kena campak, yang ‘kerok’ duduk selesa. Sampai bila kita nak biar manusia jual amanah di tanah mati?
.
. Rujukan : Orang Tua Mencari Rezeki Di ibu kota.
.
#Malaysia #MalaysiaMADANI #TrendAlert #TrendingNow #ViralContent #ViralVideo















