Ismail Sabri (@IsmailSabri60) header
Ismail Sabri (@IsmailSabri60) profile picture

Official Twitter of Ismail Sabri Yaakob, 9th Prime Minister of Malaysia 🇲🇾

Bera, Pahang
Joined June 2010
Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)Photo by Ismail Sabri (@IsmailSabri60)
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Saya menerima perkhabaran pemergian Sasterawan Negara, Allahyarham Dato’ Seri Abdul Samad bin Mohamed Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said, yang telah kembali ke rahmatullah.
1
7
24
40,247
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
1
1
161
Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.
1
110
Saya berbesar hati memenuhi jemputan ke Majlis Jamuan Diraja sempena Sambutan Jubli Intan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC).
1
1
15
1,637
Turut hadir dalam Majlis Jamuan Diraja tersebut adalah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Speaker DUN Pahang, YB Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden PEKAP, Datuk Haji Azman Shah Abdullah beserta AJK,…
1
90
…dif-dif jemputan serta ahli-ahli PEKAP. Sambutan Jubli Intan ini menandakan genap 60 tahun penubuhan PEKAP, sekali gus menjadi detik bermakna untuk mengenang perjalanan enam dekad persatuan ini dalam menjaga kebajikan dan terus menyatukan anak-anak Pahang yang berada di KL.
76
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026 yang sedang menduduki peperiksaan. ✍🏻 Inilah masanya untuk membuktikan hasil usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang telah dicurahkan selama ini demi mencapai kejayaan yang diimpikan. 📚
1
6
1,053
Jawab setiap soalan dengan tenang dan yakin. Teruskan berusaha sebaik mungkin kerana setiap kejayaan bermula dengan keyakinan dan kesungguhan diri. Doa saya, ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengiringi kalian. 🇲🇾✨
1
1
114
Semoga segala usaha membuahkan hasil yang terbaik, setiap urusan dipermudahkan dan memperoleh kejayaan yang membanggakan. 💪🏼📖
1
74
Daulat Tuanku. Merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68.
1
1
8
1,765
Patik dengan penuh takzim mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan, dipanjangkan usia serta terus dilimpahi rahmat, keberkatan dan hidayah-Nya. Dirgahayu Tuanku.
1
142
Hadir ke Karnival Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) Zon Timur (Pahang) 2026 di Padang Awam Majlis Daerah Bera.
1
1
15
1,840
Karnival ini bertujuan mendekatkan Tentera Darat dengan masyarakat melalui penyediaan bantuan dan perkhidmatan yang turut melibatkan agensi-agensi awam, di samping menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
1
1
136
Penghargaan kepada Panglima GAPU, Brig. Jeneral Dato’ Azhar bin Mustapha, Kem ATM Bera, Majlis Daerah Bera serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.
92
Karnival ini berlangsung pada 20 hingga 21 November anjuran Tentera Darat bertemakan “Rakyat dan Tentera Berpisah Tiada” dirasmikan oleh Mejar Jeneral Dato’ Norsham Md Tap, Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.
2
4
117
Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pameran aset ketenteraan, demonstrasi payung terjun, persembahan kebudayaan, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi kerajaan dan pelbagai lagi.
2
26
Saya berkesempatan menziarahi keluarga penerima bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), Puan Najwa Roslan di Alor Setar, Kedah.
1
11
1,601
Puan Najwa merupakan seorang ibu tunggal yang kehilangan suami akibat COVID-19. Kini, beliau bekerja di kantin sekolah dan turut menjual rempeyek bagi menambah pendapatan.
1
1
228
Beliau mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah iaitu Nurul Maghfirah, 16 tahun; Nurul Shuhadah, 15 tahun; dan Abdul Aziz, 12 tahun. Semoga bantuan yang disalurkan oleh YKM dapat meringankan beban keluarga Puan Najwa serta membantu memenuhi keperluan anak-anaknya.
1
132