MG Perak (@MgPerak) header
MG Perak (@MgPerak) profile picture

Ikuti perkembangan menarik dan terkini dari Perak bersama team MalaysiaGazette KELOPAK ANGGUN SDN. BHD. (331640-U)

Joined July 2023
Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)Photo by MG Perak (@MgPerak)
MGPerak: Perak Rangka Dasar Tangani Isu Kesihatan Mental, Cegah Kes Bunuh Diri Remaja IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang merangka satu dasar khusus bagi menangani isu kesihatan mental, terutama kes mencederakan diri dan kecenderungan bunuh diri dalam kalangan remaja, susulan peningkatan kebimbangan terhadap masalah berkenaan. Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, langkah proaktif itu dimulakan menerusi mesyuarat dan perbincangan bersama jabatan serta agensi berkaitan bagi menyelaras tindakan pencegahan dan intervensi secara menyeluruh. -MGPerak #malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 Video : Syakir Yusof
28
MGPerak: Perak Perlu Lebih Ramai Pakar Psikiatri Susulan Peningkatan Isu Kesihatan Mental Pelajar IPOH – Kekurangan tenaga pakar dalam bidang kesihatan mental, khususnya psikiatri kanak-kanak dan remaja, masih menjadi cabaran di Perak dalam usaha menangani peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan apabila negeri ini merekodkan 171 kes bunuh diri bagi tempoh 2025 hingga Jun 2026, termasuk 46 kes dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, Perak menduduki tempat keempat tertinggi di Malaysia bagi tempoh berkenaan, selepas Selangor dengan 277 kes, Kuala Lumpur (165 kes) dan Johor (148 kes). -MGPerak #malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030 Video : Syakir Yusof
20
MGPerak: Lebih 2,000 Peserta Dijangka Sertai Relay For Life Malaysia 2026 Perak SUNGAI SIPUT - Lebih 2,000 peserta dijangka menyertai acara larian amal Relay For Life Malaysia 2026 Perak sejauh lima kilometer di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, di sini pada 29 November ini. Program anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Misrah Malaysia itu turut mendapat perkenan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim untuk berangkat menyempurnakan majlis perasmian pada pukul 9.15 pagi. Pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Misrah Malaysia, Mohd Shaiful Anuar Ahmad Jalalludin berkata, acara berkenaan bukan sekadar aktiviti berjalan kaki atau berlari, sebaliknya menjadi simbol sokongan moral dan keprihatinan masyarakat terhadap pesakit kanser serta keluarga mereka. - MGPerak Video: Syakir Yusof #malaysiagazetteperak #mgperak #RelayForLifeMalaysia2026
15
MGPerak: Perak Rekod Peningkatan Tiga Kali Ganda Rujukan Kaunseling Mangsa Keganasan Rumah Tangga IPOH – Bilangan rujukan mangsa keganasan rumah tangga kepada kaunselor di Perak meningkat tiga kali ganda kepada 24 kes sehingga Oktober tahun ini berbanding lapan pada 2025. Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, situasi tersebut jelas menunjukkan kepentingan untuk memperkukuh perkhidmatan kaunseling, sokongan psikososial serta program intervensi dan pemulihan mangsa, di samping perlindungan dan penguatkuasaan undang-undang. Menurut Salbiah, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 1,773 kes bagi kategori jenayah terhadap wanita dan kes berkaitan direkodkan di Perak sepanjang tahun 2025, manakala 1,193 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026. - MGPerak Video: Firdaus Nazmi #malaysiagazetteperak #mgperak
21
MGPerak: Perak Perkasa Masjid Sebagai Pusat Literasi Digital Komuniti Perak mempergiat usaha menjadikan masjid sebagai pusat literasi digital komuniti menerusi pelbagai inisiatif termasuk projek Masjid Pintar dan penganjuran bengkel kecerdasan buatan (AI), khususnya di kawasan luar bandar. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) serta agensi berkaitan termasuk Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak). Katanya, inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan itu merangkumi tiga teras utama, di samping ia selaras dengan Agenda Pendigitalan di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. - MGPerak #MGPerak #MBPerak #SaaraniMohamad #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030 Video: Firdaus Nazmi
13
MGPerak: Ingkar Larangan Beg Plastik, Lesen Perniagaan Boleh Dibatalkan - Exco Perak Premis perniagaan yang dikesan berulang kali ingkar terhadap larangan pemberian dan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna di negeri Perak boleh berdepan tindakan pembatalan lesen. Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, tindakan itu boleh diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ke atas premis yang melakukan kesalahan berulang secara tegar. Katanya, satu garis panduan sedang dimuktamadkan bagi menyeragamkan pelaksanaan tindakan dan penguatkuasaan di kesemua 15 PBT di negeri ini. - MGPerak #MGPerak #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030 Video: Firdaus Nazmi
7
MGPerak: Perak Cadang Bina Pusat Konvensyen Dan Pameran Baharu Di Meru – Exco IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah mengenal pasti dan merizabkan sebidang tanah seluas hampir 4.45 hektar di Meru di sini bagi cadangan pembangunan sebuah pusat konvensyen dan pameran baharu. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Sandrea Ng Shy Ching berkata, cadangan pembangunan itu merupakan langkah awal kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan lebih lengkap dan bersesuaian dengan keperluan industri penganjuran acara. -MGPerak Video: Syakir Yusof #MGPerak #SidangDUNPerak #PerakSejahtera2030
24