~Namie~ retweeted
Alhamdulillah, saya berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Islamic Development Bank (IsDB) Dr. Muhammad Sulaiman Al Jasser tengah hari tadi, yang mencerminkan keyakinan berterusan terhadap hala tuju pembangunan dan tatakelola Malaysia.
Malaysia diiktiraf atas pengalaman memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), memperkukuh daya tahan ekonomi serta menjana peluang pekerjaan. Kepakaran dan pengalaman ini berpotensi dimanfaatkan oleh negara-negara anggota IsDB.
Saya turut menegaskan kesediaan Malaysia berkongsi kepakaran dan memperluas kerjasama pembangunan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, saya menyambut baik usaha memperkasa Pusat Kecemerlangan IsDB di Kuala Lumpur sebagai hab perkongsian ilmu dan kepakaran.
Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memperluas peranan Malaysia sebagai rakan pembangunan yang berwibawa, sekali gus membawa kepakaran anak bangsa ke pentas dunia.
#MalaysiaMadani
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
Petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara yang membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah.
Mesyuarat mendengar cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, khususnya berkaitan arahan penutupan sekolah serta persediaan awal Kementerian Pendidikan, bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.
Saya tegaskan bahawa kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan, dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas. NADMA, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan memperhalusi cadangan ini bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
Saya turut menegaskan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi untuk mengurangkan jerebu. Operasi ini sedang dijalankan hampir setiap hari, bergantung pada keadaan awan yang sesuai.
Pada masa sama, mesyuarat dimaklumkan mengenai persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir, serta ancaman Super El Nino yang diramal membawa cuaca panas dan kering melampau tahun depan.
Kesiapsiagaan agensi barisan hadapan mesti terus dipertingkat. NADMA perlu diperkasa sebagai nadi penyelarasan dasar dan operasi merentas agensi, khususnya melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat, agar langkah pencegahan, persediaan, tindak balas dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sektor swasta, sukarelawan serta masyarakat mesti bergerak bersama memperkukuh kesiapsiagaan komuniti. Nyawa rakyat mesti dilindungi dan bantuan mesti sampai segera kepada mereka yang memerlukan. Inilah amanah yang mesti kita galas bersama.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
PMX @anwaribrahim pergi konsert tak ajak. 😁
Pemimpin nombor 1 negara peminat penyanyi nombor 1 negara ♥️
~Namie~ retweeted
Saya ikuti rapat perkembangan masalah kebakaran hutan dan lahan di Indonesia yang turut mengakibatkan jerebu rentas sempadan sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia, termasuk memaksa penutupan sekolah di beberapa negeri dan kawasan.
Saya memperaku kesungguhan pemerintah Indonesia yang telah mengerahkan puluhan ribu anggota serta pelbagai aset udara bagi membendung permasalahan yang semakin membimbangkan ini. Kita sedar bahawa usaha menangani bencana sedemikian bukan suatu tugas yang mudah, apatah lagi dengan keluasan kawasan terjejas dan tantangan cuaca yang tidak menentu.
Justeru, dalam semangat kebersamaan dan hubungan akrab sesama negara tetangga, Malaysia berpandangan bahawa cabaran rentas sempadan harus ditangani dengan tekad dan tanggungjawab bersama. Malah, kita telah pun mengusulkan mekanisme kerjasama di peringkat ASEAN bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan dan tindakan kolektif dalam menangani jerebu rentas sempadan.
Malaysia kekal bersedia menghulurkan bantuan sepertimana yang telah ditawarkan sebelum ini. Semangat kejiranan yang sebenar menuntut kita untuk saling mendukung tatkala berdepan musibah, dengan aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat serantau sentiasa menjadi keutamaan.
ANWAR IBRAHIM
~Namie~ retweeted
Pembangkang dah habis modal untuk hina PMX @anwaribrahim
Tapi bila Sanusi karaoke malam buta dia kata sempoi dan berdakwah 🤣
*Bila PMX pergi majlis ilmu dan dakwah walaun senyap 🤭
~Namie~ retweeted
Pertemuan dengan delegasi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) diketuai Presidennya, Dato’ Mohd Foad Mat Isa menjadi ruang mempererat hubungan antara kerajaan dengan pertubuhan masyarakat serta memperkukuh kerjasama dalam memelihara perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pertubuhan masyarakat yang komited dalam mendukung agenda pembangunan negara, memperkukuh nilai kebersamaan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 di Istana Negara.
MRR ke-273 dipengerusikan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Daulat Tuanku!
Foto: RPO
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
Menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Negeri Perlis Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Pertemuan membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) 2027–2030 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat dan pengukuhan jaringan keilmuan.
Turut disentuh ialah cadangan penganjuran Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun hadapan bagi memperluas wacana mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara masa kini.
Kerajaan menyokong usaha memperkukuh tradisi keilmuan, penyelidikan dan wacana pemikiran Islam yang mampu menyumbang kepada pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
🇲🇾 MALAYSIA #3 DUNIA!
Bukan sekadar bangga, ini pencapaian yang patut kita tahu. Rumavi Global Relocation Index 2026 meletakkan Malaysia di tangga ketiga dunia dengan skor 72.0 — hanya di belakang Estonia dan Singapura.
Malaysia makin jadi pilihan dunia. 🇲🇾🔥
~Namie~ retweeted
Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.
Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.
Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
~Namie~ retweeted
Padu Dato' Shuhaily AKPS
Patutlah ada usaha nak jatuhkan dia.
Puak² haram jadah penyakau ni yang nak UMNO berkuasa kembali.
Tolak UMPAS
Angkat penjawat awam yang berani menghapuskan DNA SAKAU
~Namie~ retweeted
Mengadakan perbualan telefon dengan sahabat saya, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau serta hubungan Malaysia dan Pakistan.
Saya amat menghargai ingatan dan ucapan takziah beliau atas pemergian abang saya, Almarhum Idrus Ibrahim, yang memberi makna besar buat kami sekeluarga dalam saat kehilangan ini.
Beliau juga menitipkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Saya merakamkan penghargaan atas peranan Pakistan dalam mengusahakan rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran, serta menegaskan bahawa ruang dialog dan diplomasi mesti terus diperkukuh bagi meredakan ketegangan dan membuka jalan kepada keamanan yang berkekalan.
Saya menyampaikan harapan agar kunjungan Ketua Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir ke Malaysia dapat direalisasikan setelah beberapa kali tertangguh. Saya mengalu-alukan kedatangan beliau pada bila-bila masa yang bersesuaian tanpa perlu terikat dengan aturan protokol rasmi.
Kami turut membincangkan urusan eksport daging yang akan terus disusuli oleh pasukan kedua-dua negara bagi membuka ruang kerjasama yang lebih luas.
Persahabatan Malaysia dan Pakistan harus terus diterjemahkan kepada ikhtiar yang membawa manfaat nyata buat rakyat kedua-dua negara.
🇲🇾🇵🇰
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
Malaysia memerlukan generasi muda yang berilmu, bersemangat dan teguh jati dirinya untuk mendepani kerencaman serta cabaran yang semakin kompleks.
Merekal inilah yang bakal mewarisi amanah untuk meneruskan pembangunan negara, mempertahankan nilai dan prinsip yang menjadi tunjang Malaysia, serta memastikan negara terus melangkah maju dengan penuh keyakinan dan bermaruah.
Pesanan ini saya titipkan kepada peserta Program MADANI Fellowship Tahun 2026 dan mengingatkan mereka agar memperkukuhkan jati diri dan persiapkan diri untuk memikul amanah yang lebih besar demi masa depan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
Di sela-sela tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang, saya sempat bercakap dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa, bagi berkongsi perkembangan persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026.
Saya turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat Malaysia dan Bahrain dalam menjayakan penganjuran ini, dengan segala persiapan kini giat dilaksanakan bagi menyambut kehadiran peminat dan pengunjung dari seluruh dunia.
Saya menantikan pertemuan dengan Putera Mahkota di Malaysia dalam beberapa hari lagi, insya-Allah, seraya terus memperkukuh persahabatan antara kedua-dua negara.
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#DiplomasiMADANI
#YakinMADANI
#F1
~Namie~ retweeted
Lawan rasuah
Lawan koruptor
Lawan penyakau
Jaga sempadan negara dan keselamatan rakyat
#Solidariti4Suhaily
#MADANIbekerja
~Namie~ retweeted
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Saya merakamkan salam takziah yang sedalam-dalamnya kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali ke rahmatullah. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Almarhumah Tun Dr. Siti Hasmah adalah seorang tokoh negara yang telah berbakti seluruh hidupnya demi kesejahteraan awam, kesihatan masyarakat, serta ikon pemerkasaan dan kepimpinan wanita selaku antara perintis doktor wanita pertama.
Saya sangat menghormati Almarhumah Tun Siti. Beliau mengajar saya bagaimana membawa diri dengan penuh maruah dan profesionalisme yang tinggi. Kebijaksanaan Tun, disertai sifatnya yang begitu mesra dan menyenangkan, menjadikan beliau seorang insan yang sangat disayangi.
Tun membuktikan bahawa kekuatan seorang wanita tidak semestinya hadir melalui suara yang lantang. Kekuatan itu terpancar melalui kesabaran, kebijaksanaan, kelembutan dan keteguhan dalam membawa diri.
Saya mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah Tun, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Semoga YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian yang berat ini.
Allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa' fu'anha.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
~Namie~ retweeted
Saya memulakan tugas pagi ini di ISTAC-IIUM, Kuala Lumpur dengan menghadiri International Future Conference 2026, anjuran Jawatankuasa Tetap bagi Kerjasama Saintifik dan Teknologi Pertubuhan Kerjasama Islam (COMSTECH), dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam kita bicara tentang hari esok, perasaan kita turut diselubungi dukacita menerima khabar pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pagi ini. Saya mengajak seluruh hadirin menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dilimpahi rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Sementalahan, saya menghargai ikhtiar OIC-COMSTECH dan UIAM menelaah cabaran masa hadapan, khususnya yang melingkari seputar dunia Islam. Umat mesti memiliki kesungguhan untuk menguasai warisan keilmuannya, menyalakan keberanian untuk bertanya dan menyoal serta kemahuan untuk meneroka wilayah ilmu yang belum terjangkau. Masa hadapan menuntut kita bekerja dan mencipta, dengan fikiran serta jiwa yang merdeka beserta tekad yang menyala.
Saya menegaskan pentingnya berpaut pada akar ilmu turath, menghayati kekayaan akal dan adab yang diwariskan, lalu mengolahnya untuk menjawab persoalan zaman. Akar yang dalam memungkinkan pohon menjulang; begitulah tradisi ilmu membekalkan kekuatan untuk kita melangkah lebih jauh.
Tradisi intelektual Islam tidak pernah sekadar berkisar pada pengajian yang terasing dan eksklusif, sebaliknya tertumpu kepada bagaimana ilmu dapat dijana dan diterap secara bertanggungjawab demi kesejahteraan umat manusia. Hal ini dicerminkan oleh para sarjana agung terdahulu yang memahami bahawa persoalan falsafah, matematik, dan perubatan tidak wajar dipisahkan daripada persoalan tentang tujuan dan matlamat kehidupan.
#YakinMADANI
~Namie~ retweeted
Kita kehilangan seorang ibu yang kasihnya menyentuh setiap jiwa. Budi, pesan dan senyuman Kak Hasmah akan terus hidup dalam ingatan. Selamat berehat di negeri abadi, Kak Hasmah. Al-Fatihah.
~Namie~ retweeted
Laju @SPRMMalaysia buat kerja.
Sabtu pengadu tanya terus dengan PMX @anwaribrahim di majlis alumni UiTM
Hari ini dah kena kutip.
Sakau RM42 juta zaman @NajibRazak jadi PM
#UMNOsakau
#UMPASderhaka
~Namie~ retweeted
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-57, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam penuh kedaulatan selain terus dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat.
Daulat Tuanku.
ANWAR IBRAHIM













































