wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman) header
wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman) profile picture

Ruang sinema independent di Alam Budiman, Selangor. Kurator program: Dr. Norman Yusoff.

Malaysia
Joined December 2016
Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)Photo by wayang@BUDIMAN (@WayangBudiman)
Tayangan Larut Malam diteruskan Sabtu ini. #WayangBudiman akan melayarkan EVIL DEAD TRAP (1988) oleh Toshiharu Ikeda. Seorang perantara TV membawa sepasukan kru ke sebuah kilang usang bagi menyiasat 1 kes pembunuhan kejam seorang wanita setelah menerima pita rakaman pembunuhan.
1
1
66
Diinspirasi daripada tradisi subgenre ‘Giallo’ dan ‘slasher’ yang diadun dengan elemen seram alam ghaib. Tayangan bermula jam 11.59 malam. Percuma dan terbuka kepada semua. Jemput hadir.
25
Salam sinema. Oktober ini #WayangBudiman membawakan slot G. ARAVINDAN – PEREKAYASA CITRA KERALA. Slot retrospektif meraikan pengarah legenda sinema Malayalam, Govindan Aravindan, yang merupakan salah seorang perintis gerakan ‘Malayalam New Wave’ di Kerala, India.
1
2
1
412
Terakhir dalam slot slot G. Aravindan - Perekayasa Citra Kerala, Jumaat ini #WayangBudiman melayarkan CHIDAMBARAM (1985). Filem ini meneroka pelbagai aspek hubungan lelaki-wanita menerusi kehidupan tiga individu yang tinggal di sebuah pusat ternakan lembu.
1
29
Unsur alam dimanfaatkan untuk menyampaikan tema-tema seperti perasaan bersalah dan penebusan, kompleksiti kuasa dan kehendak, serta kelemahan manusia. Adaptasi cerpen karya C.V. Sreeraman. Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.
24
Salam sinema. #WayangBudiman membawakan slot SANDIWARA KELUARGA SHINJI SOMAI mengisi September ini. Slot retrospektif yang menghargai karya luar biasa pengarah Jepun Shinji Somai, yang kurang didendangkan dalam ranah sinema dunia.
1
1
2
230
Terakhir mengisi slot Sandiwara Keluarga Shinji Somai, malam ini #WayangBudiman melayarkan WAIT AND SEE (1998) oleh Shinji Somai. Kebahagiaan keluarga seorang broker saham tiba-tiba digoyahkan oleh kehadiran seorang lelaki tua selekeh yang mendakwa beliau adalah bapanya...
1
1
61
...yang telah lama terputus hubungan. Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan. Terbuka kepada semua, jemput hadir.
15
Salam sinema. Memulakan separuh kedua 2026, Julai-Ogos ini #WayangBudiman buka panggung dengan slot SUARA-POTRET PALESTIN. Slot khusus yang melayarkan filem-filem tentang Palestin serta perang dan konflik politik di sana yang dihasilkan dalam lima dekad yang berbeza.
1
1
2
553
Terakhir dalam slot Suara-Potret Palestin, Jumaat ini #WayangBudiman melayarkan WHEN I SAW YOU (2012) arahan Annemarie Jacir. Tareq dan ibunya tinggal di kem pelarian Jordan. Beliau mendambakan untuk pulang ke Palestin.
1
2
47
Hidupnya berubah bila bertemu sekumpulan pejuang penentang ketika cuba melarikan diri. Berlatarkan Jordan (1967) selepas Perang Arab-Israel ketiga, filem yang cukup menyentuh ini digarap dengan keindahan visual dan kepaduan lakonan. Tayangan percuma dan bertujuan pendidikan.
26
Tayangan Larut Malam diteruskan Ogos ini dengan filem ALLIGATOR (1980) arahan Lewis Teague. Seluruh Chicago digemparkan dengan insiden seekor buaya raksasa yang berkeliaran di sepanjang jalan, menyerang dan membaham mangsa-mangsa.
1
1
1
144
Seorang pegawai polis bersama seorang pakar reptilia telah ditugaskan untuk menghentikan insiden tersebut. Tayangan bermula jam 11.59 malam ini. Percuma dan terbuka kepada semua. Jemput hadir.
65