
#YNWA (You’re Nothing Without ALLAH)
Malaysia
Joined April 2010
- Tweets59.1K
- Following499
- Followers5.4K
- Likes17.4K
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan merasmikan Makamakan di Muzium Tekstil Merdeka, Look At 118, Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Makanan bukan sekadar hidangan di atas meja. Ia membawa cerita, warisan dan kenangan, malah menjadi penghubung yang mendekatkan kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun berbeza kaum, agama dan budaya.
Sebab itulah saya tertarik dengan konsep Makamakan yang menghimpunkan masakan Melayu, Cina dan India dalam satu ruang. Inilah keistimewaan Malaysia yang perlu kita hargai dan terus pelihara, dengan kepelbagaian menyatukan kita.
Saya juga berharap kita dapat menikmati rezeki yang ada dengan lebih bertanggungjawab. Jangan biarkan makanan yang masih elok dibazirkan. Sebaliknya, kita perlu membudayakan amalan berkongsi rezeki dan mengurus sisa makanan dengan lebih bijak demi kelestarian alam sekitar.
Tahniah kepada Serai Group atas usaha mengangkat kekayaan cita rasa tempatan. Saya berharap Makamakan bukan sahaja menjadi tempat untuk menikmati makanan, tetapi juga ruang untuk kita saling mengenali, menghargai budaya dan mengeratkan perpaduan.
Semoga Makamakan terus berkembang maju dan menjadi antara tarikan gastronomi kebanggaan negara, khususnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Mudah-mudahan, setiap hidangan yang dikongsi di sini turut menyemarakkan semangat perpaduan dan Malaysia MADANI yang kita cintai bersama.
#Makamakan
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Kuala Lumpur | 20 Oktober 2026 | Selasa
Hari ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Bilangan 2 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara berkaitan hal ehwal perpaduan serta inisiatif-inisiatif baharu yang dapat diambil oleh kerajaan ke arah memperkukuhkan lagi integrasi antara kaum serta membina masyarakat Malaysia yang inklusif, bersatu padu dan harmoni.
Pada mesyuarat berkenaan saya menegaskan bahasa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi asas penting kepada kestabilan dan masa depan negara. Dalam mendepani cabaran dunia moden serta kehangatan lanskap digital hari ini, kita seharusnya terus mempertahankan keharmonian menerusi penghayatan nilai saling memahami, menghormati, dan menerima antara satu sama lain.
Perpaduan tidak hadir secara automatik, sebaliknya ia memerlukan usaha berterusan serta keikhlasan daripada segenap lapisan masyarakat iaitu daripada peringkat kepimpinan, sektor awam dan swasta, sehinggalah ke akar umbi.
Belanjawan 2027 turut menyaksikan pengumuman berkaitan perpaduan melibatkan peningkatan Geran Rukun Tetangga (KRT) bagi setiap KRT berdaftar yang aktif dari RM6,000 ke RM10,000 iaitu naik sebanyak 66.7%.
Peningkatan ini diharap dapat memberi lebih ruang kepada KRT untuk memperbanyak aktiviti kemasyarakatan, mengeratkan hubungan kejiranan dan memperkukuh perpaduan di peringkat akar umbi.
Saya turut menyentuh mengenai Persidangan Negara Bangsa yang akan diadakan dari 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di PICC, Putrajaya. Persidangan ini merupakan platform yang penting untuk membincangkan cabaran pembinaan identiti nasional dalam masyarakat majmuk.
Terdapat ahli MPPN yang terlibat secara langsung dalam persidangan ini. Saya mengajakk semua ahli MPPN hadir ke Persidangan Negara Bangsa agar persidangan ini dapat menghasilkan sumbangan yang bermakna kepada usaha memperkukuh perpaduan nasional dan membina sebuah negara bangsa yang stabil, inklusif serta berdaya tahan.
Dalam mesyuarat ini, pelbagai perkara berkaitan agenda perpaduan turut dibincangkan, termasuk Program JALIN dalam Kalangan Komuniti Etnik Subpan di Lahad Datu, Sabah.
Saya menghargai komitmen dan pandangan bernas semua Ahli MPPN. Saya yakin kerjasama erat antara kerajaan, agensi dan masyarakat akan terus menjadi kekuatan dalam memelihara keharmonian negara.
Perpaduan ialah kekuatan kita. Tanggungjawab kita bersama adalah untuk terus memelihara keharmonian dan membina Malaysia yang bersatu padu, aman dan sejahtera.
#MPPN2026
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Ke-36 di Kementerian Ekonomi, Menara Prisma.
Mesyuarat turut dihadiri YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi; Menteri Ekonomi, YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Exco Kerajaan Negeri Johor yang terlibat.
#TPMFY
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMADANI
Putrajaya | 19 Oktober 2026 | Isnin
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan mempengerusikan Mesyuarat Bil. 2/2026 Jawatankuasa Induk Konvensyen Parti PBB Sarawak Zon Selatan bagi menyelaras persiapan menjelang konvensyen yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2026 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).
Mesyuarat memberi tumpuan kepada persiapan, penyelarasan perjalanan program serta peranan setiap jawatankuasa bagi memastikan konvensyen berjalan lancar, teratur dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Konvensyen ini bukan sekadar perhimpunan parti, tetapi juga menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan, memantapkan kesepakatan dan menyelaraskan hala tuju perjuangan demi kepentingan rakyat serta masa depan Sarawak.
Kita mahu memastikan seluruh kepimpinan dan akar umbi terus bergerak seiring dalam mendukung agenda pembangunan Sarawak yang maju, makmur, inklusif dan mampan di bawah kepimpinan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak.
Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas komitmen dan kerjasama. Insya-Allah, dengan semangat Segulai Sejalai, kita jayakan konvensyen ini bersama.
#KonvensyenPBB2026
#PBBZonSelatan
#SegulaiSejalai
#SarawakMajuMakmur
(18 Oktober 2026)
Misiah Taib retweeted
Hari ini, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Memperkasa Pembelian dan Penggunaan Produk Tempatan yang menghimpunkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh agenda mengutamakan produk tempatan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, termasuk memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan agenda produk tempatan, menyeragamkan penggunaan logo Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA), meneliti isu keberadaan serta lambakan entiti dan produk asing dalam pasaran tempatan, serta perkembangan penggubalan perundangan baharu berkaitan e-Dagang.
Antara fokus utama mesyuarat ialah:
🔹 Memelihara kepentingan peniaga dan PMKS tempatan — Memperkukuh penyelarasan dasar, meneliti kerangka perundangan serta meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan persaingan yang adil, termasuk dalam perdagangan digital dan berhubung kemasukan entiti serta produk asing ke pasaran tempatan.
🔹 Memperkukuh tadbir urus dan penyelarasan — Meningkatkan kerjasama antara kementerian dan agensi bagi memastikan pelaksanaan inisiatif produk tempatan lebih tersusun, bersepadu dan berkesan.
🔹 Memperluas impak JOM MALAYSIA — Menyeragamkan penggunaan logo JOM MALAYSIA dalam program promosi produk tempatan, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dicadangkan menyelaras panduan penggunaan, pemantauan dan pelaporannya.
🔹 Memperkukuh ekosistem e-dagang — Memberi perhatian kepada penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menyokong persekitaran perdagangan digital yang lebih teratur, telus dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira kepentingan peniaga, PMKS dan pengguna.
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2027, peruntukan RM10 juta bagi JOM MALAYSIA akan membuka peluang untuk membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital serta pasaran luar negara.
Inisiatif ini diharap dapat membantu usahawan desa dan PMKS memperluas capaian pasaran, meningkatkan penyertaan dalam ekonomi digital dan menembusi pasaran antarabangsa.
Mengutamakan produk tempatan ialah tanggungjawab bersama. Agenda ini memerlukan pendekatan whole-of-nation yang melibatkan kerajaan, industri, PMKS, peruncit, pemborong, platform digital dan pengguna.
Matlamat kita jelas untuk memastikan peniaga tempatan mendapat peluang yang adil untuk bersaing, perniagaan mereka terus berkembang dan produk Malaysia mendapat tempat yang lebih luas di pasaran.
Marilah kita bersama-sama menyokong, membeli dan menggunakan produk tempatan demi memperkukuh ekonomi negara serta membina ekosistem perniagaan Malaysia yang lebih mampan dan berdaya saing.
Beli Produk Malaysia. Sokong Usahawan Tempatan. Perkasa Ekonomi Negara.
#JomMalaysia
#MalaysiaMADANI
(15.10.2026)
Misiah Taib retweeted
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Pagi ini berkesempatan bersama 50 pelajar UPM Sarawak dan 20 pelajar UNIMAS dalam sesi dialog santai yang cukup bermakna. Saya hadir untuk mendengar dan belajar daripada anak muda kita.
Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, membina perpaduan ummah memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Perbezaan fahaman jangan sampai menjauhkan kita daripada tanggungjawab bersama.
Apabila ekonomi negara berkembang, kita juga perlu bertanya, sejauh mana umat Islam turut maju dan mendapat manfaat daripadanya?
Untuk berjaya di dunia dan akhirat, kita memerlukan ilmu yang membina kehidupan serta ilmu yang membimbing hati. Kedua-duanya perlu berjalan seiring agar kemajuan yang kita usahakan membawa kebaikan dan keberkatan.
Segumpal daging yang bernama hati; apabila baik hati, maka baiklah seluruh diri. Jagalah hati, luruskan niat dan perbaikilah akhlak dalam setiap langkah kehidupan.
Secanggih mana pun teknologi, manusia tetap bertanggungjawab menentukan arah penggunaannya.
Ilmu perlu dipandu oleh nilai, amanah dan pertimbangan yang baik agar teknologi benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.
Turut dibangkitkan ialah keperluan masyarakat luar bandar, khususnya capaian internet dan sambungan digital. Perkara ini dekat dengan kehidupan anak muda kita, kerana akses yang baik membuka lebih banyak peluang untuk belajar, bekerja dan memperbaiki kehidupan.
Usaha Kerajaan Sarawak memperluas infrastruktur serta memberi tumpuan kepada pendidikan merupakan langkah penting dalam membuka peluang tersebut.
Pendidikan percuma bagi bidang terpilih juga perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk membina kepakaran yang diperlukan negeri.
Dalam masa yang sama, kita memerlukan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang kaunseling dan kesihatan mental untuk membantu anak muda menghadapi cabaran kehidupan.
Kita diingatkan bahawa Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Maka, mulakanlah dengan diri kita—perbaiki niat, tambah ilmu dan terus berusaha, walaupun dengan langkah yang kecil.
#P194PetraJaya
#SarawakMajuMakmur
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Alhamdulillah, menghadiri Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak turut ditemani isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi.
Hadir sama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Dalam majlis itu, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan isteri berkesempatan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim piatu dan ibu tunggal.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak.
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Misiah Taib retweeted
Petra Jaya | 11 Oktober 2026 | Ahad
Alhamdulillah, berpeluang merasmikan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 3.0 (2026) di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Petra Jaya, selepas Subuh hari ini tadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur serta semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program yang amat bermakna ini.
Dalam mendepani cabaran kehidupan yang semakin kompleks, kekuatan dalaman dan ketahanan jiwa merupakan antara asas penting dalam membentuk individu yang tabah, berakhlak mulia dan mampu menghadapi ujian dengan penuh kebijaksanaan.
Kebimbangan terhadap isu kesihatan mental, termasuk kejadian bunuh diri, mengingatkan kita akan pentingnya membina persekitaran masyarakat yang prihatin, saling menyokong dan tidak mengabaikan mereka yang sedang berhadapan dengan kesukaran hidup. Pendekatan kerohanian perlu bergerak seiring dengan sokongan emosi, perhatian keluarga serta bantuan profesional apabila diperlukan.
Pada masa sama, pembinaan sahsiah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW hendaklah terus diperkasakan, khususnya dalam kalangan generasi muda. Penghayatan nilai kesabaran, amanah, ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab bukan sahaja membentuk peribadi yang mulia, malah menjadi panduan dalam membuat keputusan serta menjalani kehidupan berlandaskan nilai-nilai murni.
Sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI, pembangunan insan tidak boleh hanya tertumpu kepada pencapaian akademik dan kemajuan material, tetapi perlu diseimbangkan dengan kekuatan rohani, kematangan emosi dan pembentukan akhlak yang luhur.
Pada majlis sama, saya turut meluncurkan buku 20 Ayat Membina Insan Bertakwa dan Risalah Selawat MADANI terbitan Pertubuhan MADANI Gemilang sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh penghayatan agama dan membina insan yang lebih dekat dengan ajaran Islam.
Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluas agar menjadi wadah membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi juga mempunyai kekuatan dalaman, sahsiah terpuji serta keprihatinan yang tinggi terhadap kesejahteraan sesama insan.
#P194PetraJaya
#SarawakMajuMakmur
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Majlis Jamuan Negeri Bersempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Kuching | 10 Oktober 2026 | Sabtu
Alhamdulillah pagi ini saya berkesempatan menghadiri Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching.
Sambutan penuh istiadat ini mencerminkan penghormatan dan kesetiaan rakyat kepada institusi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di samping memperlihatkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan ‘Segulai Sejalai’ yang menjadi kekuatan negeri Sarawak serta negara kita.
Penyertaan seramai 4,400 peserta daripada 107 kontinjen yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerlahkan komitmen bersama seluruh lapisan masyarakat dalam menjayakan sambutan penuh makna ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Turut hadir YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, yang berucap di istiadat berkenaan.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Selamat Hari Lahir Ke-80.
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Kuching | 10 Oktober 2026 | Sabtu
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80.
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dipanjangkan usia serta sentiasa berada dalam kesejahteraan dalam memayungi Sarawak Maju Makmur.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri
#DirgahayuTYT
#SarawakMajuMakmur
#SegulaiSejalai
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Parlimen | 9 Oktober 2026 | Jumaat
Kemajuan ekonomi negara mesti membawa perubahan nyata yang boleh dirasai dan menyantuni denyut nadi rakyat.
Justeru melalui Belanjawan 2027, Kerajaan MADANI memberi tumpuan kepada keperluan asas rakyat. Ini termasuklah menerusi inisiatif Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Antaranya — peruntukan RM2.5 bilion untuk mengurangkan kehilangan air dan menambah baik bekalan air bersih ; RM2.5 bilion bagi 154 projek tebatan banjir untuk melindungi rakyat dan harta benda ; RM60 juta untuk rebat pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga melalui Program NUR MADANI ; RM352 juta untuk menaik taraf infrastruktur pembetungan demi persekitaran yang lebih bersih dan sihat.
Menerusi Belanjawan 2027 juga Sabah dan Sarawak terus diberi perhatian oleh Kerajaan MADANI.
Sabah menerima RM18.7 bilion, manakala Sarawak RM16.2 bilion bagi memperkukuh kemudahan asas, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur.
Antara usaha utama ialah RM1.5 bilion Pemberian Khas interim di bawah komitmen MA63, hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, serta RM600 juta bagi bekalan elektrik di Sabah.
Bagi Kerajaan MADANI, pembangunan bukan sekadar angka dan peruntukan. Apa yang lebih penting, rakyat dapat menikmati kemudahan yang lebih baik, kehidupan yang lebih selesa dan peluang masa depan yang lebih cerah.
Tahniah dan terima kasih YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri @anwaribrahim atas pembentangan Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” yang menekankan betapa pembangunan perlu seimbang dengan nilai kemanusiaan dan keperluan rakyat. Kemajuan bermakna apabila manfaatnya dirasai semua.
#PETRA
#SabahSarawak
#Belanjawan2027
#EkonomiMADANI
#YakinMADANI
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Merasmikan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2026 (IGEM 2026) dan Kuala Lumpur Sustainability Summit 2026 (KLSS 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre.
#IGEM2026
#KLSS2026
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali."
Sedih dan dukacita atas kembalinya kerahmatullah Tuan Guru Haji Muhammad Haneef Ali, Presiden Rumpun Silat Sarawak merangkap Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak, pada 26 Rabiulakhir 1448 Hijrah (Khamis, 8 Oktober 2026).
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga persilatan. Jasa, ilmu, bimbingan dan khidmat bakti Allahyarham akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
Salam Takziah. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah pemergiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Allahyarham di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta mendapat keredhaanMu
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ
Misiah Taib retweeted
‼️ TERKINI ‼️
📌TUDM, agensi berkaitan laksanakan operasi pembenihan awan hampir setiap hari bagi tangani jerebu
📌Malaysia sedia beri kerjasama, bantu negara jiran atasi jerebu
📌Menteri Luar diminta hubungi Sekretariat ASEAN untuk selaras mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN susulan keadaan jerebu semasa
-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
#BernamaNews
#Jerebu
#ASEAN
@anwaribrahim
Misiah Taib retweeted
Parlimen | 8 Oktober 2026 | Khamis
Menyantuni 42 murid dan enam guru SK Sg Marong, Bentong, Pahang, yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen pada hari ke-4 sidang Parlimen sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas, hari ini tadi
Turut sama Timbalan saya di Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, yang juga Ahli Parlimen Lipis dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura binti Othman.
#PETRA
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Kuala Lumpur | 8 Oktober 2026 | Khamis
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan merasmikan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia 2026 (IGEM 2026) dan Kuala Lumpur Sustainability Summit 2026 (KLSS 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre.
Bertemakan “Race Towards Net Zero: Action Beyond Boundaries”, kedua-dua platform ini menjadi ruang penting untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan, industri, pelabur, institusi kewangan, penyelidik serta rakan antarabangsa dalam menterjemahkan aspirasi kelestarian kepada tindakan dan hasil yang nyata.
Peralihan hijau bukan sekadar mengenai mengurangkan pelepasan karbon. Ia juga merupakan peluang untuk meningkatkan daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi serta memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Kerajaan akan terus memastikan perusahaan tempatan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), tidak ketinggalan dalam ekonomi hijau melalui akses kepada teknologi, pembiayaan, pasaran dan peluang kerjasama antarabangsa.
Pada masa yang sama, komitmen Malaysia melalui NDC 3.0 (Third Nationally Determined Contribution atau Sumbangan Yang Ditentukan di Peringkat Negara Ketiga) untuk mengurangkan pelepasan sebanyak 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang 2035 memerlukan kerjasama dan tindakan bersama seluruh ekosistem.
Saya percaya, masa depan yang lebih hijau, berdaya tahan dan inklusif hanya dapat dibina melalui pendekatan senegara atau whole-of-nation — kerajaan, industri, institusi kewangan, akademia, negeri dan komuniti bergerak sebagai satu pasukan.
Ayuh kita jadikan perbincangan sebagai keputusan pelaburan, inovasi sebagai penyelesaian dan komitmen sebagai tindakan.
Bersama-sama kita membina Malaysia yang lebih hijau dan rantau yang lebih lestari, demi generasi yang akan datang.
#IGEM2026
#KLSS2026
#MalaysiaMADANI
Misiah Taib retweeted
Pagi ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Ahli Parlimen dan Pentadbiran.
Agenda keterjaminan makanan bukan lagi sekadar isu sektor pertanian, isu keselamatan nasional di mana landskap geopolitik dunia yang tidak menentu, fenomena perubahan iklim yang ekstrem, serta ketidaktentuan rantaian bekalan global memaksa kita untuk bertindak lebih pantas, tegas dan holistik.
Di peringkat global, fenomena El Nino dan perubahan iklim membawa implikasi besar terhadap rantaian makanan melalui gangguan cuaca yang menjejaskan pengeluaran makanan sekali gus mencetuskan kekurangan bekalan di peringkat tempatan.
Menyedari ancaman ini, Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah persediaan seperti berikut:
(i) Melaksanakan pengurusan sumber air secara bersepadu (Integrated Water Resources Management – IWRM) bagi memastikan penggunaan air yang mampan merentasi sektor;
(ii) Memperluas penggunaan Sistem Pemantauan Pengairan Pintar (Smart Irrigation Monitoring System) dan Sistem Pengairan Titis (TITIS) bagi mengelakkan pembaziran serta menyalurkan air mengikut keperluan sebenar tanah;
(iii) Mengaplikasikan kaedah pengurusan air alternatif dan mampan dalam sistem pengeluaran padi bagi mengoptimumkan kecekapan penggunaan air di peringkat ladang;
(iv) Menggalakkan penggunaan Pertanian Persekitaran Terkawal (Controlled Environment Agriculture, CEA) seperti penggunaan sistem reban ayam tertutup.
Saya ingin menyarankan agar semua agensi yang terlibat dalam pembinaan infrastruktur air agar memastikan setiap projek disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan atau lebih awal daripada tempoh yang dirancang. Langkah ini penting bagi memastikan tiada sebarang projek yang mengalami kelewatan mahupun dikategorikan sebagai projek sakit.
Selain itu, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) disarankan menyediakan Nota Jemaah Menteri (NJM) untuk memaklumkan situasi semasa kepada Kabinet sehingga fenomena El Niño berakhir.
Keterjaminan makanan bukanlah tugas tanggungjawab satu kementerian atau agensi semata-mata, melainkan keutamaan nasional yang menuntut iltizam dan komitmen bersama seluruh pihak.
#PETRA
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Parlimen l 6 Oktober 2026 l Selasa
Misiah Taib retweeted
Kunjungan Hormat TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia
#petra
#tpmfy
#malaysiamadani
#madanibekerja
Misiah Taib retweeted
Parlimen | 6 Oktober 2026 | Selasa
Menerima kunjungan dan mendengar taklimat daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkaitan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) dan International Greentech and Eco Products Exhibition and Conference Malaysia ke-17 (IGEM 2026) di pejabat saya, di Parlimen, hari ini tadi.
NRES diketuai Menterinya, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, serta turut disertai Timbalan beliau, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh ; Ketua Setiausaha NRES, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan KSU (Kelestarian Alam) NRES, Datuk Nor Yahati Awang.
NRES sedang dalam proses memuktamadkan RUU PIN dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara (RUU IKLIM). RUU PIN akan menjadi kerangka perundangan utama negara bagi memperkukuh tadbir urus perubahan iklim serta menyokong pelaksanaan komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris.
Manakala bagi IGEM 2026 pula, Insya-Allah saya akan merasmikan IGEM 2026 dan Kuala Lumpur Sustainability Summit (KLSS 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre, Khamis ini (8 Oktober 2026).
#PETRA
#MalaysiaMADANI
















































