Ali Simon retweeted
Bila gambar saya mop lantai di Kesum viral, ada yang sindir, “zaman ekonomi tak menentu, sampai tauke kedai pun kena mop sendiri.” Nadanya seolah-olah kalau bos tak duduk pejabat aircond, "something is wrong."
Padahal, inilah realiti hampir semua bisnes sebenar. Kedai siap 3 hari sebelum buka, peralatan masuk 2 hari sebelum, 1 hari sebelum launch semua orang kelam-kabut. Kalau staf fokus dapur, siapa nak bersihkan lantai?
Jawapannya: bos pun kena turun padang.
Masalah kita, terutama Melayu ialah kita terlalu biasa dengan imej bos ala ala Megah Holding duduk dalam bilik, orang lain buat kerja. Sedangkan bos yang betul-betul faham operasi memang akan buat sendiri sekurang-kurangnya sekali pusingan.
Supaya tak boleh kena kelentong, dan supaya semua orang tahu: dia faham dari A sampai Z.
Ini bukan simbol ekonomi tenat. Ini simbol kerja betul.
Nak dengar cerita penuh belakang tabir KESUM dan “tauke mop lantai”?
Tonton Yang Berhenti Menteri Episod 22 - youtube.com/live/K_3PkyGlPG8…
Ali Simon retweeted
Di Parlimen pagi tadi, saya ditanya punca yang mendorong pengukuhan ringgit yang berada di paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun. Alhamdulillah, prestasi ini adalah manifestasi keyakinan pelabur dan pasaran terhadap hala tuju ekonomi negara.
Benar, sentimen global seperti penetapan kadar faedah oleh Federal Reserve Amerika Syarikat memberi kesan kepada mata wang di seluruh dunia.
Namun kekuatan ringgit juga berpusat pada kejayaan langkah reformasi dalaman yang kita jalankan termasuk penyasaran subsidi, pengurusan dana yang lebih tepat sasaran serta disiplin fiskal yang meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur.
Malah buat pertama kali dalam 14 tahun, Malaysia berjaya keluar daripada defisit dan mencatat lebihan akaun perkhidmatan pada suku ketiga 2025, sementara akaun semasa kekal positif. Inilah bukti keberkesanan reformasi ekonomi serta pengurusan fiskal yang memacu kestabilan dan pengukuhan ringgit.
#MalaysiaMADANI
#MADANbekerja
#RancakkanMADANI
Ali Simon retweeted
Tiba di Kota Kinabalu, Sabah bagi menghadiri rangkaian program yang telah disusun sepanjang dua hari, sebagai usaha mendekati rakyat dari pelbagai lapisan dan memahami denyut nadi sebenar masyarakat.
Semoga segala perancangan dipermudahkan dan membawa manfaat kepada rakyat Sabah yang sentiasa menjadi keutamaan kita.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#HarapanUrangSabah
Ali Simon retweeted
Pagi tadi hadir ke Dewan Rakyat untuk menjawab soalan penting terkait Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil. Keputusan Kerajaan Persekutuan sangat jelas: tidak ada rayuan dalam isu Pemberian Khas ini. Bahkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah mengutus surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk segera memulakan perbincangan.
Rayuan Kerajaan Persekutuan hanyalah terkait tuduhan berat dalam Alasan Penghakiman, yang mendakwa semua Kerajaan Persekutuan sejak era Tun Abdul Razak hingga sekarang, serta semua Kerajaan Negeri Sabah sejak pentadbiran Tun Datu Mustapha hingga kini, telah melanggar kewajipan perlembagaan dan mengabaikan tanggungjawab kepada Sabah. Tuduhan serius dan tidak tepat ini harus diperbetulkan.
Saya tegaskan sekali lagi, rayuan ini tidak menjejaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memuktamad Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Ali Simon retweeted
On my way to rehearsals. Sunny on the way .... A slight overcast slowly seeping in
Ali Simon retweeted
Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja dirundingi antara pimpinan kedua-dua negara. Anehnya, ada pembangkang yang beria-ia mengangkat suara seorang bekas jeneral yang tidak pernah menang pilihan raya sebagai wira, hanya kerana mahu memperkecil peranan Malaysia.
Hakikatnya, segala syarat dan intipati perjanjian ini ditentukan sendiri oleh Thailand dan Kemboja tanpa sebarang paksaan, manakala Malaysia bertindak sebagai pemudah cara.
Lebih menghairankan apabila pembangkang bersorak tatkala perjanjian ini digantung, sedangkan itu bererti risiko persengketaan kembali memuncak. Adakah mereka benar-benar bergembira melihat keamanan tergugat, semata-mata untuk memperlekeh Kerajaan?
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Ali Simon retweeted
Selepas pelancaran Fleximart minggu lepas, saya ditanya di Podcast YBM Episod 21 tentang reaksi seminggu selepas pelancaran.
Ada pelbagai pengalaman awal yang kami alami dan perhatikan dalam minggu yang pertama yang sudah tentu akan dipelajari untuk penambahbaikan.
Ramai tanya apa sebenarnya matlamat kami di Ayuh Malaysia.
Fleximart bukan sekadar kedai serbaneka. Ia adalah perusahaan sosial yang kami bangunkan untuk:
- Menawarkan makanan dan barangan runcit pada harga yang rendah
- Memahami corak sebenar permintaan dan penawaran pasaran
- Mencabar status quo dan normalisasi harga tinggi yang selama ini dianggap biasa
Setiap langkah ini datang dengan cabaran, tapi juga semangat untuk buktikan sesuatu bahawa rakyat boleh menikmati harga berpatutan tanpa kompromi dan berkualiti.
Walapun tidur tidak lena saya akan berpanjangan sejak Kesum pula dilancarkan tetapi ini semua berbaloi jika apa yang kami rancang dapat direalisasikan untuk kebaikan semua.
Terima kasih atas semua sokongan dan maklum balas anda. Kami akan terus tambah baik dan pastikan usaha ini beri manfaat kepada semua.
Jangan lupa untuk singgah Fleximart di Seksyen 7, Shah Alam yang dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi hingga 10 malam.
𝗙𝗟𝗘𝗫𝗜𝗠𝗔𝗥𝗧:
📍 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart)
maps.app.goo.gl/NvWuuaD98Eci…
Ali Simon retweeted
Kerajaan Persekutuan, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, kekal fokus dan konsisten dalam usaha memajukan rakyat serta memperkukuh ekonomi Sabah, khususnya dalam menangani isu infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.
Komitmen ini diterjemahkan melalui pelbagai projek pembangunan yang sedang dan akan terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Sabah seluruhnya.
Kita tidak sempurna, tetapi kita sentiasa mendengar suara rakyat dan memahami keluh-kesah mereka lantas berusaha menambah baik setiap kelemahan demi masa depan yang lebih baik untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
Ali Simon retweeted
Terus terang, kerajaan kalah dalam bab penerangan kali ini berkenaan perjanjian tarif Amerika Syarikat-Malaysia.
Bukan sebab orang benci, tetapi sebab hujah rasmi tak disokong oleh nombor dan logik.
Bila ada yang kata “jangan banding dengan Kemboja”, saya nak tanya semula, kalau negara kecil macam Kemboja pun boleh pertahan kedaulatan, kenapa Malaysia yang ada pengaruh besar dalam rantaian bekalan, Selat Melaka, dan industri semikonduktor takut nak tegas?
Saya juga jawab terus Zafrul tentang isu “jutaan kerja akan hilang” kalau kita tak tandatangan perjanjian tarif ini.
Tonton kupasan penuh di Podcast YBM Episod 21 di saluran YouTube saya.
Ali Simon retweeted
Aren't you the sweetest. Thank you Same_
Ali Simon retweeted
Sometimes we should consider ending having zoos. It's time for us to respect the forest, jungles, mountains and hills. Let the animals roam free . Animals really aren't happy in lock ups
Ali Simon retweeted
We were also taught not to talk or follow strangers and we were taught to be as children should. Obedient and listen to our parents
Ali Simon retweeted
𝗦𝗣𝗠 - 𝗦𝗧𝗨𝗗𝗬, 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚
Kepada adik-adik dan ibu bapa yang mula bertarung menghadapi peperiksaan SPM, jangan panik, jangan stress. Selalunya ibu bapa yang lagi panik dan tertekan dari anaknya.
SPM ni boleh juga bermaksud “study”, “pening” dan “menang”.
Kalau tak bersedia sebab tak study, memang susah sikit lah tapi jangan panic. Kalau tenang dan beri tumpuan masa jawab soalan, dengan doa ibu bapa, Insya Allah yang tak ingat pun boleh ingat.
Kalau study sampai tak tido malam dan tiba-tiba jadi panic, Insya Allah dengan doa ibu bapa baru dapat tenang dan yang study malam tadi tak hilang.
Keputusan SPM itu nanti bergantung kepada rezeki masing-masing yang Allah dah tetapkan. Yang paling penting mengenai SPM - apa pun keputusannya kelak, kalau kita pasang niat yang baik, kita usaha dan kita tawakkal, kita akan menang.
Ada orang rasa kalau tak dapat keputusan yang dikehendaki, semua usaha sia-sia. Masa depan dah jadi kelam.
Ada pula yang dapat keputusan yang dia nak, tapi tak dapat biasiswa atau tempat di universiti yang dia nak. Sekali lagi rasa sia-sia usaha sampai keputusan SPM dah baik, tapi tak dapat yang kita nak.
Saya dulu anggap saya gagal dalam SPM. Bila dapat keputusan SPM, berhari-hari jugaklah menangis ha3.
Keputusan saya baik dari SRP - semua A1. Masuk tingkatan 4 dan tingkatan 5, sentiasa keputusan yang baik.
Saya dapat biasiswa pertama ke luar negara (US) sebelum pun saya menduduki peperiksaan percubaan, berdasarkan peperiksaan semester tingkatan 4 dan 5.
Masuk peperiksaan percubaan, dapat semua A1.
Berdasarkan keputusan percubaan itu, dapat pula biasiswa PETRONAS untuk ke UK sebelum keputusan SPM.
Allah bagi semua masa itu, tapi dari situ juga saya terlupa sedikit.
Saya ingat saya dah cukup bersedia selepas peperiksaan percubaan, dua bulan sebelum SPM saya dah sibuk nak enjoy sikit. Kurang dah pegang buku dan lebih banyak panjat pagar malam-malam, konon nak kurangkan stress.
Bila keputusan SPM keluar, saya dah di Scotland dan dah mula nak ambil A-Level, jadi dapat keputusan dari telefon. Harap-harap dapat semua A1 macam peperiksaan SPM, jadi kalau kerani di pejabat sekolah mula sebut keputusan subjek demi subjek, tahulah tak dapat semua A1.
Awalnya saya frust menonggeng. Rasa gelap dunia (masa tu umur baru 18 tahun di negeri orang, nak mengadu pun susah, nak lepak kat sana mana ada kedai mamak ha3). Kena pendam sendiri. Berjela tulis surat kat cikgu-cikgu minta maaf sebab tak dapat straight A1s.
Lama-lama saya redha bahawa itu kehendak Allah dan ingatan Allah.
Terbaca kata-kata:
"Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.”
Semakin saya tua dan bila mula mengendalikan junior di tempat kerja, kemudian selepas jadi majikan, saya perhatikan satu perkara.
Ada yang SPM cukup baik tapi dia peak masa SPM. Ada yang cemerlang sampai SPM, sambung cemerlang habis universiti, tapi masuk kerja dia dah rasa penat.
Ada yang cemerlang dari SPM, universiti dan sampai di tempat kerja.
Yang membezakan mereka bukan keputusan SPM semata-mata, tetapi kemahuan untuk terus berusaha, mencuba, belajar dan bangun setiap kali jatuh.
Disiplin bertarung sampai ke titik terakhir di kertas SPM, kalau boleh jadi disiplin sampai tua, itu yang membina seorang insan yang cemerlang.
Sebab itu SPM juga bermakna “study”, “pening”, “menang”.
Memang confirm kena study, confirm akan pening.
Tapi Insya Allah confirm “menang”.



















