Laskar Q retweeted
Israel’s latest bombardment of Gaza, killing over 400 Palestinians, is heinous and indefensible. The wholesale destruction of a besieged population with no means of escape can never be justified on the pretext of self-defence. Nor can the ongoing difficulties in ceasefire negotiations justify collective punishment. The international community must hold Israel to account and demand an immediate end to these atrocities.
Photo: AP
Laskar Q retweeted
Pagi tadi saya berbesar hati menerima kunjungan rombongan tuan-tuan guru dan alim ulama dari pondok serta madrasah di Kelantan di Pejabat Perdana Menteri. Jemputan ini saya sampaikan sendiri setelah mereka menghadiri majlis iftar di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.
Pertemuan ini membuka ruang yang bermakna untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu, khususnya berkaitan perkembangan Islam dan pembangunan ummah. Saya tekankan betapa pentingnya kita memperkukuh dasar Islam dalam pendidikan, serta beberapa ikhtiar Kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam.
Saya amat menghargai pandangan dan nasihat yang disampaikan oleh para tuan guru, terutama dalam soal pendidikan turath serta cadangan untuk memperkasa peranan institusi pondok di Malaysia. Dalam perbincangan ini, mereka menzahirkan kepentingan memperteguh semangat persaudaraan, memupuk kefahaman dan kasih sayang, serta menghindari kebencian. Saya turut mendengar dengan sepenuh perhatian saranan agar usaha penjelasan mengenai inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh Islam dapat dilakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.
Kami sependapat bahawa dalam banyak perkara, titik persamaan itu lebih besar daripada perbezaan. Dalam ruang yang sama, saya turut menekankan tentang perkembangan komunikasi serta kerjasama yang semakin erat dengan YAB Menteri Besar Kelantan.
Saya berharap pertemuan sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia menjadi wahana yang sangat bernilai dalam merangka usaha bersama demi kemaslahatan umat dan negara. Buah fikiran dan nasihat para tuan guru amat saya hargai, dan saya percaya ia terpancar dari keikhlasan demi kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Laskar Q retweeted
KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion dan 6.30% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.
Laskar Q retweeted
JARGON
Apa jadi dengan MP seorang ini?
Hari tu dia guna surat layang nak berhujah di Parlimen. Semalam dia guna Laporan Bank Dunia tak baca habis pulak.
Pong pang lah dia di Parlimen, katanya ekonomi naik zaman Madani ni hanya angka semata, Bank Dunia kata taklah baik mana.
Namun yang dia tak bgtau kita, Laporan itu dimulakan tahun 2019, datanya diambil dari 1970an-2020, yang masa tu dia masih dalam Kerajaan.
Laporan itu langsung tak guna data terkini, tapi dia kata ini semua salah Madani! Guna lah segala jargon: Anwarnomics, “Raja yang berpakaian baru” yang orang baca pun naik pening.
Bila dibetulkan dan dikecam netizen, dia gelar semua yang betulkan data tu Macai Madani. Ya rabbi. Apa punya huduh perangai MP ni?
Kalau lah dia guna lebih sikit otak dia. Tajuk Laporan Bank Dunia itu “Is there an underside of Malaysia’s economic growth?”
Takkan Malaysia ini ekonominya hanya membangun zaman Madani 26 bulan ni? Sebelum2 ni dari merdeka tak membangunkah?
Punya desperate dia nak menidakkan tak naik ekonomi kini, sampai berbalik kepada parti sendiri.
Maknanya kalau dia rasa Laporan ini hanya terpakai tempoh Kerajaan kini, makanya dia akui lah zaman dia dalam Kerajaan, ekonomi tak membangun?
Orang Manjoi kata “embarrassing”! 🤦🏻♀️
*****************
Ingat semalam saya cakap pasal Legislatur?
Apa yang saya dapat rumuskan WAF ini Legislatur Pra-Matang yang tak sepatutnya jadi MP in the first place.
Dia suka mainan persepsi tanpa fakta dan hujah benar. Dia berhujah penuh emosi kebudakan2 pula.
Ini bukan level Legislatur ya tuan2. Ini level propagandis dan macai parti. Dengan makian dan cacian dia pada semua yang melawannya. Nampak sgt tak boleh mengawal emosi sendiri. Jadi bagaimana nak jadi pemimpin yang baik?
MP pra-matang ni elok kita nyahkan dari Parlimen penggal depan. Saya tengok di wall dia pun teruk dikecam. Takde penyokong PN atau pengundi Machang pun backup.
YB Wan Ahmad Fahysal saya harap anda membaca. Jangan malukan alma mater.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Laskar Q retweeted
Hari ni kat FB viral tulisan mamat ni. Sekali baca, memang nampak real dan convincing.
Tapi bila baca betul-betul, nampaklah dia main tibai je 👇
Laskar Q retweeted
Salam sejahtera semua!
Mungkin rakan-rakan yang main TikTok ada ternampak berita ni, kan?
Ok, mula-mula nak cakap, sebenarnya tiada 'surge' atau 'spike' pun kes hMPV ni kat Malaysia.
Saya akan jelaskan 👇🏻 1/
vt.tiktok.com/ZS6mHmPvT/
Laskar Q retweeted
Tidak Puas Hati, Bawa ke Dewan Rakyat
Baru semalam Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dalam ucapan beliau menempelak sikap berlebihan sesetengah pemimpin pembangkang dalam berpolitik; termasuk mimpi-mimpi untuk kembali ‘tebuk atap’.
Kurang beberapa jam kemudian sahabat saya YB Fadhli Shaari mengeluarkan kenyataan seperti di bawah. Tekun juga beliau mengikuti ucapan PMX.
Kawasan yang diwakili beliau, Pasir Mas di Kelantan antara yang menerima peruntukan agak sihat menerusi inisiatif Belanjawan tahun ini, tidak termasuk peruntukan-peruntukan tambahan yang diumum dari semasa ke semasa oleh PMX dan Menteri-menteri yang turun padang sepanjang beberapa bulan lepas, sesuai matlamat untuk menyelesaikan masalah-masalah lapuk yang menjejaskan kualiti kehidupan dan sosio ekonomi di kawasan terbabit.
Penyaluran segala bentuk bantuan dan pembangunan infrastruktur yang berterusan menerusi agensi-agensi Pusat dan Negeri ini harus dilihat sebagai tanda bahawa Kerajaan Madani tidak mengulangi resmi lama di mana kawasan pembangkang terus-menerus ditekan dan dibantutkan dari segi pembangunan ekonomi dan sosial sehingga menjerut rakyat. Ini norma baharu di bawah Kerajaan Madani yang perlu diakui semua.
Atas yang demikian, saya yakin sahabat saya YB Fadhli Shaari juga boleh memperakui dan mengiktiraf usaha, tumpuan dan sikap Kerajaan Madani terhadap negeri dan kawasan beliau. Beberapa kali di Dewan Rakyat telah beliau bangkitkan soalan-soalan berkaitan pembangunan di kawasan beliau yang dijawab dengan baik oleh wakil-wakil kementerian berbeza.
Dalam mengiktiraf dan menghormati kedudukan wakil rakyat pembangkang pula, PMX semalam turut menekankan langkah Kerajaan Madani yang tidak melantik penyelaras politik di kawasan-kawasan Parlimen diwakili Pembangkang. Dari semasa ke semasa, tangan terus dihulur tanda kesediaan untuk menjalinkan kerjasama, sayangnya sering ditepis dengan kasar oleh yang tidak mahu bergerak ke hadapan. Perjanjian Persefahaman yang ditawarkan pun terus ditolak mentah-mentah oleh pimpinan utama Pembangkang tanpa timbang tara lanjut. Apakah ini sudah ditanyakan kepada wakil-wakil rakyat lain yang mungkin mempunyai pandangan berbeza?
Dalam soal membuktikan keberanian politik, seperti yang dibangkitkan oleh YB Fadhli, berapa kali harus Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan sikap dan keterbukaan beliau? Di pihak Kerajaan, sudah pun kita memberi respons kepada usul Dewan Pemuda sebelum ini; jika ada hasrat untuk mendesak PMX melepaskan jawatan, sila bawa ke Dewan Rakyat, bukan hanya di Dewan Pemuda atau Sidang Muktamar.
Tiada siapa yang berselindung di sebalik sebarang keterikatan yang menjerat seperti yang cuba digambarkan YB Fadhli. Persefahaman sejak awal yang membawa kepada penubuhan kerajaan hari ini jelas adalah berasaskan rundingan terbuka yang diikuti rapat oleh semua pemerhati sejak hari pertama. Diabsahkan juga menerusi undi percaya di Dewan Rakyat. Jika masih tidak yakin dan perlu ulang tayang, sila usulkan semula di Dewan Rakyat dalam persidangan akan datang. Gegak-gempita tanpa tindakan wajar tidak membawa sebarang hasil. Hanya riuh dan hingar untuk menimbulkan suasana bingit dalam medan politik tempatan.
Atau mudahnya kita simpulkan sahaja bahawa serangan-serangan yang dituju sekarang tidak lain hanya atas dasar mahu terus berpolitik tanpa sudah, kekecewaan ke atas diri sendiri, sindrom penafian, dan keinginan untuk kembali berkuasa semata-mata. Jika itu dasarnya; tidaklah mampu untuk kita halang mereka dari terus menyerang dan mencerca tanpa asbab sebegini.
Kerajaan Madani hanya akan terus bekerja sehingga mandat dipulangkan semula kepada rakyat kelak.
Nota kaki: Sudah-sudahlah mengukur politik dengan stereotaip seksis siapa lebih “jantan”. Yang diajar kepada kita dalam mengukur keupayaan memimpin bukannya aras ‘machismo’ seseorang, tetapi sifat junjungan besar kita; Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah.
Adam Adli Abd Halim
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
#AMKMalaysia
Laskar Q retweeted
“Percayalah, negara ini hebat kerana hebat rakyatnya. Negara ini potensinya lebih hebat jika kita berpakat mengangkat darjat Malaysia sebagai negara terhebat di dunia.”
- PMX @anwaribrahim, Amanat Perdana
Laskar Q retweeted
Dulu golongan B40 & miskin ini gaji tak sampai RM2,000.
Sekarang mereka dapat jana RM5,000 sebulan.
Kementerian Ekonomi bantu mereka dibawah program IPR Intan untuk uruskan 20 ekar ladang cili di Putrajaya.
Nak jadi peserta IPR Intan tak perlukan modal, tak perlukan pengalaman bertani.
Semua Kementerian bagi!
Jadi anda rasa bagus atau tidak Kementerian Ekonomi gunakan tanah kerajaan yang terbiar untuk bantu golongan B40 & miskin ini?
#B40 #Miskin #Putrajaya #ModernFarming #Petani #KementerianEkonomi #Ekonomi #MenteriEkonomi #RR #RafiziRamli #Rafizi #LadangCiliPutrajaya #Ladang #Cili #LadangCili
Laskar Q retweeted
Puak khawarij ni tuju Qunut Nazilah kepada kerajaan Malaysia.
Khawarij biadab ni melampau sungguh. @DSDrNaim mohon diusulkan gantung semua sekali khawarij biadab ni.
Laskar Q retweeted
Ayuh sebarkan salam dan kasih sayang. Jauhi kebencian dan perpecahan. Kita berkawan. Cintai Malaysia.
Untuk apa bermusuh dan bergaduh, sedangkan kita boleh bersatu padu dan kongsi teh secawan?
❤️💛💙🇲🇾🇲🇾🇲🇾
1/3
Laskar Q retweeted
Sebelum ada orang awam jadi korban insiden KK Mart dibaling bom petrol, ada baiknya Akmal Saleh ini ditangkap.
#TangkapAkmalSaleh
Laskar Q retweeted
Dalam harakah kenapa pulak pas takmau tulis kafir, tapi tulis non-Muslim?
Alang2 suka panggil orang kafir, buang terus la perkataan non-muslim tu dari kamus harian pas.
Pas nak jaga hati sapa?
Laskar Q retweeted
Saya rasa, ini penjelasan paling jelas. Kredit kepada tuan badan yang menyebarkan, semoga beroleh pahala untuk menerangkan kebenaran.
1. Kerajaan PAS Kelantan ambil 16 undang-undang sivil dan jadikan ia sebagai undang-undang syariah.
Laskar Q retweeted
Kerajaan senada dengan rakyat memanjat syukur serta menjunjung kasih atas pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah.
Sesungguhnya, pandangan jauh lagi berwawasan yang dizahirkan oleh Duli Tuanku menerusi peranan penting baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati dan saksikan pada hari ini.
Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.
Kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Baginda sebelum ini yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik, telus, pemacuan ekonomi yang mampan serta memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan darjat hidup rakyat.
Ini juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan yang lebih baik untuk semua.
#MalaysiaMADANI
Laskar Q retweeted
PAS : Katanya tidak menyekat hak bukan Islam
Juga Pas : Mempertikai dalam sindiran hak bukan Islam mendapatkan kestabilan harga makanan
Laskar Q retweeted
Esok akan diadakan *SESI TOWN HALL BERSAMA YDP Klang* berkaitan isu banjir
Tarikh : 18hb December 2022 (Ahad)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Dewan Orang Ramai Taman Sentosa (Hadapan Public Bank)
Semua di jemput hadir untuk memberikan pendapat dan pandangan. Terima kasih.
Laskar Q retweeted
Selesai shja majlis ilmu, dia terus bergegas ke lokasi tanah runtuh utk ambil tahu perkembangn terkini & ringankn beban keluarga mangsa kejadian
- dari majlis ilmu
- tak sempat tukar baju, berbaju melayu
- berhujan
- tak lengah umumkn bantuan
Malaysia, anda tak rugi dpt PM ini.











































