
βFrom the river to the sea, Palestine will be freeβ #StandWithFaisalHalim #StopTheViolence
Joined May 2014
- Tweets39.6K
- Following145
- Followers393
- Likes4.3K
ulat berbaju hitam retweeted
Memetik kata-kata @anwaribrahim di Parlimen pagi tadi βKALAU NAK BETULKAN, BETULKAN SEMASA ADA KUASAβ.
So soalan saya, BILA NAK BETULKAN YANG INI????π«£π€¨π€
ulat berbaju hitam retweeted
πππ‘π¬ππ§πππ‘ π ππππ
20 Oktober 2026
π₯ππ ππ‘ππ‘ ππππ¨π π¦ππ ππ‘, πππͺππ£ππ‘ π£ππ₯πππ‘π π ππ‘π§ππ₯π π ππ‘πππ‘ππ π ππππ ππ’π₯π£π’π₯ππ§ πππ₯π£π¨π¦ππ‘π-π£π¨π¦ππ‘π
Saya telah mendengar sepenuhnya jawapan Datoβ Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mengenai mafia korporat, termasuk tuduhan bahawa R Ramanan (Menteri Sumber Manusia dan Naib Presiden PKR) telah menerima RM9.5 juta dari Victor Chin untuk menyelesaikan masalah mafia korporat.
Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu mengenai tuduhan ke atas R. Ramanan itu, Perdana Menteri menyebut di Parlimen bahawa menteri terbabit telah mengambil tindakan undang-undang.
Saya ingin mengesahkan bahawa sehingga sekarang, saya belum menerima apa-apa writ saman dari R. Ramanan.
Jika Datoβ Seri Anwar merujuk kepada tindakan saman yang bakal diambil oleh R. Ramanan, saya mengalu-alukannya dan bersedia membentangkan bukti yang saya ada di mahkamah.
Tetapi jika Datoβ Seri Anwar merujuk bahawa tindakan saman telah diambil kerana tuduhan itu hanya βsatu kenyataan politik yang tidak disertakan buktiβ, beliau perlu lebih berhati-hati kerana setakat ini, tiada tindakan saman diambil.
Kenyataan beliau di Dewan Rakyat pada hari ini boleh diertikan sebagai mengesahkan tindakan saman telah diambil; dan itu adalah satu pembohongan di Dewan Rakyat.
Jawapan-jawapan beliau mengenai mafia korporat dan siasatan yang telah diambil juga berpusing-pusing.
Di awal jawapan beliau, Datoβ Seri Anwar Ibrahim menerangkan mengenai jenayah-jenayah korporat yang telah berlaku di masa lalu untuk memberi gambaran ia bukan perkara baru.
Jawapan beliau itu cuba mengelak dan menyembunyikan kontroversi sebenar mengenai mafia korporat.
Skandal mafia korporat merujuk kepada pendedahan-pendedahan bahawa ada kumpulan di agensi penguatkuasaan iaitu SPRM dan PDRM yang dituduh bersekongkol dengan sekumpulan ahli perniagaan untuk mengugut ahli-ahli perniagaan lain menyerahkan syarikat-syarikat mereka.
Ini satu bentuk salah guna kuasa yang kita belum dengar sebelum ini, apatah lagi ada watak-watak yang dituduh menggunakan kaedah ini untuk mencuci wang haram dari kegiatan jenayah (yang sering dikaitkan dengan kongsi gelap).
Tuduhan mengenai mafia korporat ini adalah luar biasa kerana ia mempersoalkan sama ada kumpulan jenayah haram telah menyusupi agensi penguatkuasaan.
Laporan-laporan mengenai mafia korporat disusuli dengan beberapa pendedahan lain, seperti:
1) Laporan pemilikan saham oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang jumlahnya telah melanggar peraturan penjawat awam. Sebahagian saham itu adalah di dalam syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat.
2) Pemilikan saham oleh Farhash Wafa Salvador di dalam beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Victor Chin dan mafia korporat.
3) Perebutan saham di dalam NexG Berhad yang menyebabkan Victor Chin melarikan diri ke luar negara dan membuat pendedahan susulan mengenai mafia korporat.
4) Tuduhan bahawa Victor Chin memberi suapan RM9.5 juta kepada seorang ahli parlimen PKR untuk menyelesaikan kes mafia korporat. R Ramanan telah dikenal pasti sebagai ahli parlimen itu dan beliau tidak memfailkan saman sehingga hari ini.
5) Watak bernama Mr R yang menjadi pengantara dalam perebutan saham syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan mafia korporat telah dikenal pasti sebagai Ruben, iaitu peguam kepada Farhash Wafa Salvador.
Persoalan pokok mengenai mafia korporat tidak disentuh atau dijawab langsung oleh Datoβ Seri Anwar di Parlimen hari ini.
Sebaliknya, beliau memberikan jawapan yang berpusing-pusing, seolah-olah ingin mengelirukan orang ramai bahawa kontroversi mafia korporat itu adalah jenayah-jenayah kolar putih.
Saya akan terus menjawab beberapa lagi perkara yang disentuh dan tidak disentuh oleh Datoβ Seri Anwar mengenai mafia korporat, melalui kenyataan media, ceramah dan podcast secara berterusan.
Bagi pihak BERSAMA
π₯πππππ π₯ππ ππ
ulat berbaju hitam retweeted
"Melaporkan bukti ataupun dakwaan mengenai rasuah kepada pihak berkuasa, terhadap kerajaan, terhadap menteri, terhadap perdana menteri, kerja gila!"
"Engkau lapor, engkau kena tangkap!"
"Saya tahu kerajaan yang ada tu, dia mustahil akan siasat diri dia sendiri!" - @rafiziramli
ulat berbaju hitam retweeted
Dia Perdana Menteri.
Dia Ketua Eksekutif/Kabinet.
Menteri undang-undang di bawah dia.
Menteri Dalam Negeri, budak kesayangan dia.
SPRM di bawah dia, Jabatan Perdana Menteri.
Peguam Negara dia yang lantik & menjawab kepada dia.
Yang dedahkan Mafia Korporat adalah Bloomberg. Bukan Menteri Ekonomi pada masa itu. Sejak bila Bloomberg itu di bawah Menteri Ekonomi Malaysia???
Tiba-tiba dia nak salahkan Menteri Ekonomi???
Ehhhh Anwar Ibrahim Perdana Menteri apa kamu ini??? Kamu tidak menjawab soalan pokok tapi taichi salahkan menteri di bawah kamu yg tidak ada kaitan portfolio nya???πππ
Tektik kalih tiang gol ni dah basi Anwar woiπππ
ulat berbaju hitam retweeted
Agree with you. We have enough of double standards already. Also, @Iswardy2025 ni kena chill sikit. Stand down la Bro, tak payah beria2 & over sangat, orang muak.
ulat berbaju hitam retweeted
Pesanan untuk semua orang politik yang beriya nak jadi pemimpin. β at Rawang, Selangor
ulat berbaju hitam retweeted
Nak tengok suara BERSAMA jangan tengok hat terpaling 2 3 orang tu kena tengok pendapat penduduk kampung Springfield
*Tuding jari dik, tuding.
Tunding tu kita makan dengan ketupat masa raya. Halah halah nak masuk komen jugak dia pun π€£π€£
ulat berbaju hitam retweeted
Hi kawan-kawan fake account Bersama semua. Ramai tak geng kita? Hari ni kita ulat, entah esok apa pulak.
ulat berbaju hitam retweeted
Replying to @asam_baki
Dah katanya diajar jangan taksub kat batang tubuh, ada salah sila kritik dan tegur. Tiba tiba eh kena label itu ini. Kitorang bukan walaun yang walaβ tak ketahuan. It doesnβt mean we despise him, we just want him and party to do better, to be better.
Dia kan antara yang kena saman beramai-ramai pasal kes pekerja asing haritu.
Cuba bayangkan, yang lain2 yang kena saman sekali dengan tu dia tu menang kes, tapi dia sorang je kalah saman.
Sebab apa? Sebab kau over mat, kau sentiasa over dan banyak cerita tokok tambah.
ulat berbaju hitam retweeted
Itβs a wrong move from him. Kalau BERSAMA masih tak nampak, takde harapan la nampak gayanya.. Sama jela 2x5 dngn PKR.
Selamat pagi kepada semua kecuali sang penglipur lara yang beria tunggang musibah yang menimpa kawan demi menaikkan live view.
ulat berbaju hitam retweeted
Replying to @jejakahesmess
Saya tak suka dia "blanket cover"kan orang yang bersuara konon mahu membuang "pejuang Bersama" sebagai "fake account holders) geng baju hitam (geng Farhash). Statement itu sangat tidak bertanggungjawab. Mulut dia seakan tak ada insurance. Mulut nak kena cili api.
ulat berbaju hitam retweeted
Kata otai.
Takkan tak tahu bila masa kena diam bila masa untuk bercakap. Tak layak la 'fake akaun' nak ajar read the room.
Jangan sembur peluru dekat rakan-rakan. Kalau nak rasa terpaling ni dulu Iblis rasa dia terpaling mulia dari Adam a.s.
Kes 1 individu.
Berantakan 1 rumah.
Yg tua: "aku lagi awal makan garam dari kamu" dan terus berdegar bingit.
Yg muda: kalah sebelum juang, dek takda suara dan pengaruh.
Kalau aktif turun padang dikira penyokong parti paling ori, driver raf tu ha paling aktif. Bukan kau.
























