📸 Aksi Minggu 9 menyaksikan #JangMudo terpaksa akur dengan keputusan yang tidak berpihak kepada pasukan apabila satu jaringan menjadi pemisah dalam perlawanan menentang Selangor FC II yang berlangsung sengit hingga ke wisel penamat.
Fokus kini beralih kepada aksi seterusnya menentang USM FC pada 22 November di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang 🏟️
#NSFC #HobinJangHobin
MASA PENUH ⏱️
Negeri Sembilan FC II 0-1 Selangor FC II
#NSFC #HobinJangHobin
SEPARUH MASA ⏸️
Negeri Sembilan FC II 0-1 Selangor FC II
#NSFC #HobinJangHobin
HARI PERLAWANAN LIGA A1 2026/2027 | MINGGU 9
🆚 : Selangor FC II
🗓️ : 8 November 2026
⏱️ : 4:45 Petang
🏟️ : Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan
📺 YouTube Astro Arena
#NSFC #HobinJangHobin
Negeri Sembilan FC Development retweeted
Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔✨
Ikhlas daripada seluruh keluarga besar Negeri Sembilan FC buat semua penganut agama Hindu yang menyambut perayaan cahaya pada hari ini.
Peluang Berlatih Bersama Skuad Elit NSFC!
Pelatih yang mempamerkan potensi tinggi di NSFC Football School akan diberikan peluang keemasan untuk diserap berlatih bersama-sama pasukan Elit NSFC B-10 dan B-12!
Buktikan bakat anak anda seperti Yasser dan Wafiuddin yang telah terpilih mewakili pasukan B-11 ke kejohanan antarabangsa.
Cawangan Nilai bakal dibuka tidak lama lagi. Ayuh, sertai keluarga besar NSFC Football School hari ini! 🟡⚫🔴
#NSFC #HobinJangHobin #NSFCFootballSchool
🎟️ INFO PENJUALAN TIKET:
Tiket perlawanan #JangMudo boleh didapati pada 8 November 2026 (Hari perlawanan), bermula 2 petang hingga 6 petang di Pintu Masuk Penyokong, Stadium Mini Tampin.
Terbuka: RM10 (Dewasa) | RM5 (Remaja 7-17 tahun)
Kemasukan PERCUMA untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah & OKU.
#NSFC #HobinJangHobin
PERLAWANAN SETERUSNYA LIGA A1 2026/2027 | MINGGU 9
🆚 : Selangor FC II
🗓️ : 8 November 2026
⏱️ : 4:45 Petang
🏟️ : Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan
📺 YouTube Astro Arena
#NSFC #HobinJangHobin
Negeri Sembilan FC Development retweeted
𝗞𝗔𝗟𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲 🗓️
Aksi penuh cabaran menanti #TheJangs dan #JangMudo sepanjang November. Bulan untuk bekerja keras dan mencari rentak sebenar di atas padang. 💪🏼
#NSFC #HobinJangHobin
MAKLUMAN PERUBAHAN JADUAL PERLAWANAN
Perlawanan Liga A1 antara Negeri Sembilan FC II dan Selangor FC II yang dijadualkan pada 14 November kini dipinda ke tarikh baharu.
🗓️ 8 November 2026 (Ahad)
⏱️ 4.45 petang
🏟️ Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan
#NSFC #HobinJangHobin
Slot Masa Baharu PBNS BubblesO2 Arena! 🏟️
PBNS BubblesO2 Arena kini memperkenalkan jadual slot masa baharu berserta kadar harga terkini untuk tempahan padang sintetik, berkuat kuasa dengan serta-merta.
Sila rujuk poster untuk senarai penuh kadar harga mengikut sesi hari bekerja dan hujung minggu.
#NSFC #HobinJangHobin
KEPUTUSAN UNDIAN PIALA BATAM 2026: NSFC B-12 DIUNDI DALAM KUMPULAN E! 🏆✈️
Skuad NSFC B-12 kini bersedia untuk menyahut cabaran antarabangsa di kejohanan Piala Batam 2026 Musim ke-3 yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 19 Disember 2026.
Berdasarkan keputusan undian rasmi, #JangMudo B-12 telah diundi di dalam Kumpulan E, bersama pasukan tuan rumah, BP-FA Batam (Indonesia), serta dua wakil dari Malaysia iaitu Titan Forge FC dan Aero United FC.
Satu pendedahan antarabangsa yang sangat berharga buat #JangMudo B-12 bagi mematangkan mentaliti dan corak permainan mereka. Persiapan akan terus diperkemas! 🔥
#NSFC #NSFCdevt #HobinJangHobin
MINGGU KE-10: LIGA REMAJA KEBANGSAAN B-12 2026
Skuad pembangunan NSFC B-12 mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan pada perlawanan Minggu ke-10 Liga Remaja Kebangsaan (LRK) B-12 hujung minggu lalu.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:
✅ PBMM 0 - 2 NSFC B-12
✅ NSFC B-12 7 - 1 KLFA
Namun, proses pembelajaran tidak terhenti pada kemenangan. Jadikan ia motivasi, dan perbaiki corak permainan untuk cabaran yang seterusnya. 💪🏼
#NSFC #NSFCdevt #HobinJangHobin

































