Utk bacaan
Nak tau ganas tak ganas kes 1MDB kena tanya anak jati Pendang ini.
32 tahun kerja SPRM, pengalaman siasat 1MDB paling dia tak boleh lupa -
"Saya hampir mati sebab kes ini."
Masa DS Shukri dapat task ini, peluru hidup dihantar ke rumah dia.
Tapi ini biasa. Yg buat dia pelik ialah -
Semua saksi yg SPRM nak panggil akan diganggu oleh individu tak dikenali.
Depa tau mana?
Yg buat dia tambah pelik lagi - saksi² SPRM tu dalam masa sama akan kena panggil oleh pihak berkuasa atau pasukan beruniform lain.
Dah kenapa?
2x juga dia didatangi oleh seorg MP dari Utara offer dia -
"Habaq mai you nak apa?"
Satu hari dia nak pergi USA, tapi dia buat² macam nak pergi Arab Saudi, tapi bocor juga destinasi dia.
Di USA dia kena ekori. Dia terpaksa lari guna train supaya kalau kena culik banyak mata jadi saksi.
Sampai New York dia minta bantuan NYPD. Berminggu-minggu dapat perlindungan.
Masa menyorok di USA ini dia menangis.
Bukan sebab dia kena ekori, tapi sebab pegawai dia di Malaysia kena transfer, kena ugut dgn org atasan, yg kena tahan pun ada.
Ini yg mengesankan dia, lalu dia mohon bersara awal pada Julai 2016.
The rest is history.
56
Letih nak jawap...
Cuti Nurul Izzah tiada had masa - Fuziah
Tempoh cuti Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR tidak ditetapkan had masa, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Menurutnya, PKR tidak menetapkan tempoh tertentu untuk Nurul Izzah bercuti daripada tugas berkenaan kerana beliau mahu menyambung pengajian.
Artikel: sinarharian.com.my/article/7…
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #NurulIzzahAnwar #PKR #fuziahSalleh
15
Mohtar retweeted
Kepada semua Ahli Parlimen & ADUN di Malaysia-
Jangan anggap anda sedang memberikan jasa besar hanya kerana menjadi wakil rakyat. Anda menerima gaji, elaun, pencen atau ganjaran yang berkenaan serta pelbagai kemudahan yang dibiayai dengan wang rakyat. Anda bukan berkhidmat secara percuma.
Saya tertanya-tanya- jika semua Wakil rakyat & Adun hanya dibayar gaji pada paras pendapatan B40, tanpa elaun besar & pelbagai keistimewaan, berapa ramaikah yang masih sanggup menjadi ahli politik & benar-benar berkhidmat kepada kawasan masing-masing?
Hadir ke persidangan, berbahas, menuntut jawapan, menyelesaikan masalah kawasan & melaporkan prestasi kepada pengundi ialah tugas asas-bukan jasa, pengorbanan luar biasa atau pilihan mengikut keselesaan politik.
Jangan muncul hanya ketika pilihan raya, mengambil gambar ketika menyerahkan bantuan yang dibayar oleh pembayar cukai, kemudian mendakwa semuanya sebagai sumbangan peribadi. Wang kerajaan ialah wang rakyat, bukannya wang parti atau wakil rakyat.
Jika tidak mahu hadir, tidak mahu berbahas & tidak sanggup dipertanggungjawabkan, letakkan jawatan. Kerusi itu milik rakyat—bukan harta pusaka ahli politik.
Ingat- anda bekerja untuk rakyat. Rakyat ialah majikan anda, bukan peminta ihsan. Mandat rakyat boleh diberikan-& boleh juga ditarik balik.
@MYParlimen @sprgovmy @anwaribrahim @DrZahidHamidi @MuhyiddinYassin @abdulhadiawang @hamzahzainudin_
Good job Yb
RCI Tabung Haji: Apa La YB Kekal Duduk Dalam Dewan Rakyat. Patut Keluar Sekali La!
Ada yang tanya, “Kenapa YB dan geng BERSATU kekal duduk dalam Dewan Rakyat mendengar pembentangan Laporan RCI berkaitan Tabung Haji sedangkan mereka tiba-tiba tukar Mesyuarat Khas jadi sesi penerangan Menteri sahaja? Patut YB ikut Ahli-ahli Parlimen yang keluar tu”. Katanya lagi, “Mana boleh tiba-tiba tukar jadi penerangan Menteri sahaja pastu tak boleh bahas!”.
Jawapan saya mudah.
Surat yang saya terima daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) bertarikh 30 Julai 2026 menyatakan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan pada hari Selasa 11 Ogos 2026. Saya kongsikan surat tersebut di sini.
Dalam surat itu dinyatakan bahawa urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Khas adalah Penerangan daripada Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berhubung Laporan RCI Tabung Haji.
Surat itu turut menyatakan bahawa Speaker Dewan Rakyat “telah membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan mengenai Penerangan daripada Menteri”.
Jadi, cerita bahawa tiba-tiba format mesyuarat khas ditukar jadi sesi penerangan Menteri tidak seharusnya timbul kerana perkara tersebut telah dinyatakan di dalam surat yang dihantar oleh SUDR bertarikh 30 Julai 2026.
Cuma, kami di BERSATU berpandangan bahawa tempoh perbahasan satu hari adalah terlalu singkat. Jadi, saya menghantar surat kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen supaya sesi dilanjutkan kepada sekurang-kurangnya dua hari. Namun, sesi masih ditetapkan sehari tetapi telah ditiadakan waktu rehat.
Bagi kami ahli-ahli Parlimen BERSATU, ruang untuk berbahas, mendapatkan penjelasan dan memberi pandangan dalam isu berkaitan Tabung Haji adalah amat penting dalam memikul amanah sebagai Ahli Parlimen.
Kami buat persediaan rapi. Setiap daripada kami membaca Laporan RCI Tabung Haji dengan teliti. Kami adakan sesi perbincangan untuk meneliti perkara-perkara utama yang hendak disentuh. Fakta-fakta yang ada juga disemak.
Kami bukan sahaja ingin melihat tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat serta usaha dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam Tabung Haji. Tetapi kami juga mahukan supaya perbahasan RCI Tabung Haji ini menjadi titik tolak bagi mewujudkan perubahan besar kepada kawal selia untuk semua institusi yang mengumpul dan menjaga dana rakyat. Bukan sahaja Tabung Haji, tetapi juga institusi lain Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
23
Nampak warak
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 "𝗧𝗲𝗿𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵" 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗥𝗮𝘄𝗱𝗮
Tabung Haji membayar 𝗥𝗠𝟭.𝟱 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 kepada orang tengah untuk memajak 4 hotel di Madinah dan Mekah.
Urusniaga ini 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴-𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗮𝗰𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗸 𝗮𝘄𝗮𝗹, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 dan 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 kepentingan umat Islam Malaysia.
Persoalannya bagaimana kepimpinan Tabung Haji waktu itu 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 membayar upfront dengan nilai sebegitu besar 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 𝗥𝗠𝟭.𝟱 𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻, jaminan pelaburan yang disandarkan 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗲𝗽𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗼𝘁𝗮 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶.
Gabungan mantap Najib Razak and Azeez Rahim dari Ameno. Bravo!
22
Mohtar retweeted
5 kali Gabenor BNM, TS Zeti utus surat amaran kpd Jamil Khir & Azeez Rahim peringat depa tentang kewangan TH kini dalam masalah bila asetnya lebih rendah dari tanggungan/liabiliti.
TS Zeti sebenarnya tak perlu pun peringat TH, sebab TH bukan bawah kawalan BNM.
Tapi mungkin sayang punya pasai.
5 kali peringat, 5 kali surat masuk bakul sampah.
Akhirnya hujung 2017 - Aset TH ada RM70.3 bilion, manakala liabiliti RM74.4 bilion.
Akta TH kata kalau nak bagi hibah aset kena lagi tinggi dari liabiliti.
Dari sini idea kreatif perakaunan mai!
Terbaik, Teruskan memberi penjelasan
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
𝟭𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗟𝗨𝗡𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗜𝗧𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗝𝗜
Penstrukturan kewangan Tabung Haji yang diluluskan kerajaan pada akhir 2018 bergantung kepada kemampuan dan kepatuhan Kerajaan Malaysia melunaskan komitmen kewangan kepada Tabung Haji apabila sampai tarikh matang.
Konsep kewangan untuk menyelamatkan Tabung Haji adalah seperti berikut:
i.Kerajaan Persekutuan, melalui sebuah syarikat milik penuh kerajaan bernama Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mengambil alih aset-aset Tabung Haji yang mengalami kerugian pada harga yang lebih tinggi dari nilai sebenar;
ii.Sebagai ganti, UJSB menerbitkan dua siri sukuk (kertas hutang) kepada Tabung Haji;
iii.Pada tarikh matang iaitu 2026 dan 2029, Kerajaan Persekutuan membayar kembali Tabung Haji untuk menggantikan kertas hutang itu sama ada dengan tunai atau aset pada nilai yang telah dipulihkan.
Perkara-perkara ini menjadi tumpuan dalam laporan RCI Tabung Haji di muka surat 107 hingga 137. Antara lain, laporan RCI memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
a)Langkah memindahkan aset-aset bermasalah Tabung Haji dan menggantikannya dengan satu instrumen sukuk (atas kertas, tanpa aliran tunai) adalah satu langkah sementara, semata-mata untuk membolehkan rizab Tabung Haji menjadi positif dan boleh terus membayar hibah (keuntungan);
b)Kerajaan perlu membuat peruntukan dari belanjawan tahunan untuk memastikan komitmen kerajaan itu dilunaskan bila tiba masanya, iaitu tahun 2026 dan 2029;
c)Aset atas kertas, melalui instrumen sukuk, menyebabkan aset dan pendapatan tahunan Tabung Haji (yang diakru dari sukuk) nampak lebih baik, tetapi ia tetap bergantung kepada sama ada wang atau aset yang setara disuntik kembali untuk menggantikan aset atas kertas ini apabila sampai tempoh matang.
Ketiga-tiga kerajaan (PH, PN dan PH-BN) telah meluluskan peruntukan bagi tujuan melunaskan sukuk sejak tahun 2019.
Semasa PH di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad, pada 5 April 2019, kerajaan meluluskan peruntukan sekurangnya-kurangnya RM17.8 bilion bagi menampung kekurangan penebusan sukuk UJSB. Perkara ini disambung di dalam RMK12 (di bawah Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya percaya di bawah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam RMK13.
Walau bagaimana pun, komitmen kewangan untuk memulihkan Tabung Haji mengikut pelan pemulihan di bawah UJSB ini nampaknya tidak dipatuhi.
Setakat ini, hanya RM500 juta dibayar kepada Tabung Haji untuk menebus sukuk UJSB itu (seperti penemuan Suruhanjaya Diraja).
Pada tahun 2021, di bawah Perikatan Nasional, jumlah yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM1.5 bilion tidak dibayar kepada Tabung Haji, atas alasan wang diperlukan untuk pemulihan ekonomi akibat Covid19.
Kita semua sedia maklum berbilion ringgit diperuntukkan untuk projek-projek di bawah Jana Wibawa yang kemudiannya disiasat akibat amalan rasuah, sedangkan peruntukan itu sebahagiannya telah diberi komitmen kepada Tabung Haji.
Terkini, di bawah pentadbiran Madani, sekali lagi kerajaan tidak membayar sepenuhnya komitmen kewangan yang dipersetujui untuk memulihkan Tabung Haji.
Sukuk UJSB Siri 1 telah matang pada 29 Mei 2026.
Sewajarnya, kerajaan melunaskan komitmen untuk menebus sepenuhnya sejumlah RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada Tabung Haji, sama ada dalam bentuk tunai atau aset yang setara nilai.
Ini akan menggantikan sejumlah RM12.5 bilion aset Tabung Haji dari aset atas kertas yang tiada aliran tunai (sukuk UJSB) kepada aset yang ada aliran tunai dan cair (wang, saham, hartanah dan seumpamanya).
Walau bagaimana pun, dari jumlah RM12.5 bilion yang perlu dilunaskan, hanya RM965 juta adalah dalam bentuk hartanah (iaitu sebidang tanah di TRX dan tanah-tanah ladang di Sarawak).
Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baru, yang akan matang dalam tempoh sepuluh tahun (iaitu kerajaan perlu membayar Tabung Haji RM11.5 bilion dalam 2036).
Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026.
Oleh itu, sewajarnya perbahasan Parlimen esok mendapat penjelasan yang berterus terang daripada kerajaan ke mana wang berbilion yang diperuntukkan selama ini untuk memulihkan Tabung Haji telah pergi?
Sekiranya kerajaan sekarang dan selepas ini terus menangguhkan komitmen melunaskan sukuk UJSB ke masa akan datang (dengan terus menggantikan satu kertas hutang kepada kertas hutang yang baru), Tabung Haji akan terus berdepan dengan risiko kecairan aset dan aliran tunai di masa akan datang.
10 𝘖𝘨𝘰𝘴 2026
Bagi pihak 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
9
Mohtar retweeted
Setakat ini, aku tak rasa Nurul Izzah telah buat kerja yang baik sebagai Deputy President.
Bukan bermaksud dia tak buat apa-apa. Ada usaha yang baik. Tapi standard untuk Timbalan Presiden PKR sepatutnya jauh lebih tinggi daripada itu.
Kenapa?
1. PKR nampak lebih berpecah, bukan lebih bersatu.
2. Selepas pemilihan 2025, Nurul Izzah menang besar dengan 9,803 undi berbanding Rafizi 3,866. Tetapi kemenangan besar itu tidak menghasilkan consolidation yang sihat.
3. Menjelang Mei 2026, Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR. Reuters melaporkan Bersama menerima lebih 18,000 permohonan keahlian dan kira-kira satu pertiga datang daripada bekas ahli PKR. Beberapa pemimpin akar umbi turut keluar.
Seorang Deputy President tidak boleh dipersalahkan seorang diri.
Tapi kalau KPI dia adalah party cohesion, ini bukan keputusan yang bagus.
4. Dia belum berjaya menjawab persepsi “family party”
Presiden: Anwar Ibrahim.
Deputy President: anak Anwar Ibrahim.
Walaupun Nurul Izzah menang melalui election, persepsi political dynasty tetap wujud sejak pertandingan itu lagi.
Seorang reformist sepatutnya faham bahawa perception matters.
Maka selepas menang, dia perlu bekerja dua kali ganda untuk menunjukkan:
“I am here to democratise PKR, not inherit PKR.”
Aku belum nampak satu institutional reform yang cukup besar untuk mematahkan persepsi tersebut.
5. Sabah merupakan ujian sebenar. Resultnya teruk.
Ini paling susah hendak spin.
Nurul Izzah merupakan joint election director.
PKR bertanding 12 kerusi dalam PRN Sabah 2025.
Menang satu.
ONE!!!!!
PKR sendiri mengakui keputusan itu sebagai satu peringatan daripada pengundi.
Kalau kita bercakap tentang accountability, kita tak boleh gunakan standard berbeza hanya kerana kita suka seseorang.
Election Director mesti mengambil sebahagian tanggungjawab terhadap election performance.
Kemudian dia digantikan sebagai Election Director
Pada Mei 2026, Amirudin Shari mengambil alih tugas tersebut.
6. PKR menyatakan Nurul Izzah akan beralih kepada pembangunan capacity election machinery dan workflow.
Itu boleh jadi restructuring biasa.
Tetapi selepas keputusan Sabah 1/12, kita juga tak patut berpura-pura timing itu langsung tidak signifikan.
Grassroots nampaknya masih mempunyai masalah “being heard”
Ini sebenarnya lebih membimbangkan daripada orang keluar parti.
7. PKR MP Hassan Abdul Karim sendiri berkata beliau sudah berhenti cuba menghalang ahli daripada keluar kerana pemimpin gagal mendengar keresahan mereka.
Beliau menggambarkan PKR sebagai “hurt, wounded and critically injured”.
Kalau Deputy President membawa agenda grassroots empowerment, tetapi grassroots mengatakan leadership tidak mendengar mereka, ada disconnect yang serius.
Tapi aku akan beri credit pada Nurul Izzah dalam beberapa perkara. Dia memang cuba memperkenalkan training berkaitan governance, integrity dan compliance.
Dia juga cuba memperkemaskan election machinery, grassroots capacity dan penggunaan sistem serta data.
Pada Julai 2025, dia hadir dalam Walk to Safeguard Judicial Independence walaupun pendiriannya meletakkan PKR dalam keadaan agak awkward dengan kerajaan sendiri. Pemerhati ketika itu melihat kehadirannya sebagai kesinambungan semangat reformasi PKR.
Itu Nurul Izzah yang aku rasa reformists mahu lihat lebih banyak.
Bukan administrator parti.
Tetapi political conscience kepada parti.
Kalau aku jadi grassroots PKR, score aku bagi izzah lebih kurang 4/10.
Bukan gagal total.
Tapi certainly bukan successful Deputy President setakat ini.
Sebab bagi aku kerja No.2 bukan sekadar:
“Program telah dibuat.”
“Training telah dibuat.”
“Mesyuarat telah dibuat.”
“Machinery sedang diperkasakan.”
Itu activity.
Aku nak tengok outcome.
Adakah PKR sekarang lebih bersatu?
I DONT THINK SO!
Mohtar retweeted
PKR’S SELF-INFLICTED LEADERSHIP CRISIS-
@anwaribrahim @n_izzah @datoramanan @saifnasution @fahmi_fadzil -
I have followed PKR since its inception. When Nurul Izzah lost Permatang Pauh in GE15, I suspected that the party leadership would eventually find another route to rebuild her political position. Unfortunately, that route came at the expense of PKR’s own deputy president, Rafizi Ramli-& ultimately the party itself.
Permatang Pauh was never an ordinary parliamentary seat.
DSAI first won it in 1982 under Barisan Nasional. Following his dismissal & the birth of Reformasi, Wan Azizah defended the seat under PKR from 1999. DSAI returned through the 2008 by-election, Wan Azizah reclaimed it in 2015, & Nurul Izzah succeeded her in 2018.
More than two decades, Permatang Pauh was PKR’s political fortress & the symbolic home of the Reformasi movement. Yet in GE15, Nurul Izzah lost it to PAS candidate Muhammad Fawwaz Mohamad Jan by 5,272 votes.
That defeat should have triggered honest reflection: why did voters in PKR’s most symbolic stronghold reject its incumbent?
Nurul Izzah should first have rebuilt public confidence, strengthened the party machinery & proven her electoral appeal among ordinary voters. Instead, she returned through an internal contest against PKR’s sitting deputy president.
Nurul Izzah said she contested because of repeated requests from the grassroots & concerns about a possible leadership vacuum. But Rafizi ultimately defended his position. Once he confirmed his candidacy, what leadership vacuum remained?
She defeated Rafizi by 9,803 votes to 3,866 in May 2025. It was a valid party election result, but winning does not automatically make the decision to contest strategically wise.
DSAI was already entering his third & final permitted term as PKR president. If succession, stability & party unity had genuinely come first, Nurul Izzah could have waited.
Rafizi could have continued as deputy president until Anwar completed his term. Nurul Izzah could then have contested the deputy presidency as part of an orderly leadership transition. PKR could have retained both leaders.
Instead, it chose confrontation over continuity.
The consequences are now undeniable. After losing the party election, Rafizi resigned as economy minister, while Nik Nazmi also left the Cabinet after failing to retain his vice-presidency. Both eventually resigned from PKR, voluntarily vacated their parliamentary seats & took over Bersama, thereby creating a new political competitor for PKR. Reuters subsequently reported that Bersama received more than 18,000 membership applications, with about one-third reportedly coming from former PKR members. PKR therefore lost far more than two personalities- it lost two experienced, capable & reform-minded leaders, as well as other loyal members & grassroots figures who believed that the party was no longer consistently practising the reform & democracy it preached. This unnecessary internal contest damaged trust, intensified factional divisions, weakened PKR’s reformist identity & drove valuable political talent out of the party.
Now comes the bitter irony.
Barely 15 months after winning the deputy presidency, Nurul Izzah requested to step down. PKR’s central leadership did not accept her resignation & instead granted her temporary leave, with Saifuddin Nasution assuming her responsibilities.
She contested for the second-highest position, displaced the incumbent & helped set in motion a damaging internal confrontation. Yet after winning, she was largely missing from the national political scene & now wants to step away from the responsibility she fought to obtain.
So what exactly did PKR gain?
It lost Rafizi. It lost Nik Nazmi. It lost Wakil Rakyat's, experienced leaders & some genuine grassroots loyalists. It created a new political competitor, weakened confidence among reform-minded supporters & deepened internal divisions.
Now, the person elected to provide leadership wants to withdraw, while someone who did not win the position must perform her duties.
This is not succession planning. It is political mismanagement.
The "grassroots demanded it" explanation must also be scrutinised. Which grassroots-the ordinary voters who rejected PKR in its historic fortress, or the party delegates who later elevated Nurul Izzah to its second-highest position?
Losing Permatang Pauh should have led to rebuilding from the ground. It should not have become the starting point for repositioning through the top of the party.
DSAI cannot simply hide behind party democracy. As president, he had a responsibility to anticipate the consequences of an unnecessary contest between his daughter & his deputy. Even if he did not openly endorse either candidate, failing to prevent this avoidable collision was a serious error of political judgment.
Anwar must also examine the quality of advice he receives from those surrounding him. Blind loyalists, courtiers & political operators who tell a leader only what he wants to hear may protect their own positions-but they can eventually destroy the leader’s legacy & the party’s future.
PKR was founded as a reform movement. It must never be reduced to family succession, inner-circle control or the marginalisation of independent & capable voices.
I continue to support Anwar’s reform agenda & the Madani govt, but support does not mean remaining silent when the party commits a serious political blunder.
As someone who has followed PKR from its earliest days, I say this bluntly- PKR did not lose Rafizi, Nik Nazmi & other capable loyalists because of UMNO, PAS or Bersatu. It lost them because of its own arrogance, poor judgment & destructive internal politics.
The greatest threat facing PKR today may no longer be its political enemies. It is PKR’s growing ability to destroy its own talent-& then behave as though nothing serious has happened.
Mohtar retweeted
KISAH PKR, NURUL IZZAH DAN BATU
Apabila baca berita tentang pengunduran Nurul Izzah daripada jawatan Timbalan Presiden PKR hari ini, saya teringat satu babak penting yang berlaku sewaktu Pemilihan PKR 2025.
Bagi yang tidak tahu, waktu itu saya bertanding sebagai Timbalan Ketua AMK Batu di bawah “cai” atau kem Asheeq Ali dan menang semua kem kami.
Balik kepada cerita pemilihan. Sebelum pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, ada mesej daripada orang penting yang sampai kepada @asheeqali selaku Ketua Cabang Batu.
“Keluarkan kenyataan menyokong Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden”
Asheeq Ali terus menelefon saya minta jumpa di pejabat war room pemilihan.
“ ***** call aku suruh keluarkan kenyataan sokong Nurul Izzah sebagai calon Timbalan. Macam mana ni?”
Saya memang tidak setuju. Asheeq juga susah untuk buat demikian. Lama juga kami terduduk merenung memikirkan apa jalan keluarnya.
Setelah satu jam merenung jauh, Asheeq suruh saya sediakan sahaja kenyataan tersebut. Saya dengan berat hati menaip satu kenyataan media yang singkat yang mengatakan Asheeq Ali sebagai Ketua Cabang Batu menyokong Nurul Izzah sebagai calon Timbalan Presiden.
Saya tidak puas hati. Saya hantar kenyataan media dalam bentuk imej kepada Asheeq melalui whatsapp dan terus keluar dari pejabat lalu pulang ke UIA.
Asheeq tersenyum sahaja.
Bila saya semak pada malam itu, Asheeq masih belum memuatnaik kenyataan tersebut dalam mana mana sosmed beliau. Keesokan harinya pun sama. Saya mesej Asheeq dan tanya “Mana statement sokong Izzah?”
“Aku tak upload pon, aku hantar kepada orang yg minta aku keluarkan kenyataan ini je. Aku cakap done keluarkan”
“Alhamdulillah”, itu sahaja respon saya.
Dalam hati saya, “Hebat juga kita dapat manoeuvre”
7 Mei - Berita mengatakan 13 KC di Wilayah menyokong Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden. Nama Asheeq Ali turut tersenarai. Ada kawan baik kami yang “Geng Ayuh” sudahpun memuatnaik video menggelar semua KC yang terlibat dalam gerakan ini sebagai “barua”.
Saya terus tanya Asheeq, “Apa jadi mesyuarat dengan semua KC?”
Asheeq jawab “Kalau tengok minit mesyuarat, jelas kot yang aku bantah gerakan menyokong Nurul Izzah ni”
Saya kata tidak apa. Nasi sudah menjadi bubur. Jangan sesekali kita terlibat dalam permainan mereka lagi.
Sehingga hari ini sebenarnya tiada pun kenyataan media atau ucapan Asheeq selaku KC yang menyokong Nurul Izzah kecuali sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu. Itu cerita untuk hari lain haha.
Gerakan “menyusun” Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden waktu itu sebenarnya bukan disokong sepenuhnya oleh semua KC yang tersenarai pun.
Ada sahaja yang bantah dalam mesyuarat, ada yang mesej tetapi asalkan kamu bukan “orang rafizi” kamu akan tetap masuk senarai sokong Nurul Izzah.
Hari ini, Nurul Izzah membuat keputusan untuk mengundur dari jawatan Timbalan Presiden. Bazir sahaja usaha orang yang menyusun dengan begitu semangat pada waktu itu.
Kepada Nurul Izzah, nasi sudah menjadi bubur, saudari!
Mohtar retweeted
Penat je buat pemilihan.. sekali yang tidak bertanding yang di aturkan ke atas. Haritu nak sangat jawatan Timbalan Presiden sampai bermacam formula diatur, bila dah dapat, minta cuti pula 😆 Entah lah labu…. Macam tu je anggota di ayam ayamkan..
Beria-ia kempen... Akhirnya
Nurul Izzah mohon undur jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR beri cuti sementara – Fahmi
malaysiagazette.com/2026/08/…
16
Budu
Selamat pagi @fahmi_fadzil @n_izzah @datoramanan @kamilmunim .
Enjoy the time you have left in the gov.
67
Mohtar retweeted
Mungkin ada di antara komer yang akan kata Tok masih belum Move on. Tak apa lah. Ini sekadar recap dan pengajaran dalam berpolitik.
Secara personally, kejatuhan PH hari ini sebenarnya sudah dijangka sejak ketiadaan Rafizi dalam kepimpinan PKR.
Kena ingat, walaupun PKR bukanlah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam PH, secara umumnya PKR lah yang banyak membawa hala tuju PH.
Rafizi pula merupakan antara individu penting dalam mengatur strategi dan naratif politik PH.
Bila Rafizi tiada dalam kepimpinan, maka jatuhlah PH dengan sehina-hinanya. Reality hari ini 💯
Di Sabah, beria-ia buat pelancaran jentera tanpa Rafizi, sedangkan ketika itu beliau masih memegang jawatan Timbalan Presiden. Apa jadi? Ghuyup✅
Di Johor, BN mula ambil langkah untuk tidak bekerjasama dengan PH. Apa jadi? Ghuyup✅
Di Negeri Sembilan pula, BN bekerjasama dengan PN. Apa jadi? Ghuyup✅
Semua ini berlaku kerana kelekaan pemimpin PH terutama Anwar Ibrahim yang terlalu mengejar political stability dengan UMNO.
Akhirnya, penyokong sendiri pun lari dan memilih untuk mengundi parti lain.
Rafizi pernah kata.:
"Menang tak tentu, tapi PKR (PH) kalah, insya-Allah."
Maka jadilah apa yang pernah diungkapkan Rafizi tempoh hari.
Kadang² dalam politik, kita tak boleh terlalu yakin dengan kestabilan yang dibina atas percaturan politik semata-mata.
Kestabilan Politik yang sebenar adalah datang dari sokongan rakyat ✅
Sekian
Tok. Hang
#TSR





























