َ retweeted
Dalam keunikan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya, setiap perayaan menjadi ruang untuk kita saling mengenali, menghormati dan meraikan keistimewaan yang membentuk identiti bersama sebagai sebuah negara bangsa.
Berbeza cahaya, bersatu jiwa. Kepelbagaian diraikan, perpaduan diperkukuh.
Iklan khas terbitan Kementerian Perpaduan Negara sempena sambutan Deepavali.
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia. Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan dan memperkukuh keharmonian kita bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa.
َ retweeted
Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus komited memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi penganjuran Karnival Membaca Perdana yang diperkenalkan pada tahun 2024 dengan pendekatan lebih inklusif, santai dan interaktif ke arah melahirkan masyarakat berilmu serta membina negara bangsa yang bersatu padu.
Komitmen ini diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai program galakan membaca yang terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan, dengan jumlah penyertaan meningkat daripada 112,408 pada tahun 2023 kepada 422,994 pada tahun 2025. Usaha ini turut diperkukuh melalui pembangunan Indeks Membaca Kebangsaan (IMK), penambahbaikan perkhidmatan penerbitan serta pengukuhan ekosistem perpustakaan negara.
َ retweeted
Sekitar suasana hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.
Saya berkesempatan singgah ke beberapa kawasan bagi memberikan sokongan dan semangat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan membawa cabaran parti pada pilihan raya kali ini.
Antara kawasan yang sempat saya kunjungi ialah:
🔹 N23 Telok Mas – Calon No. 2, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman (Tok Ajak)
🔹 N14 Klebang – Calon No. 4, Datuk Wira Lim Ban Hong
🔹 N07 Gadek – Calon No. 4, S. Nadarajah
Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan kehadiran para penyokong dan jentera parti yang tampil penuh semangat.
Terima kasih kepada seluruh jentera BN yang terus bekerja keras dan menunjukkan komitmen serta kesetiaan dalam perjuangan parti.
Ayuh rakyat Melaka, tunaikan tanggungjawab anda pada 4 November 2026 nanti.
Undilah calon-calon Barisan Nasional!
#PRNMelaka2026
#BarisanNasional
#BNForMelaka
#BirukanMelaka
َ retweeted
Petang tadi menerima kunjungan daripada jaguh berbasikal trek negara, Datuk @AzizulAWANG atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman.
Beliau baru sahaja pulang daripada temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Sempat juga beliau menunjukkan pingat emas yang dimenanginya dalam kedua-dua kejohanan tersebut.
Kami turut berbincang dan merangka beberapa program serta inisiatif bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau, khususnya dalam membangunkan bakat sukan serta menyuntik semangat kecemerlangan dalam kalangan mahasiswa.
Banyak pengalaman dan kisah perjuangan beliau yang boleh dijadikan inspirasi, terutama tentang disiplin, ketekunan dan semangat tidak mudah mengalah.
Terima kasih atas kunjungan, Datuk Azizulhasni. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia! Beliau dalam rangka persediaan untuk Sukan Olimpik 2028 nanti.
InsyaAllah kita akan bawakan khas The Pocket Rocketman ke Festival of Ideas (FOI) Putrajaya pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya nanti.
#ThePocketRocketman
#KPT
#doczam
َ retweeted
Semalam menerima kunjungan dan bertukar pandangan bersama Dr. Maliki Osman, bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura yang turut pernah memegang portfolio Menteri Luar II dan Menteri Pendidikan negara tersebut.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami berkongsi pandangan dan pengalaman, khususnya mengenai perkembangan pendidikan tinggi, pembangunan modal insan serta cabaran masa depan dalam landskap pendidikan serantau.
Semoga hubungan erat Malaysia dan Singapura, khususnya dalam bidang pendidikan, terus diperkukuh melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
#MalaysiaSingapura🇲🇾🇸🇬
َ retweeted
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat.
Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut:
facebook.com/share/v/1A3tDCn…
#Belanjawan2027
#KPT
#MalaysiaMADANI
#doczam
facebook.com/share/v/1A3tDCn…
َ retweeted
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terus memainkan peranan penting sebagai penggerak perpaduan, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan komuniti progresif di peringkat akar umbi.
Sehingga kini, sebanyak 8,670 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara dengan lebih 101,000 aktiviti dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Kerajaan turut mengumumkan peningkatan Geran KRT Aktif daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun mulai 2027 bagi memperkasa pelaksanaan aktiviti komuniti.
َ retweeted
MALAM KEMUNCAK PULARA 2026!
Jom datang beramai-ramai malam ini ke Acara Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026!
📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 malam
📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak
Pelbagai persembahan menarik menanti anda, termasuk deklamasi puisi, persembahan lagu rakyat, kesenian tradisional dan persembahan budaya yang menghimpunkan penggiat seni dari dalam dan luar negara.
Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat handai. Jumpa anda malam ini di Dataran MADANI, Seri Manjung!
#PULARA2026
#FestivalPuisiDanLaguRakyatAntarabangsa
#Manjung
#Lumut
#doczam
َ retweeted
AYUH, KITA BIRUKAN MELAKA! 🔵💙
Sekitar Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang berlangsung malam tadi di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Majlis ini turut memperkenalkan 21 calon Barisan Nasional secara rasmi bagi menghadapi pilihan raya kali ini, sekali gus menandakan kesiapsiagaan seluruh jentera parti untuk menggalas amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Negeri Melaka.
Kepada seluruh calon dan jentera BN, teruskan perjuangan dengan semangat dan keikhlasan. Kita kekalkan politik dalam kesederhanaan dan perjuangan untuk rakyat. Perkukuhkan saf muafakat serta melaksanakan tanggungjawab dengan kerja berpasukan dan penuh dedikasi.
Ayuh, kita Birukan Melaka!
#𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥
#BirukanMelaka
#KitaGengBiru
#BNSayangRakyat
#PRNMelaka
#doczam
َ retweeted
PULARA BUKAN SEKADAR SENI DAN BUDAYA, TETAPI JUGA PENGISIAN KEROHANIAN
Senario oo oo oo Senario…
PULARA bukan sekadar mengangkat seni, adat dan budaya warisan bangsa, tetapi turut memberi penekanan kepada pengisian kerohanian, pembinaan sahsiah dan pengukuhan hubungan sesama masyarakat.
Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Arfiah, Kampung Batu 3, Segari, Manjung, sempena PULARA 2026.
Syukur melihat kehadiran yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung dan para peserta PULARA yang bersama-sama mengimarahkan masjid pada awal pagi.
Selesai solat Subuh, program diteruskan dengan ceramah santai bersama Kumpulan Senario sebelum kami menyertai aktiviti brisk walk bersama komuniti setempat.
Inilah pendekatan PULARA yang kita bawakan kali ini. Bukan sekadar memperkenalkan seni dan budaya kepada masyarakat, tetapi membawa pelbagai aktiviti terus ke kampung-kampung, mendekati penduduk dan menghidupkan semangat kebersamaan.
Kita mahu PULARA menjadi wadah yang menyatukan seni, budaya, kerohanian dan kehidupan bermasyarakat.
Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT. Banyak lagi acara menarik di sekitar Manjung dalam program PULARA kali ini. Jom semua.
#PULARA2026
#FestivalPuisiLaguRakyat
#SolatSubuhBriskWalk
#Manjung
#Lumut
َ retweeted
JOM BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN PULARA 2026!
Saya ingin menjemput semua untuk datang beramai-ramai ke Manjung bagi memeriahkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2026.
Pelbagai program, persembahan seni budaya, puisi, lagu rakyat serta aktiviti menarik menanti anda semua sepanjang tiga hari penganjuran festival ini.
PULARA bukan sekadar festival seni dan budaya, tetapi juga medan untuk kita mengangkat warisan bangsa, menghargai keindahan bahasa dan sastera serta memperkenalkan keunikan budaya tempatan kepada masyarakat.
Jadi, jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga, ajak sahabat handai dan datanglah beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026.
Jumpa anda di Manjung!
#PULARA2026
#Manjung
#SeniBudaya
#WarisanBangsa
#Lumut
#KPT
#doczam
َ retweeted
🎭 FESTIVAL PUISI DAN LAGU RAKYAT ANTARABANGSA (PULARA) 2026 🎶
🌿 Mengakar Budaya, Menjulang Warisan 🌿
Bersiap sedia untuk tiga hari penuh dengan pengisian seni, budaya dan warisan menerusi Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak!
📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
Hari pertama bakal menyaksikan acara pembukaan PULARA 2026, program LESTARI, Festival Sajian, Jualan Rahmah, PULARA Masuk Kampung, Titian Budaya dan Seminar Peradaban Rumpun Melayu Antarabangsa (RUMIA) 2026. Pengunjung turut berpeluang menyaksikan majlis perasmian festival sebelum menikmati persembahan Malam Kalam Warisan pada sebelah malam.
📅 25 Oktober 2026 (Ahad)
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung, termasuk Subuh PULARA D’Pangkor, Fun Walk @ Pangkor, Eksplorasi PULARA 2026 dan Pentas PULARA. Program lain seperti Rentak Muda Makum & Cabaran Keluarga MADANI serta PULARA Bersama Ummah 2026 turut berlangsung sebelum Malam Kemuncak PULARA 2026 pada sebelah malam.
📅 26 Oktober 2026 (Isnin)
Pada hari terakhir, pengunjung masih boleh menikmati Festival Sajian, Jualan Rahmah dan Jualan Kampung Angkat MADANI, selain menyertai program PULARA Masuk Kampung dan Titian Budaya yang terus mengangkat keunikan seni serta warisan masyarakat setempat.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026! Ayuh, raikan keindahan seni, semarakkan budaya dan martabatkan warisan bangsa bersama keluarga dan rakan-rakan!
📍 Lokasi: Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak
📅 Tarikh: 24–26 Oktober 2026
Jumpa anda di PULARA 2026! 🎶✨
َ retweeted
Hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, TYT John K. Samuel dan bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Islam Iran, TYT Dato’ Wan Aznainizam Yusri bin Wan Abdul Rashid.
Kedua-duanya bukanlah asing bagi saya kerana pernah bersama-sama ketika saya menerajui Kementerian Luar Negeri dahulu.
Pertemuan ini menjadi medan bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara, khususnya potensi memperluas kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pertukaran kepakaran antara Malaysia dengan Kanada serta Iran yang boleh dibawa oleh kedua-dua mereka nanti.
Tahniah atas pelantikan kedua-duanya dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dalam menggalas amanah baharu ini.
Semoga terus cemerlang membawa nama dan kepentingan Malaysia di persada dunia.
#MalaysiaKanada
#MalaysiaIran
#doczam
َ retweeted
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Tiada ungkapan yang mampu saya zahirkan selain rasa syukur dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak atas segala bentuk bantuan, tenaga dan khidmat yang telah diberikan kepada penduduk Pulau Pangkor yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Bantuan yang cepat dan tindakan yang pantas daripada pelbagai pihak amat bermakna, khususnya ketika penduduk sedang berdepan dengan kesulitan dan memerlukan pertolongan.
Kepada para mahasiswa, sukarelawan, warga universiti, pasukan keselamatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan yang turun membantu, saya amat menghargai segala pengorbanan kalian.
Ada yang datang dari jauh, ada yang mengorbankan masa dan tenaga, ada yang menyumbang makanan dan keperluan, malah ada yang bekerja tanpa mengenal penat dan lelah demi memastikan rumah serta kawasan yang terjejas dapat dibersihkan.
Kalian hadir bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa harapan dan kekuatan kepada mereka yang sedang diuji.
Sebagai anak jati Pulau Pangkor, saya benar-benar tersentuh melihat semangat kebersamaan dan keprihatinan yang ditunjukkan.
Inilah nilai kemanusiaan yang perlu terus kita suburkan. Ketika musibah melanda, kita tidak bertanya siapa mereka, tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk membantu.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Dari lubuk hati saya yang paling dalam, terima kasih kerana hadir membantu keluarga besar kami di Pulau Pangkor.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan kalian.
#PulauPangkor
#doczam
َ retweeted
Liga Sukan Uniti Tahun 2026 Peringkat Negeri Sarawak anjuran Kementerian Perpaduan Negara akan berlangsung pada 25 Oktober bertempat di Sentosa Sport Centre, Kuching.
Penganjuran ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan, memelihara permainan warisan budaya serta memperkukuh hubungan antara rakyat pelbagai kaum dalam usaha membina negara bangsa yang bersatu padu.
َ retweeted
Saksikan Dokumentari Semarak Perpaduan Etnik Minoriti Malaysia yang mengetengahkan Etnik Kensui Kedah menerusi siaran TV1, TV2 dan OKEY.
Dokumentari ini merupakan sebahagian daripada usaha mengetengahkan kepelbagaian etnik minoriti di Malaysia serta menghargai keunikan budaya dan warisan masyarakat dalam usaha membina negara bangsa.
Ikuti dokumentari ini mengikut jadual siaran yang tertera.
َ retweeted
Menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), atas perkenan berangkat menyempurnakan Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor di UMPSA Kampus Pekan, hari ini.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, saya turut berbesar hati menyampaikan watikah pelantikan semula Kebawah Duli Paduka Baginda sebagai Canselor UMPSA.
Pemasyhuran dewan ini bukan sekadar melambangkan pembangunan prasarana universiti, tetapi menjadi simbol aspirasi UMPSA untuk terus mengangkat kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa.
Menariknya, seni bina Dewan Tuanku Canselor ini diinspirasikan daripada Wau Pungguk, warisan tradisional Pekan, Pahang. Ia membawa falsafah yang cukup dekat dengan aspirasi pendidikan tinggi negara, iaitu “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi.”
Kita mahu universiti terus terbang tinggi meneroka ilmu, teknologi dan inovasi, namun pada masa yang sama kekal berpijak pada nilai, budaya dan jati diri bangsa.
Apa yang lebih penting, kecemerlangan universiti juga berjalan seiring dengan kebajikan mahasiswa. Usaha UMPSA menyediakan bantuan pendidikan, zakat dan biasiswa merupakan komitmen yang perlu terus diperkukuh agar tiada anak bangsa tercicir daripada peluang pendidikan tinggi.
Tahniah kepada seluruh warga UMPSA atas pencapaian ini. Semoga menjelang sambutan Jubli Perak pada tahun 2027, UMPSA terus melakar kejayaan dan melahirkan graduan yang bukan sahaja hebat ilmunya, tetapi juga tinggi nilai dan jati dirinya.
Terus menggapai di langit, namun jangan sesekali lupa akar di bumi.
#UMPSA
#KPT
#MenggapaiDiLangitMengakarDiBumi
#doczam
َ retweeted
Doa sepiku ini
Dihiasi bunga cempaka
Mengiringi kembaramu…
Siapa tak kenal dengan penyanyi hebat, Dato’ Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali dengan Ameng yang juga penyanyi utama Kumpulan Spring.
Kebetulan terserempak semalam sebelum saya balik ke KL. Singgah di Restoran Madinah. Suara masih sedap dan masik kekal muda seperti dulu.
Semoga terus berjaya buat Ameng.
#Ameng
#Spring
#Lumut
#doczam
َ retweeted
Tengah hari tadi, saya berkesempatan bersama-sama pegawai perhubungan dan komunikasi korporat dari seluruh Universiti Awam serta agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), dalam sesi KARISMA.
Dalam pertemuan ini, saya berkongsi pandangan mengenai peranan penting komunikasi dalam menyampaikan dasar, inisiatif dan pencapaian pendidikan tinggi negara kepada masyarakat.
Saya menekankan bahawa tugas komunikasi bukan sekadar menyampaikan maklumat atau membuat hebahan, tetapi bagaimana kita membina kefahaman, keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan tinggi.
Dalam dunia komunikasi yang semakin pantas dan mencabar, kita perlu lebih proaktif, kreatif dan strategik. Setiap dasar dan inisiatif yang dilaksanakan mesti diterjemahkan dalam bentuk naratif yang jelas, mudah difahami dan dekat dengan rakyat.
Saya juga mengingatkan bahawa pegawai komunikasi merupakan antara barisan hadapan yang membawa imej dan suara institusi. Justeru, kepekaan terhadap isu, ketepatan fakta, kepantasan bertindak serta kebijaksanaan mengurus persepsi amat penting.
Harapan saya agar sesi KARISMA ini dapat memperkukuh jaringan dan kesepaduan komunikasi antara KPT, universiti serta seluruh agensi supaya kita dapat bergerak sebagai satu pasukan dengan mesej dan hala tuju yang jelas.
“Apabila sesuatu yang benar tidak disampaikan dengan jelas, teratur, atau bukti yang kukuh, ia mudah menimbulkan ragu-ragu dan akhirnya ditolak sebagai palsu. Sebaliknya, pembohongan yang dirancang dengan teliti, diulang-ulang secara konsisten, dan dikemas kini dengan strategi komunikasi yang berkesan boleh memperdaya orang ramai sehingga diterima sebagai satu fakta yang sah.”
#KARISMA2026
#KPT
#UKKPRO
#doczam
َ retweeted
Pemerkasaan Arkib Negara Malaysia (ANM) terus menjadi keutamaan Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memelihara khazanah sejarah dan warisan negara serta memperkukuh peranannya dalam pembinaan negara bangsa.
Pelbagai usaha sedang dan akan dilaksanakan, merangkumi projek pembangunan dan penaiktarafan kemudahan arkib, pengembangan koleksi serta pendigitalan bahan sejarah, di samping penambahbaikan kerangka perundangan berkaitan pengurusan rekod negara.


















































