HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun) header
HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun) profile picture
Joined June 2015
Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)Photo by HAMDAN RUKUN (@HamdanRukun)
Sumber: Threads share.google/pMBqlcXPzeV2KH7โ€ฆ Adam Adli menyangka anak muda sepertinya dahulu. Anak muda jauh lebih matang. Mereka mahukan masa hadapan yang cemerlang. Anak muda tak suka ditipu.
4
102
๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐€๐ง๐š๐ค ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ข ๐“๐ฎฬˆ๐ซ๐ค๐ข๐ฒ๐ž Malam terakhir di Tรผrkiye, saya meluangkan masa bersama anak-anak Malaysia yang sedang menuntut ilmu serta warga Kedutaan Malaysia dalam satu majlis makan malam di Istanbul. Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna dalam suasana penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan. Seronok dapat bertemu, bertanya khabar dan mendengar sendiri pengalaman anak-anak Malaysia yang gigih menuntut ilmu di perantauan. Jauh daripada keluarga dan tanah air, namun tetap membawa harapan dan cita-cita besar untuk masa depan. Lebih membanggakan, seramai 17 pelajar Malaysia merupakan kumpulan pertama penerima tajaan MARA yang melanjutkan pengajian di Sabancฤฑ University, Tรผrkiye. Mereka kini mengikuti pelbagai bidang pengajian strategik dengan tempoh pengajian selama empat tahun, dan rata-ratanya baru sahaja memulakan semester pertama. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh diplomasi pendidikan dengan Tรผrkiye dan saya telah meminta MARA agar menggandakan bilangan ini pada tahun depan agar lebih banyak peluang kepada anak-anak Malaysia untuk mendapatkan pendidikan dan pendedahan antarabangsa. Saya turut menitipkan pesanan agar mereka memanfaatkan setiap peluang untuk menimba ilmu, menguasai kemahiran baharu dan membina jaringan antarabangsa, tanpa melupakan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Kepada anak-anak Malaysia di Tรผrkiye, teruskan melangkah dengan yakin. Tuntutlah ilmu setinggi mungkin, bina pengalaman seluas mungkin, dan suatu hari nanti pulanglah membawa kepakaran untuk menyumbang kepada negara. Terima kasih kepada seluruh warga Kedutaan Malaysia, para pelajar dan semua yang menjayakan pertemuan penuh bermakna ini. Walau sejauh mana kita merantau, Malaysia tetap di hati. #AnakMalaysia #MalaysiaTurkiye #MARA #Istanbul2026 #DiplomasiPendidikan
6
22
1,254
HAMDAN RUKUN retweeted
Selamat Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di negara ini. Raikanlah hari yang istimewa ini bersama keluarga dan insan tersayang. Semoga perayaan ini dapat membawa kegembiraan, kebahagiaan & kedamaian buat semua yang meraikannya. Mudah-mudahan kemeriahan Deepavali tahun ini turut mengeratkan lagi hubungan dan semangat kebersamaan antara kita. Deepavali Valthukkal! #PerakSejahtera2030
2
3
80
๐Š๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก Allah SWT telah memuliakan setiap insan sebagai sebaik-baik kejadian. Justeru, hargailah nikmat kehidupan, peliharalah maruah sesama manusia dan gunakanlah segala kelebihan yang dikurniakan untuk membawa kebaikan. Semoga kita sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa bersyukur dan menghormati sesama insan. #RisalahJumaat
5
5
10
853
ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ Saya dan isteri menerima khabar duka atas pemergian Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah binti Tengku Eskandar, ibunda kepada Datoโ€™ Mohamad Nizar bin Datoโ€™ Sri Mohamad Najib. Saya sempat menghubungi Datoโ€™ Nizar sebentar tadi untuk menyampaikan sendiri salam takziah kami kepada beliau dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan yang amat dikasihi. Kehilangan seorang ibu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Kami mendoakan semoga Nizar dan seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. ุฃูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู„ูŽู‡ุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽ ู…ูŽุซู’ูˆูŽุงู‡ูŽุง Al-Fatihah.
4
7
1
50
31,921
HAMDAN RUKUN retweeted
Utus ucapan takziah buat Datoโ€™ Dr. Mah Hang Soon, Timb. Presiden MCA yang juga merupakan Pengerusi MCA Perak di atas pemergian ibu tersayang, mendiang Lee Kee Hiong. Semoga Datoโ€™ dan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi saat-saat getir ini.
3
4
108
๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ง๐š๐ค-๐€๐ง๐š๐ค ๐Œ๐ฎ๐๐š ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‰๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข & ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐€๐‘๐€ Setiap kali berpeluang bersama anak-anak muda dalam Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA, saya sentiasa teruja melihat semangat dan cita-cita besar yang mereka bawa. Hari ini di Jasin, saya berpesan kepada anak-anak Melaka supaya jangan takut untuk memilih laluan yang sesuai dengan minat dan kebolehan sendiri. Dunia pekerjaan sedang berubah dengan pantas dan kita mahu mereka bersedia dengan kemahiran, kepakaran serta pengalaman yang benar-benar diperlukan industri. Melaka hari ini sedang berkembang dengan pelaburan baharu dan peluang pekerjaan yang semakin luas. Saya mahu anak-anak Melaka bersedia lebih awal supaya apabila pintu industri dibuka, merekalah antara yang pertama melangkah masuk dan membina kerjaya di negeri sendiri. Ayahanda mahu suatu hari nanti, dari bumi Melaka ini lahir lebih ramai pakar AI, jurutera, pencipta teknologi dan usahawan yang mampu pergi jauh. Bila orang tanya, dari mana datangnya mereka ini? Dengan bangga kita boleh jawab.. โ€œDari Melaka ler!โ€ #TVETMARA #MARA #KKDW #TVETMalaysia #JomPilihTVET
4
12
660
Benar benar DS @ab_rauf_yusoh telah berjaya menanam budaya kasih sayang dalam kempen PRN Melaka. Pergilah ke manapun. Kita dapat merasakannya. Semoga berjaya.
1
6
1,416
Tanpa sebarang perasaan untuk takabur atas riyak. Saya percaya insyaAllah BN+PN akan menang bergaya di PRN Melaka.Cuma pastikan usaha santuni pengundi wajib dilakukan sehingga minit terakhir...
3
9
675
๐‰๐€๐‹๐: ๐๐ข๐š๐ซ ๐…๐š๐ค๐ญ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› Dalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di Dewan Rakyat sebentar tadi, saya telah menjelaskan kedudukan sebenar pengurusan kewangan dan pelaksanaan Program Jalan Luar Bandar (JALB) di KKDW. Saya berharap penjelasan yang telah diberikan dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan membolehkan isu ini dinilai berdasarkan fakta yang lengkap. Setiap peruntukan dan penyelarasan tetap melalui proses serta tatacara kewangan Kerajaan yang ditetapkan. Yang paling penting, JALB ini adalah untuk rakyat di pedesaan. Apabila projek tertangguh, rakyat juga yang menunggu. Sebab itu kita mesti pastikan wang awam diurus dengan baik dan projek yang diperlukan rakyat dapat disiapkan. Biarlah fakta yang menjawab. Cukup-cukuplah dengan persepsi yang mengelirukan. #JALB #KKDW #PejuangDesa #DewanRakyat #ParlimenMalaysia
14
4
29
1,342
Dengan kesatuan hati, semangat yang membara dan usaha berterusan, kita akan berjuang sedaya upaya demi memastikan kemenangan Barisan Nasional demi masa depan Melaka yang gemilang... Kita lawanโ€ฆ LAWAN SAMPAI MENANG! Mana Lagi? Melaka Ler! #GelombangBiru #KitaGengBiru #BarisanNasional #MelakaLer
23
4
3
33
1,900
Inilah Malaysia yang kita idamkan. Tak timbul isu bangsa dan kaum. Yang ada hanya Malaysia yang kita kongsikan.
1
3
213
InsyaAllah ke Melaka kita berkampung. Pakat elok elok. Elakkan konflik, insyaAllah menang kita.
4
2
10
335
Syukur Alhamdulillah hari ini kita solat jumaat di Masjid Kg Kuak bersama para jemaah. Mudah-mudah segala urusan kita di hari yang penuh barokah ini dipermudah. Amin Ya Rabbal Alamin. #PerakSejahtera2030
3
4
83
Dari kawasan jelapang padi, kini Kerian melangkah menjadi antara hab industri baharu di Perak. Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kerian Industrial City (KIC) di Parit Buntar, satu lagi perkembangan penting dalam usaha kita merancakkan ekonomi di utara Perak. Dengan nilai pembangunan sekitar RM700 juta di kawasan seluas 287 ekar, projek ini dijangka membuka hampir 12,000 peluang pekerjaan. Selain beri ruang kepada usahawan tempatan, vendor dan industri sokongan untuk turut berkembang. Malah, kedudukan Kerian yang berhampiran Batu Kawan dan Kulim juga menjadi kelebihan untuk kita menarik lebih banyak pelaburan. Apatah lagi dengan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang akan saling melengkapi. Saya mahu peluang-peluang yang akan terbentang ini dinikmati oleh anak-anak Perak kita. Biar mereka dapat bina kerjaya, peroleh pendapatan yang lebih baik dan mencari rezeki di negeri sendiri tanpa perlu berhijrah ke negeri orang. Insya-Allah, kita akan terus usaha bagi memastikan setiap pembangunan yang dirancang benar-benar membawa perubahan kepada kehidupan rakyat. Semoga segalanya dipermudah. #PerakSejahtera2030
4
3
114
HAMDAN RUKUN retweeted
Hutang Dan Liabiliti Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.76 Trilion Jumlah hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan mencecah RM1.76 trilion, bersamaan 80.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), setakat akhir Jun 2026. Jumlah ini merangkumi: - Hutang Kerajaan Persekutuan. - Komitmen jaminan kerajaan. - Komitmen kewangan kerjasama awam-swasta (PPP) dan inisiatif pembiayaan swasta (PFI). Angka tersebut merujuk kepada hutang serta tanggungan kerajaan, bukannya keseluruhan hutang semua pihak di Malaysia. Hutang peribadi rakyat dan hutang syarikat swasta tidak semuanya termasuk dalam pengiraan ini. Sumber: Bernama Biz / Kementerian Kewangan.
12
10
2
26
2,910
Rakyat datang untuk mengadu masalah mereka & memerlukan bantuan. Jadi, tugas kita untuk dengar dan cuba bantu sebaik mungkin. Hari ini, barisan pentadbiran Kerajaan Negeri meneruskan usaha santuni rakyat di Tanjung Malim dalam Program Hari Bertemu Pelanggan Siri Ke-7 tahun ini. Kali ini kita terima sebanyak 120 aduan. Dan Alhamdulillah, daripada 1,306 aduan yang diterima sehingga siri keenam, 81 peratus atau 1,064 aduan telah berjaya diselesaikan. Seperti edisi sebelum ini, pelbagai kemudahan kita bawa dekat dengan rakyat termasuk jualan barangan murah melalui Jualan Sejahtera Rakyat & Jualan Rahmah Sempat juga saya menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Perak SADC kepada 24 penerima. 20 pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah dan UPSI terima laptop, manakala empat lagi menerima bantuan perubatan dan modal perniagaan. Insya-Allah, semoga usaha yang kita buat ini dapat banyak membantu menyelesaikan isu-isu yang membelenggu rakyat serta mendekatkan lagi hubungan rakyat & kerajaan negeri. #PerakSejahtera2030
2
3
134
HAMDAN RUKUN retweeted
Demi menyakitkan hati para ceplos ahli neraka.......inilah PM terbaik Malaysia pernah ada
120
25
9
102
6,206
HAMDAN RUKUN retweeted
Replying to @PittKF
Berusaha la menghasut anak-anak non....tapi rakyat tetap tolak PH
6
5
1
19
229
Mengiringi keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 (Hari Pertama) yang berlangsung di Istana Negara hari ini. Semoga segala urusan dan perbincangan dalam mesyuarat ini berjalan lancar serta dapat membawa kebaikan kepada negeri Perak dan negara seluruhnya, insya-Allah. Daulat Tuanku. #PerakSejahtera2030
2
4
90