Pinned Tweet
Replying to @Soya_Cincau @evleaks
Bought Galaxy Flip 6 in Aug 2024 — by June 2025, display already failed. Samsung Service Center says NO WARRANTY due to a crack on the fold line. This is clearly a design flaw, not misuse. Please DO NOT BUY Samsung Flip! It's not worth the risk.
@SamsungMobile
@SamsungMalaysia
Līthium retweeted
Tok Mat-2023 : "Kita punyai pengalaman bekerja dengan PN. Kita mendapati adalah sangat bersukar berkerjasama dengan parti yang kewujudan nya dan perjuangan nya untuk menghapuskan UMNO selama-lamanya."
Tok Mat-2026 : "BN & PN Jalin kerjasama bukan bergabung"
Nak tanya la kan.
Muka² ni ke yang nak bawa "Penyatuan Ummah" ?
Tahun ni kata lain. Selang dua tiga tahun kata lain.
Mana prinsip? Mana consistency?
Mudah nya masyarakat tertipu dengan politik sampah mcm ni🤦
Līthium retweeted
Apa cerita Inisiatif Pendapatan Rakyat atau IPR ? 🤔
Takkan senyap je sebab tak berjaya ?
Insya Allah bermula minggu hadapan, saya akan kongsikan update bagi IPR dan banyak lagi inisiatif flagship Kementerian Ekonomi, SETIAP MINGGU ‼️
Nak tahu pelaksanaannya berjaya atau tidak, saya akan kongsikan kepada semua.
Līthium retweeted
Sebuah rekaman lama yg menyebutkan bahwa komputer off di tahun 2033...
Tehnologi berhenti ditahun tersebut??
Līthium retweeted
𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗔, 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗥𝗠𝟳𝟱𝟬 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗩𝗘𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗖𝗛𝗜𝗡𝗘 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗔𝗛
Naib Presiden PKR, R Ramanan menegur Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara live di depan rakyat Malaysia. Isunya mengenai satu projek membasmi kemiskinan, iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Boleh tonton teguran Ramanan kepada Dato’ Seri Anwar di video ini.
Serangan politik Ramanan menggunakan isu IPR dan vending machine ini tidak cerdik dari beberapa sudut.
Pertama - faktanya salah. Saya boleh saman terus dan menang. Tapi takkan la hidup kita ini kerja turun naik mahkamah bila ada orang yang secara berterusan menyerang kita.
Kedua - dari pengalaman saya, Inisiatif Pendapatan Rakyat ini agak popular dengan rakyat biasa. Menyerang IPR mengundang cemuhan. Awal-awal dulu bila Dato’ Seri Sanusi MB Kedah menyerang IPR dengan ceramah “gedegum”, berbulan-bulan dia kena troll.
Ketiga - ini program awal Kerajaan Madani yang mendapat pujian dari Perdana Menteri sendiri, sehingga dimasukkan dalam ucapan belanjawan dan ucapan-ucapan dasar yang lain. Menyerang IPR sama seperti memperlekehkan penilaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Faktanya begini:
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dilancarkan dalam tahun 2021, kerajaan pada masa itu memperuntukkan RM1.5 billion sehingga 2025 untuk membasmi kemiskinan.
Disember 2022, saya dilantik menjadi Menteri Ekonomi.
Dari zaman Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, tanggungjawab membasmi kemiskinan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (atau EPU) yang kemudiannya menjadi Kementerian Ekonomi.
Saya pun gembira sebab saya datang dari keluarga susah, jadi usaha basmi kemiskinan ini memang dekat dengan jiwa saya.
Cuma bila saya semak, pelaksanaan dasar basmi kemiskinan ini masih guna cara yang sama berdekad-dekad.
Contohnya: bagi duit berpuluh ribu untuk kelengkapan berniaga. Beli gerai berniaga, kelengkapan dan sebagainya. Tapi hasil itu belakang kira. Tanggungjawab kerajaan hanyalah bagi bantuan, apa nak jadi lepas itu nasib penerima.
Bila kami kaji kenapa program-program seperti ini, contohnya 1Azam yang dibuat semasa Dato’ Seri Najib dahulu tidak mencapai sasaran yang lebih tinggi, ada beberapa diagnosis:
1 - Matlamat program adalah bantuan yang diberikan supaya kerajaan kata kerajaan dah tolong. Kerajaan boleh umum kami dah agihkan RM1.5 billion kepada orang miskin, tetapi matlamat utama memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh masa yang panjang tidak tercapai
2 - Semua risiko perniagaan ditanggung oleh penerima yang memang miskin. Dia kena cari tempat berniaga, dia kena tanggung risiko pemasaran, semua risiko perniagaan dia tanggung.
Akhirnya, puluhan ribu yang diberikan untuk memulakan perniagaan banyak berakhir dengan kegagalan dan duit rakyat hangus. 5 tahun kemudian, kerajaan akan umum lagi RM1.5 billion untuk bantu orang miskin.
Ini masalah biasa dalam kerajaan. Niatnya betul, dasarnya betul tetapi pelaksanaan tidak berkesan. Pelaksaan tersasar dari matlamat kerana program design yang dipilih itu tidak mengambil kira semua perkara seperti risiko mengusahakan perniagaan kecil.
Dari situlah, konsep Inisiatif Pendapatan Rakyat dibangunkan dan ia adalah salah satu dari program terawal kerajaan yang dilancarkan pada bulan Februari 2023, sebelum pun jenama Madani dilancarkan.
Pendekatan berbeza: daripada matlamat mengagihkan wang semata-mata, IPR mesti memenuhi beberapa matlamat struktur:
1 - Aset itu mestilah kekal aset kerajaan supaya penerima hanya kekal dalam program selama 2 tahun, selepas itu kumpulan baru akan masuk
2 - Kayu ukur bukanlah dana yang diagihkan tetapi pendapatan yang diperolehi setiap bulan oleh peserta. Sasaran IPR ialah peserta mendapat pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan
3 - Program berbentuk memberi pekerjaan tetap kepada peserta, bukan memberi wang. Mereka tidak menerima wang dari kerajaan, sebaliknya mendapat gaji atau keuntungan dari mengusahakan aset kerajaan
Ada 3 kategori penjanaan pendapatan di bawah IPR, iaitu pertanian berkelompok di bawah INTAN, usahawan makanan di bawah INSAN dan pekerja perkhidmatan di bawah IKHSAN.
Strategi IPR juga serampang dua mata, iaitu:
Bagi INSAN, selain menambah pendapatan golongan miskin, ia juga membantu kos sara hidup masyarakat setempat dengan makanan dijual mestilah di bawah RM5.
Bagi INTAN, tujuannya juga menyediakan infrastruktur pertanian moden berskala besar di tanah-tanah kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan menarik lebih banyak pelaburan dan teknologi ke sektor pertanian.
Jumlah RM750 juta itu adalah bagi tempoh 2023 hingga 2025, iaitu 3 tahun.
Pecahan peruntukan ialah sekitar 50% kepada INTAN kerana membuka tanah untuk menyediakan ladang-ladang pertanian moden menelan belanja berjuta ringgit setiap projek, 30% kepada INSAN iaitu sewaan RM700 setiap bulan bagi setiap mesin vending dan 20% untuk IKHSAN.
Tuduhan Ramanan bahawa RM750 juta untuk mesin vending itu sudah tentu mengarut. Kiraannya mudah - bagi setiap peserta, kerajaan menanggung RM700 sebulan sebagai sewa. Jumlah sasaran penerima untuk tempoh 3 tahun ialah 4,900 di seluruh negara, jadi jumlah adalah RM82 juta.
Tetapi RM82 juta ini akan terus memanfaatkan penerima akan datang kerana mesin itu telah ada disitu di lokasi-lokasi strategik yang menjana ribu ringgit sebulan. Ia sama seperti kerajaan membina kedai-kedai di seluruh negara tetapi pada harga yang lebih murah.
Saya tahu saya akan terus diserang selepas ini. Program-program kerajaan Madani yang sebelum ini dilambung akan terus dibakul sampahkan oleh orang kerajaan sendiri, semata-mata kerana mereka tidak selesa dengan kritikan saya mengenai tata kelola, rekod SPRM dan tuduhan seperti mafia korporat.
Insya Allah selepas ini, saya akan membentangkan kembali usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Ekonomi dari dulu hingga sekarang untuk negara dan rakyat.
Kalau pun nak burukkan nama saya sebagai menteri terpaling gagal, janganlah sampai nak benamkan sumbangan satu kementerian utama seperti Kementerian Ekonomi.
Līthium retweeted
Sebab ni kot aku takde bakat jadi wartawan. Risau waktu interview muka aku macam brader belakang tu 😭
Līthium retweeted
Tudia makin di kecam makin ligat dia buat content mengarut dengan tengking2 orang depan customer.
Customer nak makan pun tak senang duduk dengar bingit2 dari abam kepala botak ni. Uncle kalau orang jenis ni tiba2 datang kedai char kuey teow uncle, berkicap kepala abam ni😅
Līthium retweeted
Kritikan Ramanan ke atas pelantikan Rafizi sebagai menteri yang ‘tidak bijak’ dengan memberi contoh inisiatif mesin layan diri nasi lemak sebagai satu bentuk kegagalan, disanggah oleh pemerhati.
Līthium retweeted
Fantastic photo by FMT.
JUST IN: Protesters disrupt Azam Baki’s speech at WTC event
A handful of protesters briefly disrupted MACC chief commissioner Azam Baki as he delivered a speech at an event here this afternoon.
One of them was heard shouting #TangkapAzamBaki
🎥 : Mandiri
Līthium retweeted
Terdapat satu gangguan berlaku ketika Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, sedang menyampaikan ucapan dalam Wacana Ilmiah Perdana di sini hari ini.
Insiden tersebut melibatkan dua individu yang secara tiba-tiba menjerit slogan berbunyi “Azam Baki... hipokrasi Anwar Ibrahim”, sekali gus mencetuskan suasana tegang seketika dalam majlis berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal dengan pantas oleh pihak penganjur dan keselamatan.
Azam Baki dilihat tenang dan profesional apabila meneruskan ucapannya seperti biasa tanpa terganggu oleh insiden tersebut. #AWANInews
Līthium retweeted
A perfect example of dumb politicians hired by @anwaribrahim. Stupidity is highly valued by PMX. Hence he got all those morons in…
These are the very reasons why RR speaks out loudly and criticizes.
Līthium retweeted
Dalam isu James Chai, soalan yang dibangkitkan sebenarnya mudah.
Jika beliau hanya seorang saksi, dan dalam kes-kes lain sebelum ini keterangan boleh diambil di luar negara, sama ada melalui video link atau saluran lain yang munasabah, mengapa dalam kes ini pendekatannya berbeza?
Apabila seseorang telah menawarkan kerjasama, tetapi semua pilihan lain tetap ditolak, rakyat berhak untuk bertanya.
Adakah ini semata-mata untuk mendapatkan keterangan?
Atau adakah terdapat pihak yang percaya bahawa tekanan fizikal dan psikologi boleh menghasilkan naratif yang lebih “berguna” untuk membina kes?
Bagi saya, reformasi bukan bermaksud kita menutup mata setiap kali institusi menggunakan kuasa.
Reformasi bermaksud kita menuntut agar kuasa itu digunakan secara konsisten, adil, dan tanpa intimidasi.
Jika standard berubah mengikut kes, maka persoalannya bukan lagi tentang seorang saksi semata-mata, tetapi tentang integriti keseluruhan proses.
Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM #42:
youtube.com/live/ABPgNUXVrew…
Līthium retweeted
It has been more than six months since FIFA imposed its first sanction against the Malaysian Football Association 🇲🇾 and the seven players who used their grandparents’ forged documents
More than six months, and still no one is able to answer a simple question: Who authorized this within the FAM? Who came up with the idea of forging documents?
The law of silence is a constant in football —primarily in Asia, I should say, given the dangers or political ramifications. And to believe that those responsible are simply at the federation or are merely part of the wave of resignations is wishful thinking: the network is as much about soccer as it is about politics.
We’ll come back to this, as doubts remain regarding the origins of other naturalized players...






















