Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Pemilik kedai jual produk tembakau tanpa patuhi peraturan didenda
utusanborneo.com.my/2026/06/โฆ
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ Status Kemas Kini Masa Nyata โ Telus dan pantas! Anda boleh semak status tindakan aduan secara real-time.
โน๏ธ Panduan Komprehensif โ Dapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai Akta 852 terus melalui aplikasi.
Bersedia untk mainkan peranan anda demi komuniti yang lebih sihat
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
MyLapor direka khas untuk memberikan kemudahan penuh kepada anda melalui ciri-ciri utama ini:
๐ป Aduan Dalam Talian โ Proses aduan yang mudah, terus dari telefon pintar anda.
โฐ Bila-bila Masa โ Tiada had waktu. Nampak pelanggaran zon larangan? Terus lapor serta-merta.
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ฑ Satu Aplikasi, Pelbagai Fungsi: Kenali Ciri Utama MYLAPOR!
Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana modul terbaharu di MySejahtera ini berfungsi?
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ข Akan Datang di Aplikasi MySejahtera: Modul MyLapor!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal memperkenalkan modul *MyLapor,* sebuah modul aduan merokok berpusatkan rakyat secara masa nyata (real-time) menerusi aplikasi MySejahtera.
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Lupus adalah penyakit auto-imun. Ini bermaksud sistem imun badan akan menyerang tisu atau organ dalam badan sendiri walaupun organ dan tisu ini tidak berbahaya.
Gejala yang terjadi bersama penyakit lupus ini boleh dikaitkan dengan organ-organ dalam badan kerana ia boleh menyerang pelbagai organ.
Walaupun penyakit lupus masih belum mempunyai rawatan khusus, namun demikian gejala-gejala penyakit ini boleh dirawat dan dikurangkan dengan ubat yang diambil atas arahan serta nasihat doktor.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ฆDenggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
๐Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Program IHH-KKM-PDRM Lungshield di The Grand Hall, University of Cyberjaya hari ini.
Penganjuran majlis ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dan KKM dalam memperkukuh sistem kesihatan yang inklusif serta melindungi rakyat, khususnya kanak-kanak dan remaja, daripada bahaya rokok, vape, dan ketagihan nikotin.
Tema sambutan tahun ini iaitu "Unmasking the Appeal, Countering Nicotine and Tobacco Addictionโ menekankan kepentingan tarikan palsu produk tembakau dan nikotin yang sering dipromosikan sebagai produk moden dan tidak berbahaya. Selari dengan tema ini, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] telah dilancarkan sebagai langkah penting Malaysia untuk mengawal selia produk rokok dan vape demi mencegah ketagihan.
Selain itu, KKM turut melancarkan Program IHH-KKM-PDRM LungShield. Ia merupakan satu kerjasama strategik antara IHH Healthcare Malaysia, KKM, dan PDRM untuk pengesanan awal penyakit paru-paru, terutamanya kanser, melalui saringan X-Ray dada dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Untuk fasa awal, inisiatif ini akan melibatkan seramai 10,000 anggota polis trafik. Pengesanan awal adalah sangat penting bagi membolehkan rawatan dimulakan lebih awal, sekaligus meningkatkan peluang kelangsungan hidup pesakit.
KKM menyeru seluruh lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, NGO, sektor swasta, dan media agar bersama kita melindungi generasi muda daripada ketagihan nikotin.
Bagi individu yang ingin berhenti merokok/ vape, KKM menyediakan pelbagai perkhidmatan berhenti merokok, termasuklah sokongan digital inovatif seperti Cik Era AI.
Turut hadir YBhg. Datoโ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan); YBrs. Dr. Ismuni Bohari, Timbalan Pengarah Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam); YDH CP Datoโ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik; YBhg. Tan Sri Datoโ Dr. R. Palan, Pro Canselor, Universiti Cyberjaya; YBrs. Prof. Dr. David Whitford, Naib Canselor, Universiti Cyberjaya merangkap Ahli Jawatankuasa Pemandu NTCC & Lung Health Summit 2026; YBrs. Encik Maha Ramanathan Palan, Pengarah Urusan Kumpulan, Cyberjaya Education Group Berhad; YBrs. Dr. Prem Kumar Nair, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, IHH Healthcare; Yang Berusaha Dr. Kamal Amzan, Ketua Pegawai Eksekutif, IHH Healthcare Malaysia; serta YBhg. Prof. Datuk Dr. Lekhraj Rampal, Penasihat, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC).
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ฉ๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฎ-๐๐๐ซ๐ฎ (๐๐ฉ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐) ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐๐
YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyempurnakan Majlis Penutup Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) Peringkat Lembah Klang 2026 di Dewan Hamzah, Majlis Bandaraya Diraja Klang baru-baru ini.
Beliau telah merakamkan penghargaan terhadap komitmen tinggi para penguat kuasa dalam memastikan kelancaran dan pematuhan pelaksanaan Akta 852, yang kini berdiri kukuh sebagai akta mandiri yang mengawal produk merokok secara komprehensif. Operasi bersepadu selama dua hari dari 9 hingga 10 Mei ini melibatkan 366 pegawai diberi kuasa, merekodkan kejayaan pemeriksaan di 5,361 buah premis berserta pengeluaran 2,238 notis kompaun yang bernilai keseluruhan RM 454,450. Pelaksanaan akta dan operasi ini amat bermanfaat kepada rakyat Malaysia kerana ia bermatlamat untuk melindungi kesihatan awam secara telus, memastikan persekitaran harian rakyat kekal selamat daripada bahaya asap rokok. Selain in itu, keberkesanan regulasi KKM ini turut dikagumi negara luar, meletakkan Malaysia sebagai perintis penjagaan kesihatan awam yang holistik.
Penganjuran operasi dan hala tuju penguatkuasaan terbaharu KKM ini sangat selari dengan gagasan Malaysia MADANI, khususnya di bawah teras Daya Cipta (Inovasi) dan pembinaan kesejahteraan rakyat. Sebagai inisiatif serampang dua mata, Dr. Ismuni mengumumkan pelan pelancaran sistem digital "MyLapor" yang mengadaptasi penggunaan teknologi berasaskan GPS yang bersepadu. Usaha proaktif ini menepati gagasan MADANI dengan mendemokrasikan proses penguatkuasaan; orang awam kelak diangkat peranannya untuk melaporkan kesalahan merokok secara terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat hanya melalui gambar, sekali gus memelihara keselamatan pelapor dan memacu penguatkuasaan yang lebih bersasar. Integriti barisan penguat kuasa yang bertugas melindungi nyawa rakyat juga mencerminkan teras keprihatinan yang utuh.
Majlis penutup ini turut diserikan dengan acara penyampaian anugerah kecemerlangan kepada barisan pegawai dan Pejabat Kesihatan Daerah yang mencatatkan pengeluaran notis kompaun tertinggi, sebagai tanda pengiktirafan buat warga kerja yang gigih menegakkan undang-undang KKM.
Turut hadir YBhg. Datin Dr. Haliza binti Abdul Manaf, Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya; YBrs. Dr. Thahiratul Asma' binti Zakaria, Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit), Bahagian Kawalan Penyakit; YBrs. Dr. Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor; YBrs. Ts. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh, Ketua Sektor Inspektorat dan Perundangan, KKM; serta Encik Azmi bin Muji, Pengarah Jabatan Kesihatan, Majlis Bandaraya Diraja Klang.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Salam ๐ฒ๐พ MADANI โค๏ธ
Saya mengambil maklum keputusan Mahkamah Majistret Putrajaya baru-baru ini yang mensabitkan seorang pempengaruh tempatan atas kesalahan mempromosikan produk merokok di media sosial.
Keputusan ini meletakkan satu penanda aras undang-undang atau 'precedent case' yang amat signifikan dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].
๐ Mesej KKM adalah jelas:
โช๏ธ Larangan pengiklanan, promosi atau tajaan produk merokok (termasuk vape) adalah MUTLAK di bawah Seksyen 9(1).
โช๏ธ Undang-undang terpakai kepada SEMUAโstatus selebriti atau populariti bukan tiket untuk melangkaui undang-undang.
Namun, harus diingat...
๐ Tindakan mahkamah dan penguatkuasaan adalah langkah terakhir (last resort).
๐ Saya menyeru rakan-rakan pempengaruh dan pemilik perniagaanโjadilah sebahagian daripada penyelesaian.
๐ Jangan jadikan platform anda ruang untuk menormalisasikan bahan yang memudaratkan paru-paru anak bangsa.
โค๏ธ Bersama kita membina Malaysia ๐ฒ๐พ yang lebih sihat โจ
#MalaysiaMADANI #KKMPrihatin #Akta852 #OpsSelamatPaPa
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya, hari ini, atas kesalahan mempromosikan produk rokok elektronik (vape) di saluran podcast miliknya, 2 tahun lalu.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #ShuibSepahtu #RokokElektronik #PromosiVape
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(3) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
#AWANInews #AWANI745
astroawani.com/berita-malaysโฆ
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya, hari ini, atas kesalahan mempromosikan produk rokok elektronik (vape) di saluran podcast miliknya, Dol's Podcast, dua tahun lalu.
Berita penuh: bharian.com.my/hiburan/selebโฆ
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ฃ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐! ๐ญ
Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, mari kita sama-sama memastikan kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kekal bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok ๐๏ธ
KLCC adalah salah satu daripada tempat yang telah diwartakan sebagai KAWASAN ATAU TEMPAT LARANGAN MEROKOK di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]๐ชง
Hormati undang-undang dan kesihatan awam ๐ณ
Terima kasih atas kerjasama anda ๐ช๐ปโค๏ธ๐ฒ๐พ
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ASEANSummit2025 #MyASEAN2025 #ASEANMalaysia
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ฃ ๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐ ๐๐๐-๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐! ๐ญ
In conjunction with the 47th ASEAN Summit, let us all ensure the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) remains as non-smoking area ๐๏ธ
KLCC is one of the places gazetted as a NON-SMOKING AREA OR PLACES under the Control of Smoking Products for Public Health Act 2024 [Act 852]๐ชง
Respect the law and public health ๐ณ
Thank you for your cooperation ๐ช๐ปโค๏ธ๐ฒ๐พ
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ASEANSummit2025 #MyASEAN2025 #ASEANMalaysia
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐: "๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐"
Saksikan siaran langsung Pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ข๐ ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ ๐๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ, ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐๐-๐๐, ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Intipati jawapan YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan kepada soalan dalam pertanyaan lisan berkenaan keputusan Kerajaan berhubung pengharaman rokok elektronik (vape) yang kini memberi kesan buruk kepada kesihatan awam serta meningkatkan beban kos rawatan penyakit berkaitan rokok.
๐ฒ๐พ KKM komited memperkukuh penguatkuasaan dan menggerakkan seluruh rakyat Malaysia ke arah mencapai negara bebas amalan merokok menjelang 2040.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ข๐ญ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐๐๐!
Tema โUdara Bersih, Rakyat Sihatโ membawa mesej bahawa kesejahteraan rakyat bermula dengan udara yang kita hirup setiap hari.
Kualiti udara yang baik bukan sahaja mengurangkan beban penyakit, malah meningkatkan tahap kesejahteraan komuniti dan menyokong pembangunan negara secara menyeluruh.
๐ฑ Amalan mudah seperti mengurangkan pembakaran terbuka, menggunakan pengangkutan awam, serta mengitar semula sisa mampu memberi impak besar kepada kualiti udara.
โจ๐จ Setiap langkah kecil ke arah kelestarian akan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat dan lestari untuk generasi akan datang.
๐ค Mari bersama menjadikan udara bersih sebagai warisan berharga demi kesihatan rakyat dan kesejahteraan bumi tercinta.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
๐ญ ๐๐ฉ๐ฌ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐๐ซ๐ฎ-๐๐๐ซ๐ฎ ๐๐ข๐ก๐๐ญ, ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐
1 Oktober 2025 โ 1 Oktober 2025 menandakan pelaksanaan penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyertai Ops Selamat PaPa di Putrajaya sebagai simbolik bermulanya penguatkuasaan menyeluruh.
Bermula 1 Oktober 2024 sehingga 30 September 2025, sebanyak:
๐ช 400,477 premis diperiksa
๐ฎโโ๏ธ 20,989 operasi dijalankan
๐ 126,531 notis dikeluarkan di bawah Akta 852
๐ 966 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan tidak boleh dikompaun
Mulai hari ini, tindakan tegas akan dikenakan di bawah Akta 852 termasuk:
i. Seksyen 3 - Pendaftaran produk merokok
ii. Seksyen 10 โ Menjual atau mempamerkan produk merokok yang tidak mematuhi kehendak yang ditetapkan
iii. Seksyen 15 โ Mengilang, mengimport atau mengedar produk merokok tidak mengikut kehendak pembungkusan dan pelabelan.
Pelaksanaan operasi ini akan diteruskan secara strategik dengan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, bagi
memastikan keberkesanan penguatkuasaan Akta 852.
๐ Sebarang kesalahan boleh dilapor melalui WhatsApp 010-8608949 atau laman rasmi jomlapor.com.
๐ฒ๐พ KKM menyeru semua lapisan masyarakat agar dapat bersama menjayakan penguatkuasaan penuh Akta 852 ini demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat dan generasi masa hadapan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #Akta852
Sektor Inspektorat & Perundangan KKM retweeted
Sorotan Ops Selamat PaPa di sekitar Putrajaya bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di sekitar Putrajaya pada 1 Oktober 2025.
Bermula 1 Oktober 2025, pelaksanaan penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] mula dikuatkuasakan di seluruh negara.
๐ฒ๐พ KKM menyeru seluruh masyarakat untuk bersama-sama menjayakan penguatkuasaan Akta 852 demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan masa depan generasi akan datang.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #Akta852




































