Pinned Tweet
Insya-Allah sepanjang hari ini berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Semoga Seberat Tangan Tuan Pengarang dapat bersama-sama dengan karya-karya sasterawan dan wartawan seperti Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail dan Sasterawan Negara (SN), A Samad Said.
Kepada rakan-rakan yang mahu mendapatkan kumpulan cerpen saya, bolehlah singgah di reruai Tulus Kata.
#pbakl #PBAKL2026 #klibf #KLIBF2026 #seberattangantuanpengarang
🤖 Made with AI
510
Jangan tak tahu, kita pernah ada pilihan raya yang semua kerusi dimenangi tanpa bertanding, iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada 1971.
Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 20 September 1971, manakala PRN dijadualkan pada Oktober tahun itu.
Namun pada hari pencalonan, iaitu 5 Oktober 1971, Perikatan Sabah dianggotai Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) dan Persatuan Cina Sabah (SCA) memenangi semua 32 kerusi tanpa bertanding, sekali gus Datu Mustapha Harun dipilih semula sebagai Ketua Menteri.
Bayangkan PRN Sabah yang terkenal dengan pertandingan banyak penjuru, pernah alami semua calon daripada satu-satu pihak menang tidak bertanding.
Apa sebabnya, kita tunggu orang Sabah berceritalah.
Soalnya, apakah sejarah akan berulang di Sarawak, esok?
1
49
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐑𝐍 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚: 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤, 𝐮𝐧𝐝𝐢 𝐞𝐤𝐬𝐩𝐞𝐫𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚
1. Ramalan #PRNMelaka didominasi BN-PN, manakala PH (di sebalik kerjasama 'malu-malu' dgn BERSATU) akan terus dirundung nasib malang boleh hilangkan 'euforia' untuk telusuri PRN ini secara mendalam. Hanya saja kewujudan BERSAMA berikan sedikit keterujaan.
🤖 Made with AI
1
217
10. Setakat ini dari sudut pemilihan calon BERSAMA, tiada isu kontroversi terpalit, sedikit berbeza dengan #PRNJohor sebelum ini. Pengumuman calon dan DUN lebih awal memberikan ruang masa yang panjang untuk parti itu mempersiapkan calon. Ini pastinya akan jadi pendekatan dalam PRU16 nanti.
1
61
11. Apapun, keputusan yang paling menarik untuk ditunggu-tunggu ialah berapakah undi diperoleh BERSAMA, berapa banyak kerusi yang 'selamat' dalam erti kata wang deposit dan apakah ada kejutan berkait dengan parti itu? #PRNMelaka ini akan memberikan ukuran penting untuk melihat pengaruh Rafizi, daya tarikan ideanya dan kesediaan pengundi kepada BERSAMA sendiri.
75
Bolehkah DAP tumbang di salah satu daripada empat kubu kuat di Melaka? Tiga kerusi dimenanginya dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka 2021 mustahil untuk beralih, tetapi kerusi keempatnya disebut-sebut akan mengulangi Johor Jaya, Tangkak, Jementah dan Perling dalam PRN Johor serta Chennah dan Repah di PRN Negeri Sembilan.
1. Kota Laksamana: DAP menang dengan majoriti paling besar di sini, iaitu 11,494 undi, bukan hanya rekod parti, malah semua parti. Jadi ini paling selamat di atas kertas. Pengundi Cina merangkumi kira-kira 79 peratus dengan orang Melayu kurang 20 peratus. DAP berdepan MCA dan BERSAMA, tetapi dengan jumlah majoriti lima angka, parti yang sinonim dengan Datuk Seri Rafizi Ramli itu masih belum menjadi alternatif yang menggugat.
2. Kesidang: DAP juga menang majoriti lima angka, iaitu 10,237 undi dengan pengundi Cina sekitar 56 peratus berdasarkan data Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Sekali lagi DAP akan berdepan dengan BERSAMA, tetapi lawannya bukan parti Cina, tetapi WAWASAN. Namun dengan majoriti besar itu, DAP mudah mempertahankan kerusi ini.
3. Bandar Hilir: Juga kubu DAP yang kuat dengan majoriti 7,778 undi tetapi berdepan musuh tradisinya, MCA dan sekali lagi BERSAMA. Namun, kerusi ini dijangka dapat dipertahankan DAP tetapi sudah tentu dengan majoriti yang lebih kecil.
4. Ayer Keroh: Kita sampai kepada kerusi yang disebut-sebut boleh beralih dan jika berlaku, maka misi PH untuk merampas kembali dengan satu lagi sekutu 2018, iaitu BERSATU akan bermakna gagal. Dengan komposisi pengundi pada 2022 hampir seimbang, iaitu 47.6 peratus Cina; Melayu (42.4 peratus) dan dan India (8.3 peratus), DAP berdepan tugas sukar untuk mempertahankannya meskipun majoriti undi secara relative masih besar, iaitu 5,624 undi.
Dan DAP sekali lagi berdepan dengan satu lagi musuh tradisinya, GERAKAN yang dalam misi mencari kerusi DUN pertama. Jika BERSAMA boleh memecah undi PH, BERSATU pula dilihat boleh bertindak sedemikian tetapi rekod prestasinya dalam dua PRN sebelum ini tidak berpihak kepada parti itu.
100
Setelah nama disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR, maka calon-calon inilah yang akan berentap di padang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2026.
Mereka bukan sahaja menawarkan diri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bergelar Yang Berkhidmat (YB), bahkan gabungan atau parti yang bakal mentadbir atau membantu gabungan yang akan menerajui kerajaan negeri atau sekurang-kurangnya menjadi pembangkang yang melaksanakan semak dan imbang.
Walaupun kita tahu sukar untuk kita mengharapkan keadilan dan kesaksamaan kerana realiti politik Malaysia, kita mengharapkan pengundi akan membuat keputusan bijak.
Selamat berkempen.
41
Senarai calon yang diumumkan gabungan/parti, bermula BERSAMA memecah tradisi pengumuman calon yang biasanya hampir dengan hari pencalonan, diikuti BN dan PH pada hari yang sama, begitu juga PN dan BERSATU juga memilih malam yang sama, iaitu malam tadi.
Senarai ini belum lengkap, biasanya akan ada calon Bebas mencuba nasib atau mungkin juga boleh memecah undi. #PRNMelaka #PRU16
1
47
Senarai calon-calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung. Esok hari penamaan calon, diikuti tempoh berkempen secara rasmi (walaupun gendang perang sudah dipalu lama sebelum ini).
PS: Ini baru cubaan. Dan belum lagi mengambil kira calon Bebas. Kalau anda suka, silakan like dan share. #PRNMelaka #PRU16
33
Rafizi dlm podcast YBM byk kali tekankan rakyat, pengundi makin cerdik. Jadi bila keluarkan statement pun, kena ada dalam minda tu ‘rakyat, pengundi makin cerdik’. Ya kita tahu dari segi organisasi, siapa presiden parti tapi kita pun tahu tanpa Rafizi dan Nik Nazmi, BERSAMA tak akan wujud.
Nik Nazmi Ditangkap Khalwat: Kami Hanya Ahli Biasa Dalam Parti - Rafizi
Nasib Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Parti Bersama Malaysia (Bersama) susulan pengesahan beliau ditangkap khalwat akan ditentukan menerusi proses dalaman parti.
#malaysiagazette #NikNazmi #BERSAMA #RafiziRamli
Video: Aqira Azemi
Berkongsi kisah-kisah kononnya di sebalik Kumpulan Cerpen Seberat Tangan Tuan Pengarang bersama moderator podcast Telaah, Sayed Munawar.
🚨 PERNAHKAH ANDA BAYANGKAN TEKANAN DI BILIK BERITA? youtu.be/ftD74bBhmbs?si=q4Fx… via @YouTube
1
3
116
Sesiapa yg berminat boleh klik s.shopee.com.my/AAHnhzPFZL
18
Kedudukan kerusi di Dewan Rakyat berdasarkan parti politik. PAS sebagai parti Islamis menduduki kerusi terbanyak, sekali gus mengulangi apa yang pernah berlaku di Turki pada 1995 apabila Refah memenangi pilihan raya dengan jumlah kerusi terbesar tetapi belum cukup memerintah secara sendirian. Begitu juga Islamis di Maghribi, iaitu PJD (Hizb al-Adalah wat-Tanmiyah) sebanyak dua kali. Dan parti Islamis kegemaran saingan PAS, AMANAH, iaitu Ennahda menang kerusi terbesar pada 2011 di Tunisia hingga perlu bergabung dengan parti sekular.
PS: Ada yang tegur mengenai jumlah kerusi ahli Parlimen BERSATU dan WAWASAN. Jumlahnya memang betul, setakat ini hanya enam ahli Parlimen yang menyertai parti baharu (baca: dijenamakan) itu.
1
390









