Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@putrajayacorp) header
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@putrajayacorp) profile picture

Official X of the Putrajaya, Malaysia, manage by Perbadanan Putrajaya. Follow us for news, announcements, events and services etc

Putrajaya, MY
Joined March 2010
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
MANFAAT BELANJAWAN MADANI 2026 DIPANJANGKAN UNTUK RAKYAT WILAYAH PERSEKUTUAN Alhamdulillah selesai pembentangan Belanjawan MADANI 2026 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri. Saya mendengar dan meneliti setiap satu inisiatif yang dibentangkan. Pandangan saya, Belanjawan kali ini diatur dengan disiplin fiskal yang cermat, namun tetap memastikan rakyat terus terbela daripada cabaran kos hidup yang mencengkam. Hasil tata kelola yang baik oleh Kerajaan MADANI, setiap hasil negara, dapat diurus dengan lebih telus dan berkesan. Manfaatnya pula dipanjangkan kepada rakyat dengan lebih bersasar. Wilayah Persekutuan berterima kasih kerana turut diberi perhatian. Antara inisiatif yang diumumkan adalah termasuk: โœ…๏ธ RM 200 juta bagi Program Lestari Niaga untuk peniaga kecil Kuala Lumpur โœ…๏ธ RM 3.5 juta bagi pengukuhan pelancongan Labuan melalui program Labuan 365 โœ… RM 1 juta bagi penganjuran program Putrajaya Wave 2026 โœ…๏ธ RM 0.5 juta untuk menaik taraf Anjung Duta@15 di Presint 15, Putrajaya Ini juga disokong dengan perencanaan RMK-13 bagi Wilayah Persekutuan seperti berikut: โญ๏ธ pemuliharaan Sungai Gombak dari Kampung Sungai Mulia sehingga ke Kolam Takungan Banjir Puah di Kuala Lumpur โญ๏ธ pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur dan Labuan โญ๏ธ pembinaan Waterfront Labuan Fasa 1 โญ๏ธ pembangunan semula Kompleks Renang Kuala Lumpur Tidak terhad kepada itu sahaja, Belanjawan MADANI 2026 turut merangkumi pelbagai lagi inisiatif lain bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah, dan insyaAllah kita akan gerakkan kesemuanya ini demi rakyat Wilayah Persekutuan. #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja โ€“ at Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1
2
8
1,077
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
KOTA MADANI BERKELUASAN 102 EKAR SELARI VISI BANDAR CHASE BAKAL DIBINA DI PUTRAJAYA Hari ini berkesempatan dalam sela masa membentangkan konsep pembangunan Kota MADANI Putrajaya kepada YAB Perdana Menteri. Pembangunan ini merupakan satu pelaburan strategik jangka panjang dalam merangka masa depan Putrajaya sebagai sebuah bandar contoh yang mendukung nilai-nilai MADANI dan selari dengan visi Bandar CHASE. Dengan keluasan 102 ekar, Kota MADANI bakal menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman untuk lebih 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi. Reka bentuknya mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan, prasarana digital berkecekapan tinggi dan sistem mobiliti hijau. Ini menjadi asas kepada sebuah bandar rendah karbon yang menjunjung prinsip kemampanan, kesejahteraan dan keselamatan awam. Insya-Allah, Majlis Pecah Tanah dijadualkan berlangsung pada 26 Jun 2025. Terima kasih YAB Perdana Menteri atas keyakinan dan pandangan bernas dalam memperhalusi hala tuju strategik Kota MADANI sebagai pencetus pembaharuan ruang bandar yang lebih manusiawi serta progresif. #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
100
29
67
218
51,516
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Walaupun bazar ini meriah dengan para pengunjung yang datang dari jauh dan dekat, gerai-gerai diatur dengan baik dan diberikan ruang yang luas dan selesa untuk membeli belah.
1
2
6
626
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Bazar yang diseliakan oleh @putrajayacorp ini kelihatan tersusun dengan lorong berjalan yang selesa untuk para pengunjung. Saya juga melihat tong-tong sampah disediakan khas untuk para peniaga membersihkan gerai mereka selepas selesai waktu operasi
1
2
3
719
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
27 Mac 2025: Di penghujung Ramadan ini, sempat juga saya singgah di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya untuk membeli juadah berbuka puasa. #MalaysiaMADANI
7
40
375
18,585
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
BANTUAN KEWANGAN RM 1,000 KEPADA 20 PEMILIK KENDERAAN YANG DITENGGELAMI BANJIR KILAT DI PRESINT 11 PUTRAJAYA Semalam ketika saya nak bertolak ke Lapangan Terbang Labuan setelah selesai urusan rasmi 3 hari di Labuan, saya dimaklumkan oleh pegawai saya berkenaan banjir kilat dengan kedalaman kira-kira 1 meter yang berlaku di Presint 11, Putrajaya. Ini adalah kali pertama banjir kilat berlaku di kawasan tersebut. Banjir kilat tersebut berlaku disebabkan taburan hujan yang tinggi, iaitu 3 kali ganda dari taburan hujan yang biasa. Sejurus 15 minit selepas itu, saya dimaklumkan bahawa air telah pun mula surut. Alhamdulillah. Tetapi dilaporkan 20 kenderaan rosak kesan dari banjir kilat ini. Kawasan perumahan ini agak besar. Ada kira-kira 2,500 buah rumah, dengan anggaran penduduk sekitar 10,000 orang penduduk. Sehubungan itu, hari ni selepas selesai urusan di Parlimen dan DBKL, saya terus ke Presint 11 untuk melihat sendiri kawasan yang tersebut. Kita telah pun mengenal pasti punca banjir tersebut berlaku iaitu kerana hujan yang lebat di bahagian hulu dan air telah naik dari Sungai Anak Gajah, menyebabkan aliran air tersekat mengakibat air tersebut overflow di kawasan yang lebih rendah ini. Saya zahirkan rasa simpati kepada mereka yang terkesan akibat insiden ini. Sehubungan itu, saya ingin maklumkan bantuan kewangan berjumlah RM 1,000 kepada 20 pemilik kenderaan yang ditenggelami air semalam. Kemudian, pihak Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang akan memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek. Ini saya minta Perbadanan Putrajaya untuk selesaikan dalam tempoh 2 minggu. Selain itu, saya minta Perbadanan Putrajaya untuk menyediakan alert system dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan ini untuk alihkan kenderaan dengan segera. Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan Internet of Things (IoT) di mana sensor akan dipasang di petak-petak penyelenggaraan saliran di seluruh Putrajaya untuk mengesan tahap ketinggian air. Aliran air di kawasan perumahan ini menggunakan culvert system. Walaupun besar keluasannya, tetapi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, hujan yang lebat tiba-tiba menyebabkan ia tidak dapat menampung kapasiti air yang terlalu banyak. Jadi, untuk jangka masa panjang, kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melihat kembali sistem saliran ini. Jika didapati memang tidak dapat menampung, kita akan ambil tindakan menambahbaik bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Saya juga melihat ada kemungkinan untuk kita fikir lebih jauh ke hadapan dengan meneroka sistem yang lebih maju untuk pembangunan-pembangunan baru, seperti konsep sponge city, on-site stormwater detention (OSD) atau kolam takungan bawah tanah. Walaubagaimanapun, ini memerlukan kajian yang teliti sebelum dilaksanakan sebagai dasar baharu pembangunan di Putrajaya. #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #50WP โ€“ at Bukit Raja, Selangor
14
68
15
242
35,418
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
lepas balik dari ioi city mall tadi, kitorang terus singgah dekat @putrajayacorp @putrajayaMY sempena Festival Budaya 2024 bermula 20-22 Sept. Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan juga makanan dari setiap negeri. Jom datang beramai ramai.
2
6
5,618
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Hari ni Jo Ji tiba tiba pandai berpantun ek! ๐Ÿ˜† Jom guys kita memeriahkan Festival Budaya Putrajaya dari 20 hingga 22 September 2024, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam, kat Dataran Putrajaya. Pagi tadi Bekpes Hot borak dengan Puan Haryani, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Putrajaya. #FestivalBudayaPutrajaya2024 #PCF2024 #PerpaduanMelaluiSeniBudaya #MySeniBudaya #TaatSetia #perbadananputrajaya #MalaysiaTrulyAsia
2
5
3,110
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Ayuh seluruh rakyat Malaysia!!!๐Ÿ“ฃ Kita raikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 bersama di Dataran Putrajaya pada Sabtu ni, 31 Ogos bermula 7.00 pagi!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ˜๐Ÿ”ฅ #HKHM2024 #merdeka #merdeka67 #merdeka2024 #KibarJalurGemilang #MalaysiaMADANI #JiwaMerdeka #KLCeria #CMSWPKL
6
11
11
1,178
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Kepada semua warga kota, jom bersama-sama kita hadir ke Royal Floria Putrajaya 2024 bagi memeriahkan lagi Laman Pameran DBKL mulai 22 Ogos 2024 sehingga 1 September 2024. @MaimunahSharif @putrajayacorp
3
9
1,608
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
First time dengar pasal bunga petunia. Best ni! Nak pergi lah Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya bermula 22 Ogos ni! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Pagi tadi Pengarah Bahagian Rekreasi dan Operasi Taman Jabatan Landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya, LAr. Aida Farisa datang studio borak borak dengan Bekpes Hot. @putrajayacorp #royalfloriaputrajaya2024 #rfp2024 #raikanbersama #monumenalafbaru #indahnyaputrajaya
4
14
3,182
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
3๏ธโƒฃ HARI LAGIโ€ผ๏ธ KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA bakal digegarkan dengan kehadiran KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG) 2024!!!๐Ÿ˜ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Ÿš“๐Ÿš“๐Ÿš“๐Ÿš“๐Ÿ๏ธ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ๏ธ๐Ÿš—๐Ÿš—๐Ÿš—๐Ÿš— #KMJG #KMJG2024 #Konvoi #HKHM2024 #merdeka #merdeka67 #merdeka2024 #KibarJalurGemilang
2
14
17
346
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
DAULAT TUANKU Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Tuanku.
1
10
9
837
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2024 BAKAL MENYERIKAN BULAN KEBANGSAAN Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau lebih dikenali sebagai Royal Floria Putrajaya (RFP2024) bakal menyerikan lagi Putrajaya pada bulan Ogos ini. Penganjura RFP yang kali ke-13 di Persisiran Tasik Presint 2
2
19
20
925
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Ayuh kenali... ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š #PertabalanAgong #IstiadatPertabalanYDPA17 #InstallationofTheKing #YDPAgong17 #DaulatTuanku #Agong #AgongKita #AgongMalaysia #agong17 #SultanJohor #KLCeria #CMSWPKL
1
18
16
751
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Umai Cafe Putrajaya dah relocated since June 1st @ Kompleks Sukan Air Presint 6 ๐Ÿซถ๐Ÿป @Twt_Cyberjaya @putrajayacorp @ThisIsPutrajaya @putrajayaMY
1
18
2
24
4,065
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
3 JUN CUTI UMUMโ€ผ๏ธ Tarikh 3 Jun diwarta Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi YDP Agong ke-17, Sultan Ibrahim namun sambutan pada tahun ini ditangguhkan ke September bagi memberi keutamaan kepada Istiadat Pertabalan di Istana Negara pada 20 Julai 2024 - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
3
38
3
60
12,718
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
Terima kasih diucapkan kepada pihak @putrajayacorp atas kebersamaan memerangi jenayah rasuah di Malaysia dengan mempromosikan mesej antirasuah SPRM di papan iklan digital sekitar Putrajaya. #keepmalaysiacleanbymacc #SPRMPencegahan #antirasuah #maccfm #infografikantirasuah
6
10
1,370
Perbadanan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ retweeted
SEMARAK AIDILFITRI PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Hari ini meraikan warga Putrajaya dalam program Semarak Aidilfitri Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran @anwaribrahim dan @drwanazizah. Dalam majlis yang sama, saya telah serahkan sumbangan yang telah disalurkan oleh MAIWP secara total berjumlah RM 100,000.00 yang memanfaatkan 500 orang penerima sumbangan di Putrajaya. Ini lah antara komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk terus membantu rakyat, khususnya melalui inisiatif Ihsan @ PUJI di Wilayah Persekutuan. #DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI #50WP
16
76
1,813